Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 11:31 AM

27Khamis,Disember

PDRM : Laporan polis secara online mulai 2013

SABAK BERNAM, 27 Disember 2012 - Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara atas talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, portal laporan atas talian itu kini dalam peringkat akhir penyediaan, diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa itu pada bila-bila masa sahaja.

"Ini merupakan satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Mereka boleh buat laporan di mana sahaja mereka berada hanya dengan menggunakan Internet," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini hari ini.

Khalid berkata, portal itu sedang dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan.

Beliau berkata, beberapa perkara juga sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya termasuk cara memastikan kesahihah laporan yang diterima.

"Kita yakin portal laporan polis atas talian ini akan memudahkan orang ramai kerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian Internet selain ia menjimatkan masa," katanya.

Terdahulu, Khalid turut meluangkan masa beramah mesra dengan lebih 1,000 penduduk tempatan di perkarangan premis perniagaan Pekan Sungai Besar di sini pada program kesedaran jenayah itu yang turut diserta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Bahagian Narkotik dan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, polis turut menyebarkan maklumat mengenai kesedaran jenayah komersial membabitkan penggunaan Internet yang sering berlaku pada masa kini seperti penipuan pelaburan wang haram dan pertaruhan atas talian.

Katanya, orang ramai didedahkan mengenai kegiatan dan taktik yang sering dilakukan oleh sindiket terbabit untuk memperdaya mangsa termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kiriman e-mel.

"Kita harap orang ramai tidak mudah diperdaya apabila menerima pelawaan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi pelaburan Internet dan sebagainya yang akhirnya akan menyebabkan mereka ditipu," katanya. - Bernama

Unknown , Khamis, Disember 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog