KUALA LUMPUR, 19 Disember 2012 - Ketika menghadiri satu majlis jamuan, mungkin kerana alah kepada udara yang tercemar, seorang tetamu tiba-tiba bersin dan serentak dengan itu terasa seluarnya dibasahi air kencing.
Dia berasa tidak selesa dan mengharapkan masalah yang dialaminya tidak disedari tetamu lain. Pilihan yang ada baginya ialah bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik air untuk melakukan apa yang perlu.
Sebenarnya, kejadian seperti itu turut menimpa ramai orang lain, tetapi, mungkin kerana malu untuk mendedahkan rahsia diri, mereka tidak menghebahkannya kepada sesiapa.
Ketirisan kencing atau masalah kencing tak terkawal (UI) berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, tidak ramai yang bersedia untuk mengaku bahawa mereka mengalami masalah ini.
Kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan warga emas dan golongan ini bersedia melakukan apa saja untuk mengatasi masalah itu, kata Dr Warren Lo Hwa Loon, pakar urologi di Hospital Kuala Lumpur.
Dr Lo berkata walupun UI tidak mengancam nyawa, tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.
UI berpunca daripada disfungsi pundi kencing, penggunaan otot detrusor secara berlebihan, tersumbatnya saluran kencing, disfungsi sfinkter dan kecederaan pada sistem saraf.
Oleh kerana penyakit ini dianggap boleh membawa keaiban diri, tidak ramai yang berasa selesa untuk membincangkannya secara terbuka.
“Tiada sebab untuk berasa malu, lebih-lebih lagi kerana ia sebenarnya boleh dirawat," kata Dr Lo.
Terdapat tiga jenis keadaan tidak boleh dikawal: Stres Tidak Terkawal (SI), Rangsangan Tidak Terkawal (UI) dan Keadaan Tidak terkawal Bercampur (MI).
SI terjadi apabila otot lantai pelvis tidak memiliki kekuatan yang sepatutnya. Orang yang mengalami masalah ini akan terkencing apabila melakukan aktiviti yang memberi tekanan secara langsung atau tidak langsung kepada pundi kencing.
Beberapa titis air kencing akan terkeluar apabila seseorang itu batuk, ketawa, bersin, melakukan senaman atau melakukan sesuatu gerakan. Kegiatan ini memberi tekanan kepada bahagian intra-abdomen dan seterusnya memberi tekanan pula kepada pundi kencing.
UI pula terjadi apabila berlaku penguncupan otot secara tidak sengaja dan tidak sepatutnya.
Dalam kes ini, pundi kencing menjadi tidak stabil apabila saraf yang mengawal pundi bertindak secara terlebih aktif hingga menyebabkan timbul rasa untuk membuang air kecil yang sukar ditahan.
Dalam sesetengah kes, air kencing akan terkeluar apabila seseorang itu melakukan aktiviti yang melibatkan air seperti minum dan menyentuh air atau malah, mendengar bunyi air mengalir.
Dr Lo berkata gangguan neurologi, penyekatan aliran keluar air kencing daripada pundi dan pengambilan minuman beralkohol dan yang mengandungi kafein adalah antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah tidak terkawal jenis ini.
“Contoh gangguan neurologi termasuk penyakit Parkinson dan strok, manakala penyekatan aliran air kencing pula mungkin berlaku kerana terdapat batu, tumor dan prostrate menjadi kembang,” katanya.
MI pula adalah gabungan antara SI dan UI.
Satu soal selidik dikenali sebagai Consultation on Incontinence Questionnaire (ICIQ-SF) digunakan untuk memeriksa gejala ini. Soal selidik ini menyiasat tentang kekerapan berlakunya ketirisan air kencing, purata jumlah air kencing yang tiris dan pendapat seseorang tentang kesan daripada penyakit ini.
Kaedah yang digunakan untuk merawat UI bergantung pada sejauh mana teruknya sesuatu kes itu. Rawatan boleh dilakukan dalam bentuk mengubah bentuk perilaku, penggunaan ubat-ubatan atau pembedahan.
“Ada orang terkejut aabila mengetahui bahawa hanya dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat, termasuk mengurangkan berat badan dan meninggalkan tabiat merokok serta melakukan senaman lantai pelvis, seseorang itu dapat mengatasi masalah ketirisan ini," kata Dr Lo.
Beliau berkata senaman lantai pelvis mudah dilakukan kerana ia hanya memerlukan seseorang itu duduk dengan selesa dan meramas otot pelvisnya secara berterusan sebanyak 10 hingga 15 kali.
Ditanya tentang kos rawatan, Dr Lo berkata kadarnya ialah antara RM100 dan RM200 sebulan.
Kata beliau pembedahan untuk mengatasi masalah ini pula melibatkan satu prosedur mudah dan dalam kebanyakan kes, pesakit akan dapat mengawal semula pundi mereka selepas dibedah.
Bagi lelaki, SI boleh dirawat dengan memasukkan sfinkter kencing tiruan atau menggunakan agen pemukalan seperti Botox dan kadar kejayaannya ialah 80 peratus, kata Dr Lo.
Bagi wanita pula, kata beliau, SI boleh dirawat dengan memasukkan pita vagina dengan kadar kejayaannya ialah 84 hingga 88 peratus, manakala agen pemukalan seperti Botox juga boleh digunakan.
Mengenai UI, kata beliau, ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah dikenali sebagai Transcutaneous Electrical Nerve Simulation (TENS), neuromodulation, agen pemukalan dan bagi kes kritikal, pembedahan Ileal Loop Diversion boleh digunakan.
Bagi merawat MI, gandingan rawatan untuk SI dan UI boleh digunakan, katanya.
Menurut presiden Persatuan Urologi Malaysia (MUA) Prof Azad Hassan A.Razack, Malaysia mempunyai lebih kurang 100 pakar urologi, yang sama ramai jumlahnya di hospital awam dan swasta.
“Seratus pakar urologi bagi lebih 28 juta penduduk adalah terlalu sedikit. Negara ini mengalami kekurangan pakar urologi," katanya.
Di samping menjadi badan penaung rasmi untuk pengamal dalam bidang ini, MUA juga memberi latihan kepada bakal pakar urologi. Persatuan ini melahirkan lima hingga 10 pakar urologi setahun. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "