/

Curang bukan punca utama cerai : kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2012 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa 39 peratus wanita berkahwin di negara ini curang terhadap pasangan mereka.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Noriah Kasnon berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian.

"Malahan, melalui kajian berkenaan, masalah kecurangan dilihat tidak begitu serius di kalangan pasangan yang telah berkahwin di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.

Beliau berkata, menurut kajian itu, sebanyak 41.8 peratus kes perceraian di negara ini kerana tiada persefahaman manakala pasangan curang serta enggan dimadu masing-masing enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Laporan itu, yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina, meletakkan wanita Malaysia di tempat ketiga di dunia dalam isu wanita curang terhadap pasangan selepas Ghana sebanyak 62 peratus dan Thailand 59 peratus.

Noriah berkata, kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.

"Bagi kes kaunseling pula menunjukkan punca utama perceraian disebabkan kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin, dan ia tiada kaitan dengan kes kecurangan," katanya.

Beliau juga berkata, kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian melalui LPPKN akan menjalankan satu kajian spesifik berhubung kesan media baharu terhadap institusi keluarga yang dijangka dilaksana tahun depan.

Menyifatkan pegangan agama dan didikan moral yang sempurna menjadi faktor utama kesejahteraan keluarga, Noriah berkata, hasil kajian itu kelak diharap berupaya menyediakan asas kukuh untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan membendung masalah kecurangan pasangan berkahwin. - Bernama

Unknown , Selasa, Disember 18, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog