LONDON, 3 Ogos - Sebuah helikopter sebesar tapak tangan dan seberat 198 gram bakal menjadi senjata terbaru yang akan digunakan oleh tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat untuk menentang militan Taliban.
Ketua-ketua tentera percaya, drone perisikan berharga 20,000 pound (RM97,249) itu yang dikenali sebagai SQ-4 Recon dan merupakan kenderaan udara tanpa juruterbang terkecil di dunia, akan dapat menyelamatkan nyawa tentera AS sekutunya di Afghanistan.
SQ-4 Recon sebenarnya pesawat versi kecil Little Nellie, autogiro yang diterbangkan oleh James Bond dalam filem You Only Live Twice.
Helikopter atau 'nanodrone' itu memiliki dua kamera yang membolehkan tentera melihat keadaan di sebalik bukit atau di dalam kubu musuh tanpa risiko terbunuh atau cedera.
Ia boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh oleh tentera yang duduk di sebuah bilik kawalan yang terletak beribu-ribu batu jauhnya atau oleh tentera peronda dengan menggunakan komputer tablet tujuh inci.
Dengan ukuran sembilan inci diameter, helikopter itu boleh terbang dan berada di udara selama 30 minit dan enjinnya boleh dimatikan dan bertenggek seperti burung di tingkap bangunan tanpa disedari ssiapa sambil merakam sebarang aktiviti selama lebih lapan jam.
Kameranya pula boleh menghantar imej secara langsung atau mengambil gambar atau video yang boleh merakam pada waktu malam dan siang.
Ini bermakna tentera boleh menjalankan misi tinjauan tanpa menghadapi sebarang risiko diserbu atau terkena jerangkap samar.
SQ-4 direka oleh BCB International and Middlesex University's Autonomous Systems Laboratory yang beribu pejabat di Cardiff, Britain dan sedang diuji oleh tentera AS.
Pengarah urusan BCB International, Andrew Howell berkata, teknologi terbaru itu menawarkan kaedah pertempuran moden dan keupayaan melakukan intipan tanpa membahayakan diri. – Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "