SINGAPURA: Pekerja di republik ini kini lebih gembira berbanding empat tahun lalu, dedah kajian yang dilakukan JobsCentral.
Seramai 3,299 kakitangan yang memberi maklum balas kepada Kaji Selidik Penunjuk Kegembiraan Bekerja JobsCentral mencatat markah keseluruhan 59.8 untuk Singapura, lebih tinggi daripada markah tertinggi tahun lalu dan paling tinggi sejak kaji selidik tahunan itu dilakukan pada 2009.
Pekerja yang bekerja dalam industri penerbitan dan terjemahan mencatat markah terendah Kegembiraan Bekerja dengan purata 54.2, menjadikan mereka paling kurang berpuas hati antara semua pekerja berdasarkan fungsi pekerjaan. Bilangan lebih tinggi yang mencatat markah rendah juga didapati antara mereka yang bekerja dalam bidang dagangan/belian, pentadbiran, kewangan dan sokongan pelanggan.
Pekerja paling gembira didapati dalam bidang pembangunan perniagaan dan perhubungan awam.
Keputusan itu amat berbeza berbanding tahun sebelumnya, apabila pekerja perhubungan awam disenaraikan sebagai paling tidak gembira di Singapura.
Apabila diklasifikasi dalam kumpulan gaji, JobStreet melaporkan mereka yang memperoleh antara SG$9,000 (RM22,525) dan $9,999 (RM25,025) adalah paling tidak berpuas hati.
Selain itu, mereka yang memperoleh kurang sedikit iaitu sebanyak $8,000 (RM20,022) hingga $8,999 (RM22,522) sebulan mencatat markah tertinggi kegembiraan.
Antara faktor yang dikatakan pekerja sangat penting buat mereka adalah gaji, yang menduduki senarai teratas. Ini disusuli oleh keseimbangan kehidupan bekerja dan peluang mempertingkat kemajuan diri, kedua-duanya tersenarai sebagai kedua terpenting. - AsiaOne

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "