BEIJING: Angkasawan China bersedia menanam sayur segar di Marikh dan bulan selepas pengkaji berjaya menamatkan ujian awal di Beijing, lapor agensi media Xinhua.
Empat jenis sayur ditanam dalam “sistem sokongan hidup ekologi”, iaitu kabin seluas 300 kubik meter yang membenarkan angkasawan membina sendiri stok udara, air dan makanan ketika dalam misi angkasa lepas. Sistem itu yang bergantung kepada tanaman dan lumut “dijangka digunakan di pangkalan dataran di bulan atau planet Marikh.”
Peserta dalam eksperimen itu boleh “menuai sayur segar untuk dimakan,” lapor Xinhua yang memetik kata-kata pengkaji Deng Yibing dari Pusat Kajian dan Latihan Angkasawan China.
Laporan itu menyatakan, angkasawan China mungkin dapat makan sayur segar dan bekalan oksigen dari tempat tanaman di pangkalan planet biru di masa depan.
Laporan itu menambah, ia adalah eksperimen pertama dibuat di China.
China berkata, ia akan mendaratkan kenderaan eksplorasi di bulan buat pertama kali, tahun depan. Ia sebahagian program angkasa lepas termasuk rancangan jangka panjang untuk mendaratkan angkasawan di bulan. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

Utamakan tanaman lalang dgn rumpai dlu pastu baru bley tanam sayur ke nk tanam buah-buahan ke....
BalasPadam