LOS ANGELES - Bayangkan jika anda boleh mengembara dari London ke New York yang mempunyai jarak 5,567.11 kilometer dengan memakan masa kurang sejam, sedangkan tempoh penerbangan normal akan mengambil masa tujuh jam.
Impian itu mungkin menjadi kenyataan apabila tentera Amerika Syarikat (AS) menguji jet hipersonik X-51A WaveRider yang mempunyai enjin jet berkelajuan tinggi sehingga 7,242 kilometer sejam dalam tempoh beberapa saat.
Akhbar Los Angeles Times yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Sistem Kelajuan Tinggi Pusat Kajian Tentera Udara AS, Robert Mercier berkata, jet tersebut mempunyai kemampuan untuk mengembara dengan lima kali kelajuan bunyi.
Katanya, dalam ujian terbaru, jet tersebut akan dijatuhkan daripada pesawat pengebom B52 di Lautan Pasifik dengan ketinggian 15,240 meter.
Jelasnya, sebaik dijatuhkan, penggalak roket akan menyala dan jet tersebut mempunyai kelajuan hingga 4.5 Mach atau 1225 kilometer sejam serta boleh mencapai kelajuan melebihi Mach 6, sekali gus membolehkan pesawat itu terbang setinggi 21,336 meter.
"Penerbangan hipersonik merupakan satu daripada potensi besar dalam bidang aeronautik dan saya percaya kami semakin hampir untuk merealisasikan impian mencipta jet yang berkelajuan tinggi," katanya.
Projek pembinaan jet hipersonik itu dikenali sebagai program WaveRider, dibiayai oleh NASA dan Pentagon, dengan harapan boleh digunakan untuk pesawat halimunan tentera dan senjata baru.
Menurut laman web kajian polisi tentera,
Globalsecurity.org, program tersebut dianggarkan bernilai AS$89 juta (RMRM278 juta).
Buat masa ini, Cessna Citation X merupakan pesawat penumpang paling laju di dunia dengan kelajuan maksimum 1,126 kilometer sejam atau 0.9 Mach dan hanya boleh membawa tujuh penumpang sahaja. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "