Stephan Grupp merawat Emily Whitehead (kiri) di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia.
NEW YORK, 12 Dis. - Sekumpulan doktor di Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang hampir mati akibat menderita penyakit leukemia dengan menerajui penggunaan virus HIV yang diubah suai.
Menurut doktor di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, mereka mengambil keputusan melakukan eksperimen itu pada Februari lalu ekoran kanak-kanak itu, Emily Whitehead, tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup selepas dua tahun menderita penyakit itu termasuk menjalani kemoterapi dan diserang penyakit itu sebanyak dua kali selepas itu.
Dengan bantuan virus HIV genetik yang diubah suai, sekumpulan doktor itu mengubah sel imun badan kanak-kanak itu menjadi kuat dan mampu mengalahkan leukemia.
Whitehead adalah kanak-kanak pertama dan seorang daripada beberapa orang yang diberikan rawatan yang dikenali sebagai terapi CTL019 itu, tetapi pihak hospital menegaskan bahawa kaedah itu masih belum lagi boleh dianggap 'ubat ajaib'.
Dalam rawatan itu, sistem sel imun badan semula jadi Whitehead pada mulanya dikeluarkan dan virus HIV yang diubah suai digunakan untuk membawa gen baru yang akan merangsang sel imun badan dan membantu mengesan serta menyerang sel kanser.
"Akhir sekali, sel imun baru itu akan kembali melakukan tugasnya seperti biasa," menurut hospital itu di laman web mereka.
Pakar onkologi pediatrik, Stephan Grupp yang menjaga kanak-kanak itu berkata, proses rawatan itu tidak berisiko menyebarkan AIDS kerana virus HIV yang diubah suai itu telah diasingkan daripada sebarang virus yang boleh menyebabkan penyakit.
Keluarga Whitehead, Kari dan Tom memberitahu hospital, kejayaan itu telah mengubah kehidupan mereka kerana berbeza dengan kemoterapi yang membuatkan anak mereka keguguran rambut, dia kini kembali ke sekolah, berjalan dengan anjingnya dan bermain bola sepak. - AGENSI

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "