KUALA TERENGGANU, 16 Disember 2012 – Masyarakat khususnya umat Islam di negara ini perlu mengenal pasti produk yang mempunyai kaitan dengan Israel sebelum bertindak memboikot barangan tersebut.
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, ini memandangkan banyak produk dari negara luar yang turut mendapat saham dari Israel.
“Israel turut melabur di negara-negara lain. Jadi, dalam tidak sedar kita juga membeli barangan dari negara lain yang turut dilabur dan dalam masa yang sama dimiliki Israel.
“Dalam hal ini, kita sendiri perlu memiliki banyak maklumat dengan memperincikan senarai produk-produk yang bukan dari Israel tetapi dimiliki oleh mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun Malaysia tidak banyak mengimport atau membeli barangan dari Israel, usaha memboikot produk Israel yang dilakukan masyarakat di negara ini adalah langkah yang wajar.
“Malaysia tidak banyak mengimport atau membeli barangan keluaran Israel. Walaupun begitu, inisiatif yang diambil banyak pihak sebagai protes terhadap tindakan kejam rejim Zionis yang melancarkan serangan bom ke atas Gaza adalah langkah yang baik.
“Jadi, untuk merealisasikan usaha itu, mereka perlu tahu dan kaji senarai barangan-barangan yang mempunyai kaitan dengan Israel kerana khuatir tindakan memboikot ini tidak akan meninggalkan kesan,” katanya.
Muhammad Ali yang juga mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) berkata, masyarakat perlu dapatkan maklumat mengenai kepentingan Israel di negara lain kerana mereka turut membantu memberikan sumbangan kepada Israel sekaligus membantu serangan ke atas rakyat Palestin.
“Bila kita beli barangan dari negara lain tetapi dalam masa yang sama ia turut dimiliki Israel, wang itu juga akan turut disalurkan bagi membantu menindas rakyat Palestin,” katanya.
Kurangkan import produk Israel
SEMENTARA itu, kebanyakan usahawan di negeri ini menyokong usaha memboikot produk Israel sebagai usaha memprotes serangan tidak berperikemanusiaan rejim itu terhadap rakyat Palestin.
Usahawan, Mohammad Abd Rahman, 58, berkata, bagi menambah keberkesanan usaha itu, pihak kerajaan juga perlu mengurangkan import barangan yang mempunyai kaitan dengan Israel ke negara ini.
“Kita kena ingat bahawa Israel mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS), jadi, ada produk-produk tertentu yang kita perlu tahu ia turut dimiliki Israel.
“Jadi, dalam hal ini, langkah paling berkesan adalah mengurangkan import barangan yang turut dimiliki Israel. Walaupun ianya dilihat mustahil, tetapi itu langkah paling berkesan yang boleh dilakukan bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.
Perluas maklumat produk
Senada dengan Mohammad, peniaga, Rohana Hussain, 41, berkata, maklumat jelas mengenai produk-produk dimiliki Israel perlu diperluaskan kepada masyarakat supaya usaha memboikot yang dilakukan mendatangkan hasil.
“Saya sokong usaha ini, tetapi, masyarakat kurang maklumat mengenai barangan yang mana satu yang perlu di boikot. Ramai lagi yang masih belum tahu yang mana dalam tidak sedar mereka akan beli barangan tersebut.
“Jadi, saya harap, maklumat jelas mengenai barangan yang perlu diboikot perlu dimaklumkan secara meluas kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, usahawan, Mohammad Abdullah, 43, berkata, usaha memboikot barangan keluaran Israel ini akan berhasil sekiranya semua pihak bersatu dan tidak memikirkan keuntungan peribadi.
“Kita sebenarnya ada banyak pilihan produk. Selain usaha boikot barangan Israel, kita juga boleh memperkasakan ekonomi umat Islam dengan menyokong produk keluaran negara Islam.
“Pihak media juga perlu menyebarkan jenama barangan yang dimiliki atau produk mana keluaran Israel serta menyenaraikan syarikat-syarikat mana yang menjadi milik mereka,” katanya.
*Oleh NORHASPIDA YATIM, Sinar Harian
2x5 :: Persatuan-persatuan ini sepatutnya berani mengeluarkan kenyataan secara detail terutamanya nama @ jenama Produk-produk tersebut, jangan hanya mengeluarkan kenyataan umum sebegini, tunjukkan keberanian sebenar. Kenyataan2 sebegini seperti mereka hanya mencari populariti sahaja.
Tolong hentikan kenyataan yang asyik meminta masyarakat memboikot baranga israel, tetapi apa jenis barangannya x tahu/beritahu!.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "