/

Saintis hasilkan jarum suntikan elak rasa sakit

Penciptaan jarum suntikan baharu oleh Dr. Jeffrey Karp dari Hospital Wanita Brigham, Boston, diilhamkan daripada ciri-ciri duri landak.


 

BOSTON, 11 Dis. 2012 - Sekumpulan saintis di sini berjaya menghasilkan jarum suntikan yang mampu mengurangkan rasa sakit ketika disuntik dan tahan bengkok, yang diilham daripada struktur duri landak.

Ketua penyelidikan, Dr. Jeffrey Karp dari Hospital Wanita Brigham, Boston berkata, idea itu diperoleh selepas mengkaji kaedah mempertahankan diri yang digunakan oleh landak Amerika Utara ketika berdepan dengan musuh.

Menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal Akademi Sains Kebangsaan semalam, Dr. Karp berkata, landak mempunyai kira-kira 30,000 duri yang akan ditanggalkan sekiranya diserang musuh, sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri.

Jelas beliau, duri landak menjadi senjata yang berkesan kerana mempunyai hujung tajam halus seperti cangkuk yang terbalik.

Cangkuk tersebut berfungsi seperti mata pisau yang bergerigi, dengan mudah masuk ke dalam tisu dan melekap pada daging serta dalam masa yang sama bertindak mengurangkan tekanan ketika ia ditusuk.

"Kami terperanjat apabila mendapati cangkuk tersebut bertindak dalam dua fungsi iaitu mengurangkan tekanan kemasukan bagi memudahkan masuk ke dalam tisu dan memaksimumkan tekanan pegangan bagi membolehkan duri itu sukar dilepaskan," katanya.

Berdasarkan struktur tersebut, Dr. Karp dan pasukannya mencipta replika plastik menyerupai struktur duri landak, yang berupaya mengurangkan tekanan ketika dicucuk, namun mudah ditarik bagi mengurangkan kesakitan.

Kajian tersebut dijangka mampu memperbaharui rekaan jarum suntikan dan peralatan perubatan pada masa depan. - AGENSI

 

Unknown , Rabu, Disember 12, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog