SEJAK kecil, kita didedahkan kegunaan air sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Ada yang mengambil air yang dibacakan surah Yassin untuk menerang hati manakala ibu bersalin digalak minum air selusuh bagi memudahkan proses kelahiran.
Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma'ni Isma'Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat.
Suatu malam, dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu. Rasulullah bertanya: "Tidakkah engkau mempergunakan ayat Asy-Syifaa?" Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu dalam al-Quran.
Al-Qusyairi menuliskan ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit anaknya sembuh.
Dari sudut saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah satu elemen yang hidup kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan terhadapnya.
Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran.
Apabila dibacakan sesuatu yang baik, seperti ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. Dan, begitu juga sebaliknya.
Menurut Imam Muda Ustaz Khairul Azhar Ghazali, Air bukan saja kaya dengan zat galian, tetapi ditenagakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa pilihan.
Beliau berkata, bagi memastikan proses itu lebih tinggi nilainya, adab sepanjang pemprosesannya amat dijaga.
Katanya, Air itu menggunakan sistem syifa iaitu dibacakan keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk.
"Ia dibacakan dalam keadaan yang sempurna dan menjaga adab zahir dan hati (biat) di kalangan mereka yang terpilih.
"Selepas itu, ditenagakan pula dengan bacaan khusus ayat al-Quran tertentu dengan dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan kaedah yang khas," katanya.
Allah berfirman, "Wahai manusia, sesungguhnya datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada." (Surah Yunus: 57).
Doa dalam Air boleh dijadikan amalan harian untuk mencari penawar dan mencapai hajat tententu, antaranya Surah al-Fatihah (penyembuh keracunan), Surah al-Syarh (menghilangkan kesulitan dan bebanan), Surah al-Qadr (pembuka minda dan menerangkan mata), Surah al-Kafirun (menghindar hasutan Iblis dan makhluk halus), Surah al-Ikhlas (menjauhi mata-mata jahat), Surah al-Falaq (penyembuh penyakit siang dan malam), Surah al-Nas (menjauhi gangguan jin), Surah al-Isra': 28 (penghadang dan pembimbing), Surah at-Taubah:128 (menghilangkan sebarang sakit), Ayat Kursi (menghindar gangguan makhluk halus), Surah al-Baqarah (terselamat dari bencana dan bahaya), Surah Israil (penawar segala jenis kesakitan), Surah as-Shafat (sentiasa sihat), Surah Ali-Imran (terpelihara dari segala penyakit dan gangguan jin), Bacaan istighfar (pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angin ahmar) dan doa khatamul al-Quran untuk penyembuh penyakit zahir dan batin.
* Artikel ini disiarkan pada : 15-11-2012, di akhbar Harian Metro

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "