Bangkok, 28 Jan. 2013 - Kira-kira seorang daripada lima murid prasekolah Thai dan seorang daripada 10 kanak-kanak sekolah mungkin menderita obesiti menjelang 2015 kerana mereka tidak mendapat nutrisi yang sewajarnya, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Theerapol Topanthanont semalam.
Dr Topanthanont berkata, kanak-kanak Thai hanya memakan kira-kira satu setengah sudu besar sayur-sayuran secara purata, berbanding 12 sudu besar yang patut diambil. Ramai kanak-kanak juga kekurangan iodin dan zat besi yang mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Dia memberi amaran bahawa individu yang obes berdepan risiko tinggi terdedah kepada penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
Jabatan Kesihatan bekerjasama dengan sembilan wilayah utama dalam membentuk program bagi memperbaiki tabiat pemakanan kanak-kanak sebelum usia persekolahan dan remaja ketika alam persekolahan.
Dr Topanthanont berkata, jabatan itu menggesa agensi daerah agar memperbaiki kualiti makanan di sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak dengan meningkatkan perbelanjaan untuk makan tengah hari daripada 13 baht (RM1.30) kepada 15 baht (RM1.50) hingga 20 baht (RM2) bagi setiap pelajar.
Jabatan itu juga menggalakkan orang ramai agar mengambil bahagian dalam penerbitan media mengenai komunikasi nutrisi. Sukarelawan tempatan dan media memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai mengenai pemakanan dan nutrisi bersesuaian. - Bangkok Post

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "