Bakteria kebal dipercayai akan imun terhadap pelbagai jenis ubatan antibiotik.
L |
emak dan kotoran ialah punca kuman seperti bakteria melekat pada kulit. Air - pelarut universal tidak mampu menyahkan kotoran dan lemak pada tahap maksimum. Penggunaan sabun atau detergen bersama-sama air dikatakan berupaya membuang sebahagian besar lemak dan kotoran.
Menurut Harvard Health Letter (2007) mencuci tangan dengan sabun dan air selama 15 saat mampu menyahkan kuman sebanyak 80 peratus. Menurut laporan sama, keupayaan penyahan kuman oleh sabun biasa ini sama dengan keupayaan sabun atau detergen antibakteria.
Selepas pandemik H1N1 melanda seluruh dunia, pengeluar-pengeluar sabun anti bakteria sibuk mempromosi produk pembasmi kuman, terutama pembersih tangan jenis pembasmi kuman (hand sanitizer). Sebahagian pengeluar mendakwa detergen mereka mampu memusnahkan 99.9 peratus mikrob (bakteria dan virus).
Perbezaan fungsi
S |
abun dan detergen biasa iaitu dari jenis yang tidak ditambah bahan anti bakteria membuang kuman dari permukaan kulit bersama-sama kotoran dan lemak. Manakala sabun atau detergen anti bakteria bukan sahaja mampu membuang kuman bersama-sama kotoran dan lemak malah dikatakan mampu mencegah pembiakan kuman pada permukaan kulit.
Aktiviti pencegahan pembiakan berlaku kerana bahan anti bakteria melekat pada permukaan kulit walaupun kulit sudah dibilas dengan bersih. Bau bahan pembasmi kuman yang digunakan mudah dikesan oleh deria bau kita. Selagi masih ada bau bahan tersebut maka selagi itulah masih terdapat bahan anti bakteria tersebut pada permukaan kulit.
Kebanyakan orang terutama Melayu akan tertanya-tanya apakah perbezaan sabun dan detergen. Sebenarnya istilah sabun bukan sesuai untuk produk pembersihan seperti untuk mandian dan mencuci tangan. Istilah tepat ialah detergen kerana bahan pengemulsi asas yang digunakan ialah detergen.
Perbezaan utama antara sabun dan detergen ialah bahan digunakan. Sabun diperbuat daripada lemak yang disafonifikasi dengan alkali. Bahan asas sabun buku dan sabun mandi bentuk ketulan diperbuat daripada lemak, contohnya lemak sayuran atau lemak haiwan yang ditambah dengan larutan natrium hidroksida.
Sebaliknya, detergen bukanlah sejenis lemak tetapi sejenis bahan kimia yang disintesis dari petroleum. Seperti mana sabun ia juga direka agar memiliki kepala bersifat hidrofilik (suka dan larut air) dan ekor bersifat hidrofobik (benci dan tidak larut air). Aktiviti sabun dalam melarutkan kotoran dan lemak tidak secekap detergen.
Biasanya ia tidak bersifat alkali sebagai mana sabun. Namun penambahan bahan kimia tertentu membantu menyelaras pH produk pada paras tertentu bergantung pada keperluan dan jenis penggunaan. Istilah detergen yang digunakan dalam artikel ini merujuk kepada cairan pembersih diperbuat daripada kimia sintetik.
Sebahagian pakar menyatakan, sabun atau detergen anti bakteria merupakan bahan pembersih paling baik. Alasan mereka ialah ia bukan sekadar mampu membuang kotoran dan lemak malah mampu memusnahkan bakteria dan virus. Selain itu sifat bahan anti bakteria yang melekat pada permukaan kulit membantu kulit bebas daripada pembiakan mikrob.
Adakah kebaikan tersebut boleh diterima pakai dan diamalkan begitu sahaja tanpa mengetahui kesan-kesan sampingan?
K |
ebanyakan orang tidak tahu bahawa bahan anti bakteria yang digunakan contohnya chloroxylenol adalah bahan bertoksik. Bahan asas bahan kimia ini ialah xylene. Xylene pula ialah sejenis bahan yang memiliki struktur asas benzena. Chloroxybenzyol ialah xylene yang ditambah satu atom klorin. Kesemua bahan ini adalah amat bertoksik kepada sel.
Menurut beberapa Lampiran Data Keselamatan Bahan (MSDS, Material Safety Data Sheet) dari Internet, chloroxylenol boleh merengsa kulit, mata dan saluran pernafasan.
Merengsa bermaksud ia merosakkan sel-sel kulit. Begitu juga ia boleh merosakkan sel mata dan saluran pernafasan. Sifat mensensitiza (sensitizing) inilah mengapa ia digunakan sebagai bahan anti bakteria oleh sesetengah pengeluar bahan pembersih mengandungi anti-bakteria.
Tidak mesra
S |
eseorang yang sering menggunakan sabun atau detergen anti bakteria ini sebenarnya telah menggunakan bahan yang tidak mesra tubuh sendiri dan alam. Mengapa? Sila baca selanjutnya.
Sesetengah orang akan menjadi kurang cermat dalam membersihkan diri ketika mandi atau mencuci tangan. Kerana terlalu percaya kepada keberkesanan pembasmian kuman sabun atau detergen anti bakteria, mereka mungkin melakukannya secara tergesa-gesa iaitu pada tempoh yang singkat. Pergerakan mekanikal tangan iaitu proses gosokan pun mungkin dilakukan secara sambil lewa.
Bahan-bahan mengandungi bahan anti bakteria didapati membantu pembiakan keturunan bakteria yang kebal bahan anti bakteria (antibacterial-resistant strains).
Walaupun tiada bukti (hasil kajian saintifik) ia dipercayai akan menyemarakkan pembiakan bakteria yang kebal terhadap bahan anti bakteria.
Lebih buruk dari itu ialah bakteria kebal ini juga dipercayai akan kebal terhadap pelbagai jenis ubatan antibiotik! Masalah ini akan ditanggung oleh penghidap di mana mereka terpaksa membayar harga antibiotik khas pada harga yang lebih tinggi dari antibiotik biasa.
Antibiotik khas ini dikatakan jauh lebih berbahaya dari antibiotik biasa!
Anti bakteria kebal antibiotik ini dikatakan telah dikesan pada individu yang biasa makan daging lembu komersil yang biasa disuntik antibiotik.
Merosakkan alam dan hidupan
K |
erana sukar lupus seacara biologi, sesetengah agen atau bahan anti bakteria ini akan berada dalam alam sekitar. Ia akan memusnahkan dan membunuh organisma yang bermanfaat kepada alam sekitar. Organisma ini pula tidak berbahaya kepada manusia dan hidupan lain.
Sesetengah bahan anti bakteria ini akan berada pada tubuh ikan dan pelbagai jenis haiwan mamalia laut pada kepekatan tinggi.
Apabila paras mencapai paras bertoksik, ikan dan haiwan laut akan mengalami kemandulan atau mati.
Deduksi ini boleh diterima pakai dengan memerhatikan masalah ubatan-ubatan yang tidak lupus secara biologi didapati dalam air kumbahan Di Amerika Syarikat. Sumber ubat-ubatan ini ialah dari air kencing dan najis manusia. Adakah Malaysia bebas dari perkara-perkara sebegini?
K |
esimpulannya ialah sistem imun kita sepatutnya didedahkan kepada mikrob yang memang hidup secara semula jadi, sama ada pada kulit tubuh ataupun alam sekitar. Maksudnya ialah mandi dan mencuci tangan sepatutnya dilakukan secara berpada-pada. Sebahagian besar virus dan bakteria yang hidup secara simbiosis pada permukaan kulit adalah rakan kita.
Memandangkan masalah yang dipercayai akan timbul hasil penggunaan sabun atau detergen anti bakteria, penulis berpendapat penggunaan sabun dan detergen (yang tidak bertoksik) adalah lebih wajar kerana ia akan membantu memulihara sistem imun diri di samping memelihara kesejahteraan alam sekitar.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "