PELBAGAI... mesej percuma tidak terhad bagi telefon saja.
SELEPAS telefon pintar mula menjadi gajet pengguna di dunia sekitar 2004, perkembangan teknologi terutama membabitkan khidmat mesejnya bergerak terlalu pantas.
Mulanya dianggap sebagai inovasi teks paling memberangsang dalam penggunaan telefon bimbit atau pintar, khidmat pesanan ringkas (SMS) mula menjadi fungsi kedua gajet terbabit selepas membuat atau menerima panggilan.
Berbekalkan 140 perkataan bagi satu SMS, ia menjadi platform paling mudah berkomunikasi yang tidak mengganggu peribadi individu dengan menyampaikan maklumat serta-merta kepada pengguna.
Namun, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, timbul pula pelbagai inovasi khidmat mesej lain yang dimulakan menerusi trend Blackberry Messenger atau BBM.
Inovasi yang sukses itu mendorong pelbagai pembangun aplikasi mencipta teknologi sama yang menggunakan kaedah menghantar secara mesej tunggal atau berkelompok.
Maka lahirlah aplikasi seperti Whatsapp, ChatOn, Viber dan bermacam-macam lagi yang memudahkan pengguna berkomunikasi.
Pendek kata, segala-galanya hanya dilakukan menggunakan hujung jari saja. Dengan kemudahan data Internet lengkap, komunikasi lebih meriah dan hebat.
Namun begitu, ada yang mengatakan kesemua khidmat mesej moden terbabit bakal memusnahkan SMS sebagai medium penting dalam telefon mudah alih.
SMS kini berdepan saingan sengit khidmat mesej yang rata-ratanya ditawarkan secara percuma daripada telefon pintar.
Terdapat penganalisis yang memberi pandangan, syarikat telekomunikasi perlu mencari sumber pendapatan alternatif bagi menampung keuntungan diperoleh menerusi SMS sebelum ini.
SMS bermula sebagai antara kaedah memanfaatkan lebihan keupayaan syarikat telekomunikasi, tetapi kemudian menjadi penjana pendapatan utama pengendali menerusi tawaran perkhidmatan kos rendah untuk pengguna kekal berhubung dan mengelakkan kos tinggi panggilan suara.
Kemunculan telefon pintar dilengkapi perkhidmatan data Internet sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan peningkatan aplikasi video, panggilan suara dan teks mesej percuma sekali gus mengundang kepupusan SMS.
Firma kaji selidik teknologi Ovum, SMS menyumbang kira-kira 57 peratus pendapatan bukan suara syarikat telekomunikasi global pada 2009 tetapi ia diunjurkan menurun kepada 47 peratus menjelang akhir tahun ini.
Ovum menganggarkan kemunculan perkhidmatan penghantaran mesej alternatif itu menyebabkan pendapatan pengendali telekomunikasi seluruh dunia berkurangan sebanyak RM26.97 bilion pada 2010 dan RM43.09 bilion pada 2011.
Penganalisis Telekomunikasi Pengguna Ovum, Neha Dharia, berkata, sumbangan SMS kepada pendapatan perkhidmatan bukan suara pengendali akan semakin berkurangan dalam beberapa tahun akan datang.
“Pengguna sekarang boleh menghantar teks mesej menerusi pelbagai cara seperti Mesej Segera (IM), aplikasi teks mesej dan rangkaian sosial,” katanya.
Dharia berkatan, produk seumpama ini menawarkan ciri dan harga lebih berdaya saing, malah ada yang percuma.
SMS lebih mahal dalam pasaran tertentu dan paparan antara mukanya tidak mesra pengguna atau intuitif seperti kaedah penghantaran mesej lain di pasaran.
“Peranti mudah alih semakin hampir menggantikan komputer konvensional untuk sambungan Internet dan menawarkan akses kepada Facebook, Google dan Yahoo! dengan ciri penghantaran mesej segera mereka sendiri,” katanya.
Namun pada masa sama, aplikasi seperti WhatsApp, Viber, Tango dan Facetime milik Apple melalui iPhone menawarkan panggilan suara, video dan perkhidmatan mesej percuma apabila terdapat sambungan tanpa wayar.
Perubahan itu sudah pun bermula apabila data dikeluarkan Lembaga Pembangunan Infocomm, Singapura menunjukkan pengguna di bandar raya itu menghantar dan menerima sejumlah 2.46 bilion SMS pada September 2011, tetapi angka itu menyusut kepada 2.21 bilion pada Mac 2012.
Kini, satu lagi aplikasi khidmat mesej ditawarkan secara meluas yang bermula di Korea Selatan sesuai bagi pengguna Asia terutama Malaysia.
LINE... aplikasi baru yang hebat.
Aplikasi Line mula menjadi trend dunia dengan perkhidmatan rangkaian sosial membolehkan pengguna untuk menikmati panggilan percuma dan menghantar pesanan kepada rakan dari dalam dan luar negara, tanpa mengira talian rangkaian mudah alih yang mereka langgani.
Ia mula dilancarkan pada 23 Jun 2011 oleh syarikat teknologi NHN dan Line kini mempunyai lebih 59 juta pengguna di 231 negara di seluruh dunia.
Sehingga Ogos 2012, Line disenaraikan sebagai aplikasi nombor satu di 24 negara termasuk Malaysia, Jepun, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Macau, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Jordan, Israel, Switzerland, Turki, Oman, Mali, Rusia, Belarus dan Latvia bagi kategori Aplikasi Percuma.
Line tampil dengan pelbagai ciri unik seperti ‘Perkhidmatan Terjemahan Segera’, Official Accounts yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan tokoh terkenal serta selebriti, TimeLine dan Home untuk berkongsi aktiviti serta maklumat terbaru dengan rakan.
Selain itu, ia turut menampilkan Shake It untuk menambah kenalan dengan kaedah yang menyeronokkan dan pelbagai ‘pelekat emosi digital’ untuk meluahkan ekspresi serta emosi pengguna Line.
Pada masa sama, Line membolehkan pengguna menikmati perbualan 1:1 atau berkumpulan di samping berkongsi gambar, video, mesej audio dan lokasi mereka ketika berbual menggunakan Line.
Di samping bebas untuk menukar latar belakang skrin bual bergantung kepada ‘mood’ dan kesesuaian, Line turut menawarkan kemudahan perbualan kumpulan yang lebih selamat sehingga membabitkan 100 rakan pada masa yang sama.
Dengan Line, pengguna boleh menikmati perbualan masa nyata dan sistem notifikasi membolehkan pengguna untuk menyertai ruang sembang dengan cepat dan mudah.
Pengguna juga boleh memilih untuk menghentikan notifikasi dalam setiap bilik sembang apabila mereka tidak mahu diganggu pada masa tertentu.
Menariknya, Line juga mempunyai fungsi ‘Group Board’ yang membolehkan pengguna untuk berkongsi imej, klip video dan banyak lagi apabila menggunakan ruang sembang berkumpulan.
Manakala fungsi panggilan suara menyediakan kemudahan panggilan suara 1:1 secara percuma.
Sehingga kini, NHN meningkatkan kualiti perkhidmatan yang memungkinkan pengguna menikmati panggilan yang lebih jelas melalui Line selain merakamkan pesanan audio sehingga 180 saat dan mesej video selama 90 saat dan menghantarnya kepada kenalan Line mereka.
Pengurus Besar Line, Simeon Cho, berkata pengguna Line boleh menukar ID Line sesama mereka dengan mudah melalui fungsi Shake It! atau pengimbas kod QR Line.
“Melalui Shake It!, pengguna hanya perlu menggoncangkan telefon pintar mereka yang mengelakkan proses pendaftaran lama untuk memasukkan data bagi setiap individu.
“Lebih mudah, pengguna Line boleh menambah rakan melalui ID Line mereka,” katanya.
Beliau berkata, Line menyediakan fungsi interaktif seperti pelekat emosi digital yang mampu meluahkan pelbagai ekspresi dan emosi.
“Cirinya mudah, pengguna boleh berkongsi ungkapan emosi yang sebenar secara mudah dan menarik ketika berbual,” katanya.
Lebih 1,400 jenis pelekat Line yang menarik boleh didapati di stor online Sticker Shop yang mana pengguna boleh memindah turun 344 pelekat percuma digemari daripada 1,128 pelekat disediakan kepada pengguna Line.
Pelekat terbabit berbeza mengikut negara yang mana Malaysia mempunyai 65 pelekat dengan 61 pelekat berbayar.
Pada masa sama, Line mempunyai fungsi Official Account yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi secara terus dengan idola kegemaran mereka dan juga tokoh ternama.
Selepas menambah mereka sebagai kenalan, pengguna Line boleh mengikuti aktiviti selebriti, rancangan TV, jenama popular, syarikat, pasukan sukan dan sebagainya selain menerima pesanan, gambar atau klip video serta audio daripada mereka.
Sehingga kini, penyanyi yang popular dengan lagu Gangnam Style, Psy menggunakan Line sebagai platform berinteraksi dengan peminatnya.
Pengguna bukan saja boleh mengikuti perkembangan terkini dari selebriti yang mempunyai Official Account malah boleh berinteraksi dengan mereka dalam masa sebenar ketika mod On Air diaktifkan.
Aplikasi Line didapati pada kebanyakan sistem operasi di dunia seperti iOS, Android, Windows, Blackberry dan versi komputer peribadi (PC).
Pastinya, ia memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menghantar mesej secara bebas dan mudah kepada apa jua jenis alat komunikasi di samping mengukuhkan kesepaduan antara platform bagi terus berhubung dengan orang yang tersayang tidak kira apa jua peranti komunikasi digunakan.
Oleh Afiq Hanif

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "