Tiga puluh tahun lalu apabila kali pertama mahu menjalin cinta dengan lelaki pilihan hati, saya dalam keadaan pokai kerana masih berada pada taraf pelajar universiti. Semua perbelanjaan adalah di bawah tanggungjawab emak dan bapa. Termasuk duit poket dan keperluan peribadi.
Dengan bakat penulisan yang ada saya tidak menunggu lama untuk bertindak. Menulis dan menulis. Kemudian perlahan-lahan saya sudah boleh hidup sendiri dengan menulis novel bersiri secara mingguan di akhbar, menulis cerpen dan puisi. Lumayan juga pendapatan untuk waktu itu.
Ketika itu terjahan cinta semakin mencair dalam setiap karya. Saya pergunakan sepenuhnya. Memanipulasi bakat dan kata-kata keramat tentang cinta ternyata membawa hasil. Tidaklah susah sangat. Apa yang penting, idea itu mesti kreatif.
Dengan hanya melahirkan bait-bait menarik, disokong plot yang berangkai dan kompleks, penulisan tentang cinta itu sudah dikategori hebat. Kemudian, untuk lebih berkesan, sulamlah dengan serba sedikit pepatah dan frasa, maka falsafah tentang cinta terlihat seperti keramat.
Ini cerita 30 tahun dulu. Namun sampai hari ini soal cinta tetap relevan. Ia universal. Sehinggalah pada zaman intenet ini kita ketahui frasa cinta telah menghanyutkan ramai wanita. Mereka tergoda hanya dengan ayat demi ayat di layar komputer, pada skrin telefon bimbit dan pesanan ringkas, skype, twitter dan sebagainya.
Wanita yang lemah hatinya, akan tergoda secara total. Kepada yang sedang mencari cinta lelaki, mereka akan tersentap terbius. Ayat romantis menjadi seperti magnet. Oleh kerana banyak duit tetapi miskin kasih sayang, mereka terus sahaja percaya!
Kepandaian inilah yang telah diperguna oleh ramai lelaki asing, kebanyakannya Negro. Meskipun tidak pernah bertemu dan menyulam cinta hanya di alam maya, kelompok wanita berkeyakinan diri tinggi ini tetap berpendapat mereka kebal untuk ditipu lelaki kasanova yang nampaknya pandai memainkan peranan menggunakan ayat cinta.
Ada yang tidak percaya mereka tertipu, meneruskan perhubungan hinggalah terhantuk, tergadai maruah dan rugi ribuan ringgit, baru hendak tengadah. Waktu itu apabila semua duit simpanan habis, duit caruman Kumpulan Wang Simpanan pekerja habis, sesalan sudah tidak bererti.
Lebih parah apabila ada yang ditangkap di lapangan terbang atau di luar negara. Sebahagian besarnya kerana terbabit sindiket dadah, pertukaran wang asing, video lucah dan sebagainya. Sudahlah meringkuk di penjara, di negara asing pula. Saat itu menyesal sudah tidak ada guna.
Benar, sebahagian lelaki Melayu kurang romantik dan tidak pandai 'mengayat'. Mereka juga tidak memperlihatkan ciri-ciri lelaki bertanggungjawab. Ini sekali gus membuatkan wanita Melayu lebih cenderung untuk berkenalan dengan lelaki warga asing yang ternyata lebih kacak dan lebih romantis walaupun ia hanyalah kepura-puraan semata.
Aktivis dan Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata sejak 1987 bentuk penipuan menerusi internet sudah berlaku, namun ketika itu sasaran dibuat secara rawak dan tiada fokus terhadap kumpulan tertentu.
“Cuma 10 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat mereka lebih banyak memfokus kepada wanita dengan menjual ayat cinta yang ‘power’ kerana sikap wanita kita sendiri yang rasakan diri bijak serta kebal untuk ditipu dengan mudah,” katanya.
Kita tidak mempunyai cara khusus untuk elak mereka (wanita) menjadi mangsa. Kita tidak boleh sekat penggunaan internet dan telefon. Wanita itu sendiri kena kawal diri, perasaan dan bentuk peribadi yang kuat tanpa lalai godaan cinta.
Sehingga kini dianggarkan lebih RM90 juta jumlah kerugian wanita Malaysia, sebahagiannya gadis dan ibu tunggal tempatan yang menjadi mangsa penipuan sindiket asing. Dilaporkan juga lebih 2,000 wanita telah terjebak dalam aktiviti tidak sihat ini dan menjadi papa hingga sukar untuk bangkit semula.
Seperti saya nyatakan sebelum ini, ayat-ayat cinta mampu melemahkan sesiapa yang dahaga kasih. Itu sahaja kunci segala kelemahan wanita yang kesepian. Kaya harta tapi miskin kasih sayang adalah situasi dialami ramai wanita sekarang.
Namun perlu diingat, cinta itu seperti naga. Sedikit pun tidak ada perasaan. Kita yang ada akal ini wajar memanipulasi pengertian cinta sebenar. Jika gagal bercinta sekali pun itu bukan bermakna berakhirnya hidup.
Ayat-ayat cinta yang anda baca terutama dalam novel-novel romantis hanya mainan bibir dan lidah tidak bertulang… sukar untuk dibuktikan. Percayalah!
*Oleh SRI DIAH, Sinar harian, 17 Januari 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "