KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012 - Google mengeluarkan senarai Zeitgeist tahunan bagi Malaysia hari ini yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai minat yang berbeza-beza dengan carian 2012 terdiri daripada laman web membeli belah, siri TV, perjudian dalam talian hinggalah kepada lagu-lagu pop Korea.
Google dalam satu kenyataan berkata senarai itu menunjukkan gambaran unik pencari-pencari di Malaysia yang melayari peristiwa utama, saat-saat yang tidak dapat dilupakan dan aliran-aliran terkini yang menarik minat negara sepanjang tahun.
Whitney Houston, penyanyi, pelakon, penerbit dan model popular dari Amerika merupakan carian "pertanyaan trending paling utama global" tahun ini manakala muzik video "Gangnam Style" PSY penyanyi rap Korea menduduki tangga kedua.
Video penyanyi Korea terkenal itu kini ditonton hampir satu bilion di YouTube.
Bagi siri TV pula, rakyat Malaysia jelas menggemari cerita kanak-kanak animasi 3D - Upin & Ipin, Boboiboy dan Ultraman 2012 - di mana ia merupakan program TV paling banyak dicari tahun ini.
Penggemar teknologi pula mempunyai beraneka jenis gajet canggih yang sentiasa menjadi carian utama mereka di mana empat yang paling popular ialah Samsung Galaxy S3, iPad 3, iPad Mini dan Samsung Galaxy Note 2.
Apabila menggunakan Google dengan soalan berkaitan teknologi, rakyat Malaysia akan bertanya " “What is…” untuk mencari lebih lanjut mengenai ‘Gangnam’, ‘Instagram’, dan ‘Love’ dan mereka juga mencari carian imej untuk diposkan di laman web sosial seperti ‘Happy Birthday’, ‘Love Quotes’ dan Bunga Ros.
Sementara itu, penyanyi tempatan Shila Amzah, yang menjadi juara Asian Wave 2012, pertandingan televisyen di China menerajui senarai "orang paling menonjol yang dicari" yang termasuk Amanda Todd, remaja dari Kanada yang ditemui mati akibat membunuh diri pada Oktober selepas dibuli dalam talian.
Pemain badminton tersohor negara yang juga pemenang pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei menerajui senarai atlit paling dicari yang juga termasuk pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo.
Bagi destinasi pelancongan, Legoland Malaysia merupakan yang paling utama dicari diikuti Sunway Lagoon, Singapura, Langkawi dan Camerons Highland.
Proton Preve juga tersenarai dalam senarai "trending" model kereta di tempat ketiga selepas Nissan Almera (tempat pertama) dan Toyota 86.
Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata Google sering menjadi tempat pertama yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan sukan kegemaran mereka, mengejar berita terkini atau mencari perkara baharu dan orang.
“Seperti biasa, Zeitgeist akhir tahun merupakan pengukur budaya yang memberikan kami gambaran sebenar peristiwa-peristiwa besar, saat-saat yang tidak dilupakan dan trend terkini di Malaysia bagi 2012," katanya. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "