2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kunci ajaib rumah tangga

Benar kata suami benarlah pada isteri. Isteri wajib mematuhi kata suami selagi tidak bersalahan dengan tuntutan agama.


 

TANYALAH mana-mana pasangan suami isteri di dunia ini semuanya menginginkan kebahagiaan berpanjangan, jika ada yang menjawab untuk menderita pasti individu itu seorang yang tidak berfikir panjang.

Utamakan keluarga, sayangi orang tersayang”, antara ungkapan yang sering kita dengar. Kesemuanya jelas menunjukkan betapa berertinya nilai ikatan kekeluargaan dalam kehidupan seharian malah Islam juga menuntut supaya umatnya mementingkan dan mengutamakan keluarga dalam segala urusan.

 

Kasih sayang, kejujuran dan tanggungjawab

Penulis motivasi keagamaan yang juga Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam), Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood berkata, keluarga yang bahagia dibina berasaskan tiga elemen penting iaitu kasih sayang, kepercayaan dan tanggungjawab. Rencah itulah yang menguatkan lagi ikatan sesebuah perhubungan suami isteri.

Kebanyakan ribuan kes dan permasalahan rumah tangga dalam masyarakat yang dirujuk kepada saya melibatkan pasangan yang hanya mempunyai kasih sayang sebagai pelengkap kehidupan, sedangkan inilah sebenarnya punca pincangnya sesebuah ikatan perkahwinan.

Di sini saya nyatakan contoh, seorang isteri yang memiliki kasih sayang sahaja akan mudah mencemburui suaminya. Apabila si suami masuk dalam rumah pasti si isteri akan mula memeriksa telefon bimbit suaminya dengan bertanya itu dan ini. Dia berkeadaan begitu kerana sifat ketidakpercayaannya terhadap teman sekatilnya,” katanya kepada Rehal baru-baru ini.

Menurutnya, pergaduhan pasti tercetus apabila suami atau isteri bersikap sedemikian. Syaitan tersenyum dengan lebarnya apabila wujudnya pertengkaran disebabkan terlalu sayang. Ingat jangan kerana sayang semua perkara lain dipandang enteng.

Didik diri secara fitrah

Bercintalah selama mana pun, tujuh tahun walhal 10 tahun sekalipun jika tidak tidur sebantal kita tidak akan dapat mengenal perangai sebenar pasangan.

Zaman bercinta adalah zaman hipokrit di mana semuanya mekar mewangi, buat salah pun tidak mengapa tetapi masuk alam perkahwinan lain pula kisahnya. Dari situ kita perlu belajar mendidik diri untuk bersikap toleransi.

Saya tekankan di sini, didiklah diri kita dan pasangan mengikut fitrah. Pendidikan mengikut fitrah bererti menakluki pasangan secara tepat dengan mengenal pasti fitrahnya supaya  lebih mudah diterima dan lebih efektif dalam menghayatinya,” katanya.

Siti Fatahiyah berkata, tanpa memahami dan mengenali fitrah pasangan kadangkala menjadikan kita berdepan dengan kesukaran untuk mendidik atau menegur sekalipun menasihati padahal ia bukanlah sesuatu yang sukar difahami dan langsung tidak disedari.

Fitrah kaum Adam tidak sama dengan fitrah kaum Hawa. Ada sesetengah perkara remeh pada pandangan lelaki begitu jugalah sebaliknya. Oleh kerana itu sifat persefahaman dan bertoleransi diperlukan supaya sang suami dan isteri tidak mudah berburuk sangka antara satu sama lain.

Kenapa perlu bersusah untuk mencari persamaan, sedangkan kita boleh bergembira dengan perbezaan. Tambahan pula persamaan yang dituntut Islam supaya berusaha mencarinya (untuk perkahwinan) hanyalah konsep kufu.

 

Cabaran wanita berkerjaya

Firman ALLAH: “Dan hendaklah kamu mempergunakan apa-apa yang dikurniakan oleh ALLAH untuk mencari (tuntutan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan pendapatan kamu daripada (harta) dunia.“ (Surah al-Qasas: 77)

Si suami pula seharusnya bertoleransi untuk memahami bidang tugas seorang isteri. Fokuskan kepada isteri yang mempunyai kerjaya. Tuntutan tugas sebagai wanita berkerjaya amat berat.

Dari situ sikap bertolak ansur dan tidak berkira suami perlu diaplikasikan dan isteri juga hendaklah memahami bidang tugas suami.

Apabila suami bertugas di luar kawasan sehingga terpaksa meninggalkan isteri dalam tempoh yang lama. Menjadi tuntutan isteri untuk menjaga maruah suami.

Sehebat mana pun seseorang wanita itu di pejabat, di benak fikirannya tetap memikirkan hal ehwal rumah tangga dan keluarga. Ini adalah selari dengan kajian pakar dan psikologi berkaitan kecenderungan lelaki dan wanita terhadap kerjaya dan keluarga.

 

Siti Fatahiyah berkata, antara cabaran yang perlu dihadapi dan diuruskan secara bijak oleh isteri yang bekerja adalah:-

ü  Niat (tujuan asal bekerja)

ü  Faktor salah pilih/ kewujudan pihak ketiga

ü  Pengurusan masa bersama     pasangan dan keluarga

ü  Pengurusan kewangan keluarga dan kerjaya

ü  Pengurusan tekanan dan keutamaan     yang tidak stabil

ü  Pendidikan anak-anak (jiwa dan emosi) yang terabai

 

Oleh itu, isteri berkerjaya perlu bijak dan pandai mengatur masa dalam semua hal. Suami pula harus bersikap ringan tulang membantu isteri menguruskan rumah tangga.

Bersyukur kepada yang mempunyai pembantu rumah, tetapi ingat jangan bergantung harap sepenuhnya kepada pembantu rumah. Tanya diri adakah anda mahu makanan yang dijamah suami dan anak anda dimasak oleh bibik?

Adakah anak mahu anak anda dididik oleh bibik? seharusnya bertindaklah dengan bijak. Cukuplah orang gaji itu dibayar untuk membantu kerja-kerja rumah dan bukannya membantu menguruskan anak-anak dan suami,“ katanya yang mesra dengan panggilan Mahsuri.

Saidina Umar al-Khatab mengingatkan, sebagai suami isteri juga ibu bapa perlu bertindak bijak dalam mendidik anak-anak dan mengharungi alam rumah tangga. Setiap apa yang dilakukan hendaklah menggunakan kaedah efektif sesuai dengan zaman selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariah.

 


Rencana Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, 14 Disember 2012, Sinar Harian

Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, Disember 14, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog