Mereka yang berusia 55 sehingga 65 tahun merupakan golongan berisiko dijangkiti penyakit pneumokokal.
BIASANYA fungsi paru-paru bagi seseorang akan merosot secara beransur-ansur bermula usia 20 tahun.
Jika tiada gangguan terhadap paru-paru seperti bahan kimia dari persekitaran atau gaya hidup yang sihat, kesihatan organ ini dapat dikekalkan sehingga usia tua tanpa sebarang masalah.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok atau pendedahan terhadap benda asing dari persekitaran menyebabkan berlakunya pelbagai jangkitan pada paru-paru yang mengakibatkan kerosakan serius.
Jangkitan pada sistem pernafasan manusia boleh melibatkan saluran pernafasan, jangkitan bronkitis dan jangkitan pada pundi-pundi udara dan pneumonia.
Menurut Pengarah Institusi Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif, salah satu penyakit yang melibatkan jangkitan paru-paru adalah pneumokokal yang merupakan penyakit kronik berpunca daripada bakteria streptococcus pneumoniae.
"Daripada 90 peratus penyakit pneumokokal hanya 10 peratus daripadanya boleh menyebabkan penyakit serius.
"Bakteria tersebut mengakibatkan jangkitan pada anggota tubuh badan lain seperti pada selaput otak dan saraf tunjang (meningitis), jangkitan dalam darah (bacteremia), jangkitan pada paru-paru (pneumonia) dan jangkitan pada telinga (otitis media).
"Streptococcus pneumoniae boleh mengakibatkan penyakit berbahaya sehingga membawa kepada kematian. Dianggarkan 1.6 juta kematian berlaku setiap tahun berpunca daripada bakteria ini," katanya semasa majlis memperkenalkan vaksin Prevenar 13 untuk dewasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit pneumokokal telah dikesan menjadi antara pembunuh golongan dewasa apabila pada 2002 sebanyak 896,000 kematian berlaku di seluruh dunia.
salah satu penyakit yang melibatkan jangkitan terhadap paru-paru adalah pneumokokal.
Kumpulan berisiko
Selain golongan dewasa, penyakit ini turut menyerang golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah.
"Kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah merupakan antara golongan yang mudah dijangkiti penyakit tersebut terutama mereka yang kurang mendapat penyusuan badan sewaktu bayi, terlalu terdedah dengan asap rokok dan tidak mendapat imunisasi penyakit tersebut.
"Bagi golongan dewasa pula, mereka yang berusia 55 sehingga 65 merupakan golongan berisiko dijangkiti penyakit pneumokokal," katanya.
Dr. Abdul Razak berkata, pneumokokal boleh menyebabkan penyakit serius seperti meningitis, jangkitan terhadap telinga, paru-paru dan darah.
Katanya, sakit kepala, muntah-muntah, demam secara tiba-tiba, gegendang telinga membengkak, nafas pendek atau laju, pengsan dan sebagainya merupakan tanda-tanda jangkitan tersebut.
Lebih berbahaya, penyakit ini mampu menjangkiti orang lain melalui bakteria yang disebar oleh pesakit.
"Bakteria ini boleh disebarkan apabila pesakit atau orang yang membawa bakteria ini batuk atau bersin.
"Seseorang itu boleh juga mendapat jangkitan ini apabila tersentuh sesuatu yang mempunyai bakteria pneumokokal yang dapat melalui rongga badan manusia seperti mulut dan hidung," tambahnya.
Ujar Dr. Abdul Razak lagi, seseorang yang pernah dijangkiti penyakit ini juga mempunyai risiko untuk dijangkiti kembali.
Langkah terbaik bagi menghalang penyakit tersebut adalah dengan mendapatkan vaksin dan imunisasi yang mana bukan sahaja dapat mengurangkan penyakit tetapi juga mengurangkan kadar kematian.
*Oleh NOR FARHANI CHE AD, Utusan

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "