Tanda-tanda PHN boleh dikenali melalui tiga jenis rasa sakit
R |
AMAI daripada kita pasti pernah mendengar tentang penyakit kayap, sejenis penyakit kulit yang berbintik-bintik merah dan gatal.
Jika ia menyerang bahagian pinggang dan merebak hingga mengelilingi pinggang itu, maka dipercayai akan tamatlah riwayat pesakit itu.
Itulah kepercayaan yang dipegang sebahagian orang Melayu sehingga kini, meskipun ia hanya mitos dan tidak benar.
Masyarakat Cina pun mempunyai kepercayaan yang sama, justeru, mereka menamakan penyakit itu sebagai penyakit 'jangkitan ular'.
Sekiranya kepala ular itu menemui ekornya selepas mengelilingi tubuh pesakit, maka pesakit itu dikatakan akan sesak nafas, lalu meninggal dunia.
Jadi, ada orang Cina yang merawat penyakit ini secara tradisional dengan 'membakar' kepala ular itu.
Salah seorang pesakit kayap, Encik Seah Hay Kim, 68 tahun, bagaimanapun, tidak percaya mitos ini.
Beliau bukan sahaja menghidap penyakit kayap biasa, bahkan komplikasi penyakit itu yang lebih berbisa disebut Post Herpetic Neuralgia (PHN) yang biasanya dihidapi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
PHN lebih berbisa kerana bukan saja kulit pesakit terjejas, malah dalaman tubuhnya juga terasa sakit.
'Saya mula mendapat penyakit ini pada Mei tahun ini. Rasa sakitnya bukan di luar, tetapi di dalam di bahagian perut, dan ia berbisa sekali.
'Mula-mula saya ingat ada batu dalam ginjal saya, tapi saya tidak rasa sakit apabila nak buang air kecil atau ada darah dalam air kencing saya - satu petanda sakit ada batu dalam buah pinggang.
'Pada suatu hari, semasa saya sedang mandi, saya perhatikan ada bekas merah dan ruam di belakang dan kiri pinggang saya.
'Saya pun pergi berjumpa doktor dan di sana saya diberitahu saya dah terkena penyakit kayap,' cerita Encik Seah, ayah seorang anak lelaki, 38 tahun, dan sudah mempunyai seorang cucu berusia lebih setahun.
Beliau kemudian dirujukkan kepada seorang doktor pakar, dan dalam tempoh dua bulan selepas diberikan rawatan, sakit yang dirasainya hilang.
'Boleh dikatakan saya dah sembuh hampir 100 peratus sekarang,' kata Encik Seah, yang masih bekerja sebagai superintenden di sebuah syarikat perkapalan, semasa ditemui baru-baru ini.
Beliau, yang enggan gambarnya diambil, juga memberitahu, dirinya sebenarnya turut menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.
PHN merupakan komplikasi penyakit kayap yang paling lazim dihidapi. Ia sering menyerang sebulan atau lebih sebulan selepas seseorang diserang kayap.
Sekitar 10 hingga 20 peratus pesakit kayap akan beralih menghidap PHN pula.
'Oleh itu, penting orang ramai mengetahui kaitan antara kayap dengan PHN.
'PHN yang sakitnya berbisa ini memberikan kesan yang negatif kerana ia menjejas kehidupan manusia. Biasanya golongan berumur yang menghidapinya dan sering ia dibiarkan tidak dirawat,' kata Dr Ho Kok Yuen, Pengarah Klinikal, Khidmat Pengurusan Sakit di Pusat Pengurusan Sakit Raffles, Singapura.
Beliau juga Presiden Persatuan Sakit Singapura (Pain Association of Singapore).
Menurut data, sekitar 57 peratus pesakit PHN merupakan mereka berusia 55 tahun ke atas, 50 peratus berusia lebih 60 tahun dan 75 peratus berusia 70 tahun ke atas.
Golongan lain yang berisiko termasuk mereka yang menghidap kayap teruk, mereka yang daya ketahanan tubuhnya lemah seperti pesakit HIV/Aids, pernah menghidap barah tulang atau barah limfatik (rangkaian tisu dan organ dalam tubuh) dan mereka yang diberikan rawatan steroid, radiasi dan kemoterapi.
Tanda-tanda PHN boleh dikenali melalui tiga jenis rasa sakit berikut:
1. Rasa sakit yang berterusan atau amat berbisa.
2. Rasa sakit sekejap-sekejap, tetapi berbisa dan mencucuk-cucuk.
3. Rasa sakit disebut allodynia iaitu sakit daripada sumber yang biasanya tidak menyakitkan seperti hembusan udara atau sentuhan lembut.
Rasa sakit ini boleh dirasai di bahagian yang sama di mana kayap itu telah timbul, biasanya di bahagian pinggang.
Selain rasa sakit, pesakit juga boleh berasa gatal, kebas, lemah dan berpeluh di tempat yang terjejas. Ada juga pesakit yang berasa amat letih, tidurnya terganggu, sukar memberi perhatian, murung, cemas, hilang selera makan, turun berat badan dan tidak mahu mencampuri orang ramai.
*Oleh Dewani Abbas

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "