Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:46 AM

20Khamis,Disember

"The End of the World As We Know It", Kiamat Esok ;-?

Gangnam  Style  picu  kiamat?

         

NEW YORK - Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?

Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

 

Siapa sebenarnya Nostradamus?

Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.

From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan.

Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus. Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.”

Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi

 

+

 

Ramalan  kiamat  bawa  keuntungan  kepada  perniagaan

         

PARIS - Golongan yang taksub dan bimbang bahawa hari kiamat bakal terjadi esok mengikut ramalan kalendar Mayan pasti akan bergegas ke kawasan perlindungan terdekat.

Tetapi lebih ramai lagi, dari Delhi di India hingga ke Sydney di Australia, akan meraikan tarikh itu dengan berparti seolah-olah tidak akan ada hari esok.

Satu perkara yang pasti: Daripada kubu bawah tanah hingga ke menu ‘Akhir Dunia’ atau lawatan ke destinasi selamat, ramalan kalendar Mayan bahawa dunia akan berakhir pada 21 Disember (dengan tamatnya era 5,000 tahun) telah membawa keuntungan dalam perniagaan di seluruh dunia.

Di seluruh negara asal nenek moyang Mayan, meliputi negara Amerika Tengah, termasuk sebahagian Mexico, Belize, Guatemala, Honduras dan El Salvador, “The End of the World As We Know It”, atau TEOT membawa keuntungan kepada pelancongan.

Lokasi purba kaum Mayan akan dipenuhi dengan aktiviti esok, menganjurkan gambaran semula upacara ritual, persidangan dan pertunjukan bunyi dan cahaya.

Di tempat lain, tidak ada kekurangan tempat berlindung atau tempat suci untuk mengadakan perayaan yang membimbangkan itu sepanjang malam.

Di Brazil, mereka yang percaya kiamat akan berlaku, dijangka bersesak-sesak ke sebuah desa di Alto Paraiso, tempat yang dipenuhi dengan ‘tenaga mistik’, sebagaimana kepercayaan tradisi tempatan yang bersiap sedia untuk menghadapi kiamat.

Perayaan antiArmageddon akan berlangsung di Island of the Sun, di tengah Tasik Titicaca di Bolivia yang tertinggi di dunia, tempat pengasas kerajaan Inca dipercayai dilahirkan.

Penduduk Serbia yang percaya kiamat akan berlaku esok meramalkan Gunung Rtanj yang berbentuk piramid akan bersinar malam esok.

Kampung di Sirince di barat Turki turut menjadi tarikan golongan peramal apabila semua 400 hotel di kawasan itu ditempah sepenuhnya. Virgin Mary dikatakan naik ke syurga dari situ.

Begitu juga dengan Kampung Cisternino di Itali yang cantik disebutkan seorang guru India sebagai kawasan selamat apabila kiamat berlaku. - AFP

Unknown , Khamis, Disember 20, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog