COPD adalah sejenis penyakit paru-paru kronik di mana pernafasan tersekat akibat kerosakan dan radang dalam paru-paru.
Satu kaji selidik epidemiologi dan kesan COPD di Asia (Epic) yang dijalankan oleh Takeda, sebuah syarikat farmaseutikal global mendapati kira-kira lima peratus daripada kalangan penduduk negara ini yang berusia 40 tahun ke atas menghidapi COPD.
Bagi yang baru mendengar tentang COPD, ia adalah sejenis penyakit paru-paru kronik di mana pernafasan tersekat akibat kerosakan dan radang dalam paru-paru.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia merupakan masalah kesihatan utama dengan kira-kira 65 juta orang di seluruh dunia menghidapinya.
Malah COPD kini merupakan punca kematian kelima paling utama dunia dan WHO meramalkan ia akan meningkat menjelang 2030.
Di Asia pula ia dianggarkan dialami oleh 3.8 peratus daripada penduduknya tetapi kekal sebagai penyakit yang kurang disahkan dan rawatannya juga kurang optimum.
Jejas kualiti hidup
Kaji selidik Epic itu juga memberi penekanan terhadap kesan sosiologi serta sosioekonomi yang dialami oleh penghidapnya.
Di Malaysia lebih tiga daripada 10 responden hanya bekerja separuh masa atau langsung tidak dapat bekerja kerana penyakit yang dihadapi.
Di kalangan mereka yang bekerja sambilan pula, enam daripada 10 pernah tidak hadir ke tempat kerja kerana COPD yang dialami sejak 12 bulan lalu.
Pengarah Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Abdul Muttalif, berkata, COPD boleh menjadikan seseorang pesakit itu sukar melakukan kegiatan harian biasa seperti kerja rumah dan mandi.
"Meskipun ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut, apa yang pasti ia sudah tentu menjadi penghalang kepada keupayaan untuk bekerja apabila penyakit yang dihidapi menjadi bertambah teruk.
"Seringkali kita dapati pesakit COPD mengambil keputusan tidak keluar rumah kerana merasa sukar untuk menjalani kehidupan normal," jelasnya.
Katanya, beban COPD menjadi semakin meningkat apabila pesakit mengalami serangan paru-paru.
Serangan paru-paru COPD atau keadaan di mana penyakit bertambah teruk adalah aspek COPD yang paling memudaratkan.
Antara gejala yang lazim berlaku pada tahap ini termasuk batuk pada waktu siang dan pengeluaran kahak apabila batuk.
"Serangan paru-paru COPD dikaitkan dengan radang saluran pernafasan dan sistemik perubahan fisiologi dalam paru-paru.
"Ini termasuk sesak nafas dan batuk kronik, pengeluaran mukus, kelesuan yang amat sangat dan ada wujud tanda-tanda kemerosotan kesihatan lain.
"Serangan paru-paru COPD juga merupakan punca kemasukan hospital yang utama dan ia boleh menyebabkan kadar penyakit dan kematian yang tinggi," ujar beliau.
Beliau menambah data pada kaji selidik memang amat diperlukan bagi membantu pihak profesional penjagaan kesihatan mengesahkan diagnosis dan menguruskan COPD dengan lebih berkesan.
Pengurusan COPD
Sementara itu, Ketua Unit Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr. Roslina Abdul Manap berkata, rawatan dan pengetahuan tentang COPD telah berkembang maju dalam beberapa tahun ini.
"Kami sedar bahawa serangan paru-paru COPD meningkatkan kadar kesakitan dan kematian pesakit.
"Sehingga kini banyak ubat COPD dihasilkan memberi penumpuan untuk melegakan gejala.
"Satu kajian Inisiatif Global Bagi Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (GOLD) juga telah menekankan betapa pentingnya mengurangkan risiko penyakit COPD daripada bertambah kronik.
"Roflumilast ialah sejenis rawatan kelas baru steroid dan ia menyediakan pendekatan baru yang boleh menambah baik cara kami merawat COPD sekarang," katanya yang juga merupakan Presiden Persatuan Thoracic Malaysia.
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Rabu, September 05, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Serangan paru-paru silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "