Jumaat : 11 April 2025   
@ 13 Syawal 1446H / 11:34 AM

24Isnin,Disember

Perigi Mat Kilau, antara lipatan sejarah perjuang

Roslizan menunjukkan Perigi Sejarah Mat Kilau yang menjadi sumber air penduduk setempat satu masa dahulu.


 

Mukim Budu yang terletak di daerah Kuala Lipis adalah mukim yang penting dalam sejarah negeri Pahang. Di mukim inilah lahirnya Pahlawan Melayu Mat Kilau yang juga anak kepada Khatib Rasu Abdul Salam atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah menerusi perkahwinan bersama Cik Jebah dari Batu Naga, Tualang Padang.

Keturunan ke lapan Mat Kilau, Roslizan Ahmad Mahidin berkata, perbalahan sesama sendiri antara pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British.

Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih pada masa itu sehingga menyebabkan anggaran  kira-kira 200 orang Melayu terkorban.

Setelah lebih seabad berlalu, banyak bukti sejarah terdapat di kawasan ini seperti Perigi Sejarah Mat Kilau, kubur pengikut Tok Gajah dan Mat Kilau serta parit dalam,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Perigi sejarah Mat Kilau

Roslizan berkata, berdasarkan fakta, Perigi Sejarah Mat Kilau telah digali oleh Mat Kilau yang ketika itu menjadi pejuang kemerdekaan Tanah Melayu bersama pengikutnya sekitar 1890an.

Menurutnya, perigi itu digunakan sebagai sumber air bagi penduduk setempat termasuklah Mat Kilau dan ayahnya, Tok Gajah yang merupakan anak jati kampung terbabit.

Perigi ini juga terkenal ke seluruh kampung di kawasan Mukim Budu seperti Kampung  Kipas, Napal, Terap, Jerening hingga menjangkau ke Chat, Tualang Padang dan Peruang.

Selain itu, perigi terbabit telah menjadi saksi kepada kerakusan pihak British serta semangat perjuangan Mat Kilau dan pengikutnya dalam mempertahankan Mukim Budu dan daerah Lipis,” katanya.

Kawasan terbabit serta sekitarnya merupakan tapak peperangan antara Mat Kilau dengan askar Sikh di bawah pimpinan Colonel Walker dan Hugh Clifford.

Peristiwa berdarah itu menyebabkan Kampung Budu musnah, apabila banyak rumah penduduk dibakar serta binatang ternakan dibunuh.

Rentetan dari penyerangan tersebut juga seluruh penduduk kampung ini telah melarikan diri ke Bukit Raya atau lebih dikenali sebagai Bukit Tacing,” katanya.

Roslizan berkata, walaupun pelbagai peristiwa silih berganti berlaku namun perigi ini tetap wujud sejak zaman berzaman selain turut mempunyai banyak kelebihan.

Antara kelebihan perigi ini yang dapat dikesan ia tidak pernah kering walaupun di musim kemarau kerana terdapat lima mata air yang berpunca dari Bukit Gong dan Bukit Raya di dalam perigi ini.

Selain itu, ia menjadi sumber air minuman, mandian dan kegunaan seharian bagi kanak-kanak sekolah yang berulang alik pada zaman dahulu, iaitu dari Sekolah Kebangsaan Budu ke kampung di sekitarnya,” katanya.

 

Sejarah Parit Dalam

Satu lagi tempat sejarah di kawasan berkenaan adalah Kampung Parit Dalam yang turut dikelilingi beberapa kampung kecil seperti Kampung Napal, Empau, Seberang Teka, Seberang Paya dan Gedung Batu.

Menurutnya, Kampung Parit Dalam mendapat namanya daripada sebuah parit yang amat dalam yang mana mengikut ceritanya setinggi pohon kelapa ataupun kedalamannya hampir 50 meter.

Parit terbabit digali oleh Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya ketika menghadapi peperangan dengan pihak Inggeris pada 20 Mei 1892,” katanya.

Tanggal 18 Mei 1892, Walker dan Clifford yang bertindak sebagai Political Officer bergerak menuju Budu dari Raub.

Mereka ditemani oleh tiga orang Inspektor berbangsa Eropah, dua orang Jemadar dan 150 askar Sikh.

Ketika sampai di Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha dilakukan pihak Inggeris memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.

Bagaimanapun, demi mempertahankan tanah air tercinta, rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya. Maka pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang dan membakar Kampung Budu,” katanya.

Roslizan berkata, parit dalam yang digali oleh mereka, telah dijadikan benteng yang berupa jerangkap samar untuk mempertahankan serangan Inggeris di mana lebih separuh askar Sikh telah terbunuh di dalam parit itu.

Memandangkan pihak Inggeris mempunyai askar yang ramai, akhirnya Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya telah berundur ke Kampung Empau dan bertempur semula dengan Inggeris di situ.

“Akhirnya mereka terpaksa berundur hingga ke Kampung Racap, Tekeong, Chat hinggalah ke Tualang Padang. Ada antaranya mereka telah lari bersembunyi ke Bukit Raya,” katanya.


 

 

* Oleh WARTAWAN SINAR HARIAN, 24 Disember 2012

Marjaki Rawo , Isnin, Disember 24, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog