WASHINGTON, 17 Jan. - Agensi angkasa lepas Eropah dan Amerika Syarikat (AS), semalam mengumumkan satu perkongsian baru bagi menggabungkan modul kargo Eropah dengan kapsul angkasa Orion NASA bertujuan membawa angkasawan ke ruang angkasa yang lebih jauh.
Perjanjian itu merangkumi misi pertama yang dirancang Orion pada 2017 yang akan membawa kapal angkasa tanpa pemandu untuk terbang sekitar bulan.
Bagaimanapun, NASA mempunyai misi yang lebih besar untuk Orion bagi membawa manusia jauh dari orbit bumi buat pertama kali sejak Eugene Cernan meninggalkan jejak terakhir di bulan pada 1972.
Agensi angkasa lepas AS berkata, pembangunan Orion mungkin telah bermula di Amerika, namun reka bentuk terakhirnya akan ditentukan oleh pihak antarabangsa.
''Hari ini, anda akan melihat kerjasama pertama ketika kami ingin melihat orbit yang lebih jauh.
''Penerokaan angkasa seharusnya perlu menjadi program antarabangsa,'' kata Timbalan Pengarah NASA bagi penerokaan yang dikendalikan oleh manusia, William Gerstenmaier pada sidang media di Pusat Angkasa Johnson di Houston, Texas.
Amerika dan Eropah serta agensi angkasa lepas lain telah pun bekerjasama secara lebih meluas di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Laporan terbaru Akademi Sains Kebangsaan AS merumuskan bahawa bajet sebanyak AS$18 bilion (RM54.2 bilion) NASA bagi tempoh setahun tidak akan meliputi misinya, dan pelan masa depan mestilah menggabungkan rakan kongsi antarabangsa. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "