2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Usah gosok gigi sekali sehari saja

AMALKAN TABIAT BAIK: Gosoklah gigi dua kali sehari dan selama sekurang-kurangnya dua minit untuk memiliki gigi sihat, selain berjumpa doktor gigi setiap enam bulan.

 
SERAMAI 18 peratus orang Singapura menggosok gigi mereka hanya sekali sehari - bertentangan dengan saranan doktor gigi agar gigi kita diberus dua kali sehari.
 
Seramai 37 peratus pula menggosok gigi mereka kurang daripada dua minit - juga bertentangan dengan saranan doktor gigi agar ia dilakukan sekurang-kurangnya dua minit.
 
Walaupun doktor gigi menyarankan berus gigi ditukar setiap tiga bulan, 39 peratus orang Singapura menukar berus gigi hanya selepas bulu-bulu berus mereka sudah tercabut atau ia sudah bengkok dan lusuh.
 
Lebih membimbangkan, 12 peratus hanya menukar berus gigi mereka selepas berusnya berkeladak dan mengeluarkan bau kurang enak.
 
Hanya 48 peratus yang tukar berus gigi mereka setiap tiga bulan - seperti disarankan doktor gigi.
 
Demikian antara dapatan-dapatan utama satu kajian mengenai tabiat penjagaan gigi dan mulut dalam kalangan orang Singapura.
 
Ia diadakan sempena gerakan mengenai penjagaan gigi lebih baik diberi nama Brush More, Smile More Singapore, oleh syarikat penjagaan gigi, Oral-B, untuk meningkatkan kesedaran orang Singapura mengenai kebersihan gigi dan tabiat menjalin hubungan lebih positif antara pesakit gigi dengan doktor gigi.
 
Dapatan-dapatan lain kajian itu ialah:
  • Hanya seorang dalam setiap empat orang Singapura (25 peratus) yang berkunjung ke klinik gigi setiap enam bulan untuk menjalani pemeriksaan gigi.
  • Lebih membimbangkan, 38 peratus orang Singapura berkata mereka berjumpa doktor gigi hanya setelah mengalami sakit gigi.
  • Mengenai kaitan antara senyuman dan gigi, dapatan itu menunjukkan:
  • Sekitar 35 peratus mengakui mereka berasa lebih gembira (tersenyum lebih kerap) selepas berjumpa doktor gigi.
Namun, masih ramai yang tidak meneruskan lawatan ke klinik gigi kerana pelbagai sebab.
  • 22 peratus bersetuju bahawa mereka segan berjumpa doktor gigi kerana memiliki gigi yang tidak sihat.
  • 50 peratus pula berkata mereka tidak melawat doktor gigi kerana menganggap ia mahal.
  • 26 peratus tidak melakukannya kerana mereka takut berasa sakit.
  • 37 peratus pula menganggap perkakas pergigian menakutkan mereka.
Kajian itu dijalankan oleh syarikat TNS bagi pihak Oral-B dalam April lalu dan melibatkan 364 orang Singapura berusia 16 hingga 55 tahun, secara dalam talian.
Unknown , Rabu, Julai 18, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog