Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menemui sekurang-kurang 18 isu yang didakwa "tidak selari" dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang ditandatangani kerajaan Malaysia pada 1995, sejak lima tahun kebelakangan ini.
Isu itu dirumuskan selepas suruhanjaya itu membuat tinjauan terhadap kanak-kanak Orang Asli di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, sekolah agama rakyat (SAR) di Pahang dan Selangor serta sekolah kebangsaan Tamil di kawasan ladang dan estet di Perlis dan Kedah bermula tahun 2007.
Antara isu yang diterokai berkaitan pengangkutan dan jalan perhubungan murid di kawasan ladang dan pedalaman ke sekolah, kemasukan sekolah tanpa sijil kelahiran atau kad pengenaan dan kekurangan kemudahan fizikal dan kelengkapan persekolahan serta kegagalan mendapat air bersih.
"Kanak-kanak perlu diberi perlindungan, perkembangan, penghidupan dan penyertaan. Dalam membuat peraturan, polisi atau pelaksanaan perlu mengambil kira perkara ini.
"Tidak (boleh) ada diskriminasi, apa sahaja yang dibuat mestilah (mengambil kira) kepentingan kanak-kanak," kata Pegawai Bahagian Pendidikan dan Perhuhungan Awan Suhakam, Hasmah Abd Manaf.
Turut hadir dalam sidang media tersebut dua pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha'ani Abdullah dan James Nagayam.
Dimajukan pada kementerian 3 minggu lalu
Penemuan lain yang menjadi isu selepas tinjauan Suhakam ialah:
++ Isu kanak-kanak Orang Asli tinggal di asrama seawal 7 tahun disebabkan tiada sekolah di kawasan pedalaman yang menyebabkan pemisahan mereka dengan ibu bapa.
++ Kemahiran dan pengetahuan pembantu pengurus murid untuk mengawasi dan menjaga kanak-kanak di asrama Orang Asli dan sekolah pendidikan khas. Tiada kemahiran khusus khususnya mengurus kanak-kanak seperti autistik, pekak-bisu.
++ Pemantauan dan bantuan sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah alternatif. Kurang atau tiada pemantauan dari agensi bertanggungjawab ke sekolah agama rakyat khasnya yang belum berdaftar menyebabkan berdepan risiko dari segi perundangan dan peraturan.
++ Guru interim dan guru bertukar opsyen untuk mengajar di sekolah integrasi pendidikan khas dan pengetahuan dan kemahiran guru mengajar di sekolah pendidikan khas khususnya terdapat guru tidak terlatih ditempatkan di sekolah keperluan khas.
Bercakap kepada pemberita selepas sidang media tersebut, Hasmah berkata semua hasil dapatan Suhakam telah dimajukan kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia tiga minggu lalu.
7,000 kanak-kanak OA tak sekolah
Katanya, pihak kementerian ada memaklumkan kepada mereka untuk bertemu bagi membincangkan tersebut pagi ini, tetapi masih belum menentukan tarikhnya.
Bagaimanapun, Hasmah berkata beliau menjangkakan pertemuan itu berlangsung selepas 11 September setelah kerajaan membentangkan Kertas Biru Semakan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 7,000 orang kanak-kanak Orang Asli berusia enam hingga 12 tahun didapati tidak bersekolah, menurut kajian Suhakam pada tahun 2010 hingga 2011.
Hasmah berkata kajian itu dibuat menerusi lawatan suruhanjaya itu ke 93 buah sekolah Orang Asli di seluruh Semenanjung.
"Masalah pengangkutan dan jalan penghubung menjadi penghalang untuk kanak-kanak ini ke sekolah memandangkan kawasan (penempatan) mereka terletak di pedalaman dan di hutan.
"Ada kanak-kanak yang tidak bersekolah langsung juga disebabkan oleh tiada sekolah dibina di kawasan mereka selain ada sekolah yang terletak jauh dari kawasan penempatan mereka," katanya pada sidang media itu.
Hasmah berkata selain itu, masalah lain kanak-kanak Orang Asli ialah mereka tidak diajar mengenai bahasa (ibunda) mereka di sekolah.
Menurut Perkara 30 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, kanak-kanak dari komuniti minoriti dan penduduk asli mempunyai hak untuk menikmati kebudayaan mereka dan mengamalkan bahasa dan agama mereka sendiri. – Malaysiakini
Selasa, September 04, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 18 isu pelanggaran hak asasi kanak-kanak ditemui silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "