2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:07 PM

27Khamis,Disember

Internet Ancaman Kematian Otak

Generasi Google hilang kreativiti


 

BAYLIS bimbang generasi hari ini terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer.


 

LONDON, 26 Dis. 2012 - Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami “kematian otak.”

Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.

“Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya.

Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat. Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek.

Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer.

“Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan.

“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya.

Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.

Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang.

“Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.

“Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya. - DM

 


Internet sebabkan 'otak mati'


 

LONDON, 26 Dis. 2012 - Seorang pencipta radio klasik, Trevor Baylis memberi amaran kepada generasi muda yang terlalu bergantung kepada Internet boleh mengakibatkan 'otak mati'.

Katanya, kanak-kanak yang terlalu bergantung kepada penggunaan internet akan kehilangan kreativiti dan kemahiran kerana terlalu lama menghabiskan masa di hadapan skrin komputer.

Baylis berkata, dia bimbang generasi akan datang tidak tahu melakukan apa-apa dengan cara semulajadi dan menggunakan tangan.

Bagaimanapun dia berkata, generasi muda boleh mendapatkan kemahiran sekiranya sekolah menggunakan sistem pembinaan model dan lain-lain mainan praktikal.

"Kanak-kanak perlu didedahkan secara semulajadi dan bukannya belajar menerusi telefon bimbit atau pergantungan daripada komputer.

"Generasi muda hari ini bergantung sepenuhnya kepada pencarian Google. Keadaan ini menjadikan otak mereka mati dan tidak mampu melakukan sesuatu dengan cara yang lama,'' katanya.

Mengimbas kembali bagaimana dia memulakan kerjayanya, pencipta radio yang berusia 75 tahun itu, berkata dia mula mencipta peranti pada usia lima tahun.

"Suatu hari, seorang perempuan memberikan kotak yang berisi model pembinaan untuk dia menghasilkan sesuatu berdasarkan kreativitinya sendiri,'' ujarnya.

Jelasnya, penggunaan model pembinaan mampu meningkatkan kreativiti seseorang.

Beliau percaya bahawa cabaran mudah pada model pembinaan akan memberikan generasi muda hari ini kemahiran dan idea yang tidak ternilai. - AGENSI

 

Unknown , Khamis, Disember 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog