2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 1:50 PM

24Selasa,Julai

Tariq Ramadan dan Malaysia

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, Sinar Harian, 24 Julai 2012

Tariq Ramadan, sarjana Muslim Eropah dan Profesor Universiti Oxford baru sahaja melawat Malaysia untuk satu siri syarahan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.tariqramadan

Menerusi ibunya, Tariq adalah cucu pengasas Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan al-Banna. Bapanya pula, Said Ramadan telah dibuang negara oleh Gamal Abdel Nasser ke Swistzerland.

Lulusan Universiti Geneva ini turut mengikuti pembelajaran secara intensif dengan ulama di Al-Azhar. Saya mula mengenali Tariq ketika aktif bersama Federation of Students Islamic Societies (Fosis)di UK. Beliau sememangnya tokoh yang mengundang kontroversi.

Dalam bukunya, Western Muslims and the Future of Islam, Tariq menyatakan fenomena umat Islam di Barat yang kini mengikuti ajaran Islam sepenuhnya namun turut menjadi sebahagian masyarakat moden di negara tempat mereka tinggal mempunyai impak besar terhadap masa depan wacana Islam.

Ulama Islam dari Barat sebenarnya melangkaui perbezaan aliran, termasuk Sheikh Hamza Yusuf, Imam Zaid Shakir, Dr Ingrid Mattson, Imam Suhaib Webb, Sheikh Abdul Hakim Murad dan anak tempatan kita, Sheikh Datuk Dr Muhammad Afifi al-Akiti, berpengaruh di Barat dan kalangan umat Islam sedunia. Western Muslims and the Future of Islam

Walaupun umat Islam di Barat menghadapi cabaran mereka tersendiri, kejayaan mereka mempunyai kesan besar untuk seluruh umat Islam lain.

Tariq dalam ceramahnya di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, berkata, hakikat umat Islam di ‘pinggir’ dunia Islam, termasuk di Nusantara, Asia Selatan dan Barat, dapat memimpin dan mengadakan dialog dengan tamadun lain adalah kejayaan besar.

Ini membuktikan agama bukanlah bertentangan dengan demokrasi, hak asasi dan kepelbagaian, malah memberikan pengaruh moral yang besar dalam institusi yang kehilangan kiblat moralnya.

Wacana ini amat relevan di negara ini. Sebagai demokrasi tempang dan masyarakat majmuk, kita hadapi cabaran mengimbangi keimanan, nilai kebebasan dan keadilan.

Umat Islam di Barat membuktikan ada alternatif yang lebih baik. Malah, merekalah antara pejuang kebebasan paling lantang di Barat dan Timur. Bagaimanakah munculnya anjakan paradigm ini?

Reaksi ini timbul ketika kemuncak kebangkitan Islam ketika mana kritikan terhadap Barat juga paling keras. Ironisnya, kritikan ini sering datang daripada umat Islam yang berhijrah ke Barat kerana ditindas di tanah air mereka sendiri.

Sebagaimana dalam buku saya, Coming of Age: “Ini membangkitkan persoalan yang cukup penting, yang ditanya kepada saya oleh seorang ulama tradisional muda kepada saya: bukankah ada nilai terhadap demokrasi, hak asasi dan suasana yang terbuka yang membenarkan semua kumpulan sama ada daripada arus perdana mahupun masyarakat pinggiran untuk menyuarakan pandangan mereka?

Bukankah hakikat bahawa ramai aktivis Islam berhijrah ke Barat untuk belajar, bekerja dan lebih penting lagi menyebarkan apa yang mereka sendiri banggakan sebagai agenda anti-Barat mereka membuktikan sesuatu?”

Jika umat Islam di Barat membicarakan hak asasi untuk melindungi mereka sebagai minoriti, bagaimana pula minoriti bukan Islam di negara Islam? Timbulnya kesedaran untuk mengatasi kontradiksi ini serta kewajipan umat Islam untuk bangkit menentang kezaliman di mana sahaja yang membentuk wacana umat Islam di Barat.

Hari ini kebebasan dan keadilan menjadi istilah yang mendapat tempat dalam dunia Islam, termasuk di Timur Tengah. Ini terbukti dalam kebangkitan dunia Arab.

Namun Tariq dalam bukunya mengenai perkembangan ini, the Arab Awakening menasihatkan kita agar tidak terlalu optimistik terhadap perkembangan kebangkitan ini – ketika penulisan bukunya hanya Tunisia benar-benar melalui perubahan demokrasi.

Di pinggir dunia Islam, pengalaman Turki dan Indonesia membuktikan bahawa Islam dan demokrasi adalah tidak bertentangan.

Cabarannya ialah untuk mengadakan anjakan paradigma yang sama di Malaysia, untuk terus memartabatkan warisan Islam dan memelihara hak asasi kita.

Persoalannya – bagaimanakah kita dapat membawa wacana ini kepada umat Islam di Malaysia, khususnya pihak berkuasa yang dibiasakan dengan pemahaman konservatif. Ramadan sekian lama menjadi masa renungan untuk umat Islam.

Tahun ini, sewajarnya umat Islam memikirkan bukan sahaja ke mana hala tuju kita, malah sama ada kita mahu menggunakan warisan Islam bagi membawa kita mendepani zaman ataupun terus menghalang kemajuan kita.

Cik NiNe Che Kadir , Selasa, Julai 24, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog