/

Tiada alasan tidak laksana undang-undang Islam

SHAH ALAM, 8 Julai 2012 – Malaysia mempunyai banyak kelebihan apabila Islam diangkat sebagai agama rasmi negara, justeru tiada alasan untuk melengahkan lagi pelaksanaan undang-undang Islam, kata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz.
 
Menurutnya, Islam sebagai agama Persekutuan merupakan tunjang kekuatan umat Islam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam dan ini juga adalah lambang keutuhan umat Islam di negara ini.
 
"Semua ini terletak di bahu kita sama ada mahu memulakan usaha ini, atau tunggu dan lihat dan menyebabkan kita terus ketinggalan berbanding dengan negara yang sebelum ini dimomokkan seperti negara sekular Turki dan Mesir yang telah jauh ke hadapan," katanya.
 
Wan Mohamad berkata, sekiranya analisis kekuatan negara kita dilakukan, ketua negara Muslim, Islam nama yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, itu maknanya ALLAH menguji kita dan mengurniakan banyak kelebihan.
 
"Apabila ditanya pakar strategik, siapa ketua negara kita, muslim..siapa ketua kerajaan kita, muslim.. Hanya nama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, bila lagi kita mahu laksanakan. Tunggu atau lihat?," katanya pada Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia semalam.
 
Seminar sehari itu, dihadiri kira-kira 250 peserta anjuran Persatuan Ulama Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri di Muzium Sultan Alam Shah.
Beliau turut mengambil contoh ketegasan Sultan Brunei, Sultan Hassanah Bolkiah yang bertitah pada Seminar Antarabangsa Perundangan Islam pada tahun ini.
 
"Titah Sultan, tidak boleh lagi berkata tidak atau tunggu dulu, sebab kita sudah cukup segalanya ada kemampuan dan ada kuasa dan cukup kemampuan untuk melaksanakannya.
 
"Kalau kita masih berkata tidak atau tunggu dulu, ini adalah tidak kena. Siapa kita di hadapan ALLAH untuk berkata tidak dan tunggu dulu, sedangkan undang-undang bukanlah baru digubal tetapi telah termaktub dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun dahulu," katanya yang membacakan semula titah tersebut.
 
Sehubungan itu katanya, walaupun isu hudud ini berbangkit sewaktu gendang pilihan raya hampir tiba, namun ia harus diterima sebagai petanda usaha ulama silam semakin berjaya.
 
Oleh WARTAWAN SINAR HARIAN
Unknown , Selasa, Julai 10, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog