2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 5:10 AM

3Isnin,September

Bekas komando SEAL dedah rahsia

Bekas komando SEAL, Bissonnette atau Mark Owen membuat pendedahan berani menerusi buku No Easy Day.

 
WASHINGTON, 1 September 2012 - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden lebih setahun lalu  menjadi topik hangat untuk diperkatakan semula susulan daripada pendedahan komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat menerusi buku No Easy Day.
 
Buku yang ditulis oleh bekas komando SEAL, Matt Bissonnette, 36, atau nama samarannya Mark Owen itu juga memaparkan banyak butiran dan kenyataan bercanggah tidak seperti diumumkan oleh AS sejurus selepas Osama ditembak mati di kediamannya di Abbotabad, Pakistan, 2 Mei tahun lalu.
 
No Easy Day yang akan diterbitkan pada 4 September ini turut mendedahkan Osama sebenarnya tidak bersenjata semasa anggota komando menyerbu masuk ke dalam rumahnya.
 
Menurut Owen, dia menemui selaras AK-47 dan pistol Makarov tanpa peluru di bilik, di mana mereka menemui pemimpin Al-Qaeda tersebut terbaring berlumuran darah selepas ditembak.
 
"Dia (Osama) tidak membuat sebarang persediaan untuk mempertahankan diri. Osama hanya menyuruh pengikutnya memakai ves bunuh diri dan tidak mengambil sebarang senjata untuk melancarkan serangan balas," katanya.
 
Sebelum ini, AS mendakwa Osama kononnya ditembak mati selepas dia melarikan diri ke dalam bilik tidurnya dengan tujuan untuk mengambil senjata.
 
Selain itu, Owen juga mendedahkan dia bersama anggota SEAL lain tidak dapat memastikan individu yang terbunuh itu adalah Osama dan hanya membuat pengesahan tersebut kepada Washington dengan bantuan seorang budak perempuan dipercayai anak kepada pemimpin Al-Qaeda terbabit.
 
Pendedahan berani oleh Owen itu kini telah mencetuskan persoalan kepada banyak pihak berhubung tujuan sebenar operasi sulit tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan tersebut dilancarkan.
 
Sementara itu, Pentagon, kelmarin telah memberi amaran untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas bekas anggota SEAL tersebut kerana melanggar perjanjian dengan mendedahkan rahsia mengenai operasi berdasarkan arahan sulit Presiden Barack Obama.
 


Pentagon mahu saman penulis buku Osama ditembak
 
Sebahagian muka depan buku No Easy Day yang menggambarkan butiran detik Osama bin Laden ditembak mati pada Mei 2011.

 
WASHINGTON, 31 Ogos 2012 - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mahu mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas anggota pasukan khas Seal, yang menulis buku 'No Easy Day' berkaitan dengan operasi yang membawa kepada kematian Osama bin Laden di Pakistan, tahun lalu.
 
Kandungan buku itu yang didedahkan kelmarin dikatakan bercanggah dengan kenyataan awal White House.
 
Peguam utama Pentagon, Jeh Johnson dilaporkan telah memaklumkan penulis itu bahawa dia telah melanggar perjanjian yang dia tidak boleh mendedahkan rahsia tentera.
 
Johnson telah menulis kepada penulis terbabit semalam mengenai syarat tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat rahsia.
 
"Mengikut penilaian Jabatan Pertahanan, anda telah melanggar perjanjian tidak boleh mendedahkan maklumat," kata Johnson dalam suratnya kepada penulis buku itu.
 
Surat itu menambah, Pentagon sedang mempertimbangkan "kesemua remedi perundangan yang ada di pihak kami."
Pentagon mendakwa dia telah menandatangani dua borang pada 2007 dia dilarang mendedahkan maklumat kepada awam.
 
Buku itu yang ditulis menggunakan nama samaran "Mark Owen" akan menemui pasaran minggu depan.
 
Laporan memetik peguam berkata penerbitan buku ini tidak diteliti terlibat dahulu oleh Pentagon, CIA atau White House.
 
Mengikut syarat perjanjian perkhidmatan, penulisan dan penerbitan oleh anggota Seal memerlukan penelitian prapenerbitan terlebih dahulu.
 


 
Buku Osama ditembak cetus kontroversi
 
WASHINGTON, 30 Ogos 2012 - Seorang bekas anggota Seal, sayap tentera laut Amerika Syarikat (AS), menghasilkan buku berkenaan dengan operasi khas Osama bin Laden ditembak mati di Pakistan awal Mei 2011 - memberi butiran berbeza dengan kenyataan-kenyataan pegawai tertinggi negara itu sebelum ini.
 
Menurut buku itu, berjudul No Easy Day, Osama ditembak di kepala ketika menjenguk dari biliknya di tingkat dua sebuah rumah besar di Pakistan.
 
Malah buku itu juga menyebut Osama, yang diburu oleh AS sejak 2001 susulan peristiwa 11 September, tidak bersenjata ketika ditembak.
 
Buku itu akan berada di pasaran pada 4 September ini.
 
Pengakuan penulis ini berbeza berbanding apa yang dikatakan oleh pegawai-pegawai AS selepas operasi bahawa Osama ditembak ketika berdiri di pintu bilik dengan senjata.
 
Penulis buku itu menggunakan nama samaran "Mark Owen". Dia merupakan bekas anggota Seal yang terlibat dalam operasi tersebut.
 
Jabatan Pertahanan AS sedang meneliti kandungan buku itu sama ada penulisnya telah melanggar terma dan syarat perkhidmatan Seal dalam menghasilkan tulisan tersebut.
 
Buku-buku sedemikian perlu dikemukakan untuk tujuan penelitian prapenerbitan.
 
Kata penulis itu, Osama ditembak ketika bekas ketua rangkaian Al-Qaeda menjenguk keluar, sekali gus mencetuskan semula kontroversi lama.
 
Malah buku ini keluar ketika tinggal tiga bulan sebelum pemilihan jawatan Presiden AS di mana Barack Obama mahu mempertahankan jawatannya.
 
Selepas operasi itu, penasihat antikeganasan White House, John Brennan berkata, Osama berdepan dengan anggota Seal menyebabkan dia terpaksa ditembak.
 
Timbul persoalan sebelum ini mengapa Osama tidak ditangkap, bukannya ditembak mati.
 
Bagaimanapun White House membetulkan kenyataan pada hari berikutnya ketika itu dengan berkata, semasa ditembak Osama memang tidak bersenjata.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan, Tommy Vietor enggan mengulas mengenai buku itu.
Unknown , Isnin, September 03, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog