2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 7:47 PM

22Khamis,November

Ada Yahudi di dalam rumah...

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah:

 

"Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)....

 

Perkara di atas saya baca dalam sebuah buku. Selesai membaca saya terkenang kisah seorang sahabat yang menerima nasib malang dalam perkahwinannya, selama hampir lima tahun kebelakangan ini.

 

Atas rasa ingin berkongsi dan mahukan pendapat daripada orang lain, perkara ini saya catat dalam status Facebook saya dan ia mendapat reaksi pantas sahabat saya di laman sosial berkenaan. Saya tulis begini:

 

… Seorang sahabat yang suaminya suka tempeleng, terajang, pijak dan menghumban dia terperenyuk di sudut bilik, menelefon saya dan berkata, suaminya itu bagai Yahudi. Yahudi bukan sahaja ada di Semenanjung Gaza, padahal ada di dalam rumahnya sendiri.

 

… Saya kata tidak! Selagi suaminya tidak gunakan bom, jet pejuang, peluru peledak... dia bukan Yahudi! Suaminya itu masih boleh diselamatkan akidahnya supaya menjadi lebih Islamik...!

 

Saya sengaja menjawab dengan kata-kata melawak untuk merawat dukanya. Saya tahu hatinya sudah sekian lama luluh, hancur dan hampir berkecai. Aduh, saya terkenang pula hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 

Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki (qowwamun) semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki sahaja. (Bukhari dan Muslim)

 

Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus terutama yang membabitkan hal-hal tanggungjawab.

 

Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya? Mungkinkah kerana semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Atau ramai beranggapan ini membawa maksud bertambahnya bilangan lelaki lembut yang meniru gaya hidup wanita sehingga lelaki hilang identiti.

 

Pada hakikatnya kini semakin kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti diperintahkan ALLAH dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai qowwamun (pelindung) kepada wanita.

 

Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki yang memiliki sifat pelindung. Lelaki yang tidak malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari.

 

Selain itu sebuah keluarga memerlukan lelaki yang tidak ringan tangan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak. Lelaki yang tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya.

 

Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit mana pun masalah yang dihadapinya.

 

Sebagai komprominya wanita jangan terlalu lantang ingin hak sama rata wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Wanita jangan galak berkempen kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang golongan lelaki.

 

Pada masa sama, jangan ada wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan pelayan pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap masalah besar dalam masyarakat.

 

Jika lelaki mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan. Ramai wanita yang ingin dihormati dan dijaga maruah mereka.

 

Wanita tidak mahu dikasari, tidak dieksploitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata tidak adalah Yahudi di dalam kediaman kita.

 

Oleh SRI DIAH (Kolumnis Sinar Harian)

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, November 22, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog