2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Diri kita benteng terbaik

SOALAN:

S

eperti yang Dr. sedia maklum, sejak kebelakangan ini wujud banyak perkara yang tidak masuk akal tetapi ramai pula yang mengikutinya. Misalnya, kerajaan langit yang jelas menimbulkan kelucuan.

Masakan ada orang boleh pergi ke langit mengendali­kan mesyuarat dengan para jin dan malaikat. Itupun ada orang boleh percaya dan fanatik dengan perkara tersebut.

Saya ingin bertanya pendapat Dr., adakah terdapat kaedah motivasi bagi membentengi diri daripada hal-hal kalut seperti itu?

 

 

JAWAPAN:

P

ertama sekali, mari kita cuba fahami apa maksud motivasi. Motivasi adalah memberikan motif dalam hidup dan kekuatan diri untuk mengejar motif tersebut. Itu definisi umum.

Manakala motivasi 3E pula bermaksud memberikan motif dalam hidup serta menggunakan tiga kekuatan untuk mengejarnya iaitu lebihan minda, lebihan ketenangan dan lebihan stamina atau Extra MIND, Extra MILD dan Extra MILE.

Dengan menggunakan tiga mekanisme ini, motif akan lebih selesa didekati, seterusnya digarap dan dinikmati. Kaedah motivasi 3E adalah harmoni tetapi cukup berkuasa untuk memberi daya peledak pada diri bagi mengejar matlamat itu.

Bagaimana kaedah 3E dapat membenteng diri daripada hal-hal yang karut-marut? Jawapannya adalah minda yang kuat, rasa harmoni terhadap hidup dan penggunaan potensi diri secara maksimum.

Menggunakan semua mekanisme ini bukan setakat benteng diri yang kian menebal, malah boleh juga digunakan untuk melindungi orang lain. Dalam kata lain, aura kita yang terpercik sehingga orang lain pun mendapat manfaatnya.

Bagaimana?

Sekarang kita ambil lebihan minda atau Extra MIND sebagai mekanisme pertama.

Menurut al-Quran, akal dan iman merupakan satu kubu:

•    Sesungguhnya telah jelas antara jalan yang benar dan yang salah.

Manakala orang yang paling beruntung menurut al-Quran:

•    mereka yang berakal.

•    orang yang mendalam ilmunya.

•    mereka yang berfikir.

•    mereka yang mengakui bukti-bukti yang terang.

Jadi, benteng pertama adalah menggunakan kekuatan minda atau akal daripada menerima apa jua kekalutan yang diciptakan oleh golongan perosak akidah. Akal secara semula jadi sememangnya boleh membuat timbang tara antara logik ataupun tidak.

Oleh itu, apabila akal digabungkan dengan iman, ia pasti menjadi benteng yang sangat kuat untuk menolak sebarang kebejatan akidah.

Mekanisme kedua; ketenangan, kedamaian dan ke­harmonian yang hebat atau Extra MILD. Sememangnya apabila kita tenang, kita akan lebih bijak. Ketenangan membuatkan arus kita berada pada tahap alpha. Inilah arus bijaksana.

Bayangkan apabila kita lebih tenang, tentu jawapan kita lebih bijak berbanding ketika marah, kelam-kabut, sakit hati atau dendam. Kebijaksanaan akan menghasilkan benteng pertahanan diri yang kuat untuk melawan sebarang rempuhan ideologi sesat sehingga boleh merosakkan akidah.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Iaitu orang yang beriman dan hati yang tenteram dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenanglah hati manusia.”- Surah ar-Ra’d: 28

Ini bermakna, bertenang sambil mengingati ALLAH SWT kaedah utama untuk mendapatkan ketenangan yang maksimum. Ini juga dikenali sebagai Extra MILD dalam Formula 3E.

Mekanisme ketiga iaitu lebihan stamina atau Extra MILE yang bermaksud pemacu kekuatan diri terhadap benteng yang telah ditegakkan. Di samping itu, unsur ini juga berfungsi sebagai booster motivasi manusia untuk membuat sesuatu bagi mengatasi potensi sebenar yang ada.

Ibarat seperti membangkitkan gergasi dalam tubuh yang memang sudah sedia terjaga. Pasti individu itu akan lebih bertenaga. Seterusnya, boleh mengatasi pihak lain. Inilah yang dikatakan motivasi mampan.

Inilah tiga mekanisme yang saya katakan bagaimana kaedah motivasi 3E boleh membentengi diri kita daripada pemikiran yang sesat. Sesungguhnya formula 3E memang relevan dalam apa jua bentuk dan kemahuan manusia. Dalam aspek ini, kita boleh menggunakannya bagi membentengi diri agar tidak terjerumus ke lembah hina akibat percayakan perkara yang sesat.

Sebenarnya, kesesatan juga salah satu bentuk sihir. Mengapa saya berkata begitu? Tidakkah anda perasan, bagaimana si bijak pandai yang memiliki Ph.D boleh terpesong hatinya dengan mempercayai kata-kata Ayah Pin misalnya?

Di manakah letaknya kebijaksanaan sedangkan ia jelas menunjukkan kebodohan? Oleh sebab itulah, kita tidak boleh meletakkan kelulusan sebagai penanda aras kebijaksanaan seseorang. Kelulusan hanya pada satu bidang sahaja sedangkan dalam hidup, kita perlu menguasai pelbagai bidang lain.

Ayah Pin atau Ariffin Mohammed, seorang pemimpin ajaran sesat kerajaan langit yang diharamkan pada tahun 2005. Sebahagian pengikut menganggapnya sebagai tuhan. Masya-ALLAH... Bagaimana mereka boleh berfikiran sebegitu sedangkan Ayah Pin menghidap penyakit kencing manis? Bagaimana tuhan boleh berpenyakit dan tidak mampu merawati dirinya sendiri? Bukankah itu kartun?

Tetapi, mengapa pengikutnya ada daripada kalangan bijak pandai akademik termasuk peguam, pegawai bank, guru bahkan seorang ustazah berkelulusan dari Timur Tengah?

Bagaimana golongan terpelajar ini boleh percaya Ayah Pin naik ke langit sehingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka? Malah, dia turut mendakwa telah menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis?

Oleh sebab itulah saya katakan seseorang yang kononnya diakui bijak oleh dunia akademik, apabila boleh terpesong dengan kepercayaan yang sesat, ia adalah sihir. Percaya atau tidak, pengamal ajaran sesat juga merupakan ahli sihir yang menyihir para pengikutnya agar fanatik terhadap diri dan ajaran yang dibawa.

Seseorang yang berada di bawah pengaruh sihir memang tidak dapat lagi berfikir secara tenang. Lantas menjadi sangat lemah, tidak kenal diri, hilang identiti dan juga lemah motivasi.

Nampakkah anda? Ia pergi ke arah minda yang sepatutnya super sehingga tidak membolehkannya berfikir dengan bijak. Malah boleh menggugat ketenangan, melemahkan dan hilang motivasi diri yang seharusnya dapat meningkatkan prestasi.

Sihir mengakibatkan orang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas, menjadi gila, bermusuhan tanpa alasan, runsing yang kronik dan bercerai-berai. Paling menakutkan boleh membawa maut dan kesesatan dalam beriman. Seseorang yang tiba-tiba terpusing akidah sehingga tidak boleh menerima sebarang nasihat, bukankah buktinya telah terkena sihir?

Pengamal ajaran sesat adalah mereka yang memuja syaitan. Manakala sihir pula berlaku atas bantuan syaitan. Maka, pengikut yang mudah fanatik tergolong dalam kalangan yang tunduk pada syaitan dan sihir. Sihir menurut Al-Laits bermaksud perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya.

Firman ALLAH yang bermaksud:

“... akan tetapi syaitanlah yang kufur, mengajar manusia akan ilmu sihir.” - Surah al-Baqarah: 102

Bentenglah diri daripada pengaruh-pengaruh seperti ini dengan zikrullah. Amalan zikir al-mathurat mungkin salah satu cara yang boleh diamalkan sepanjang hayat. Sebagaimana kita menjadi hairan melihat orang boleh terpesong menyokong pengasas ajaran sesat, sebenarnya ia juga seperti proses bagaimana seorang artis kembali ke jalan kebenaran.

Sebagai insan popular, bukan mudah untuk membuat turning point seperti itu. Apabila seseorang berubah daripada jahat kepada baik, ia bukanlah sihir kerana sihir tidak pernah inginkan kebaikan. Penghijrahan ke arah kebaikan disebabkan oleh hidayah ALLAH SWT.

Petunjuk atau hidayah yang dipancarkan hasil terbentang­nya bumbung langit hanya diberikan kepada insan terpilih. Sesiapa menerima anugerah istimewa itu, dia sangat istimewa. Maka, perlulah memeliharanya dengan sebaik mungkin.

Misalnya, Malek Noor antara insan bergelar artis yang telah berubah. Begitu juga dengan Wardina Safiyyah yang asalnya seorang model iklan dan pelakon, sekarang telah menjadi muslimah sejati. Manakala Fauziah Ahmad Daud pula telah berhijrah sebaik sahaja pulang dari Mekah pada penghujung tahun 1999.

Begitu juga dengan Sheily Rusly yang berubah setelah kembali dari Tanah Haram pada tahun 2007. Kita juga tentu tidak lupa dengan Noorkumalasari. Kini, telah menjangkau lebih 16 tahun meninggalkan dunia seni dan kekal bertudung litup. Dia bukan sahaja tidak lagi aktif berlakon, malah enggan menonton drama-drama di kaca TV.

Seorang lagi individu yang paling ketara penghijrahan­nya ialah Azmil Mustapha. Lihat sahaja penampilannya sekarang. Saya pernah berada dalam satu kapal terbang dari New York ke Kuala Lumpur bersama-samanya suatu masa dahulu.

Pada waktu itu dia sedang sibuk dengan bisnes. Penampilannya masih lagi seorang artis pada ketika itu. Sungguh saya tidak menduga tidak berapa lama kemudian, dia tiba-tiba berubah keseluruhannya. Suatu penghijrahan yang sangat nekad dan mengagumkan sekali.

“Ajaib sungguh kuasa ALLAH SWT. Bersyukur sangat kerana DIA telah menyedarkan saya sebelum terlewat usia. Walaupun dunia seni masih menjanjikan yang indah, saya tidak menyesal,” ujarnya.

Sebagai penyudah, sila hayati pesanan Sayidina Ali yang bermaksud:

“Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

“Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar.”

Aku bertanya: “Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran kitab ALLAH. Ia mengandungi kisah-kisah umat terdahulu daripada kamu dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu. Kitab ALLAH (al-Quran) menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok. Sesiapa jua daripada golongan yang sombong dan angkuh meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya) akan dibinasakan oleh ALLAH dan sesiapa yang mencari petunjuk daripada yang lainnya akan disesatkan oleh ALLAH. Al-Quran ialah tali ALLAH yang teguh kukuh. Ia pengajaran yang menjadi ikutan dan juga as-siratul mustaqim (jalan yang lurus). Ia sebuah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong. Ia kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur-aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk. Alim ulama pula tidak berasa puas daripada mengkaji isi kandungannya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang meskipun dibaca berulang-ulang. Kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia sebuah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala. Sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya. Sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu dia (dan mereka) beroleh hidayah (petunjuk) ke jalan yang lurus.”

Moga-moga terpeliharalah iman kita sehingga nafas yang terakhir.

Ya ALLAH, bantulah kami mencapai hasrat ini.

Amin...


 

 

* Oleh DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ, 28 Januari 2013

Komplikasi Jiwa Muslim oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Cik NiNe Che Kadir , Selasa, Januari 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog