Bekalan tenaga bantu pusat ski ketika musim sejuk
LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini.
Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.
Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini.
Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin.
Program tenaga kitar semula
Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power.
Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram 'kuasa lembu' itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini.
Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu.
Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. - REUTERS
Sabtu, Oktober 20, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Najis lembu buat elektrtik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "