SECARA peribadi penulis menganggap tabiat merokok di sesebuah negara sudah sampai ke tahap membahayakan. Walaupun tanpa statistik dan perangkaan sekalipun, kita dapat merasakan bahawa hampir setiap lapisan masyarakat negara itu mempunyai tabiat merokok yang keterlaluan.
Setiap waktu, suasana pasti dipenuhi dengan manusia yang menghisap rokok, termasuk kaum lelaki, remaja, dewasa dan orang tua.
Kebiasaan merokok memberi kesan buruk terhadap kehidupan sosial. Kalau dulu, barah paru-paru hanya menyerang kalangan berusia 60-an tetapi ketika ini menyerang mereka berusia 30-an. Tabiat merokok di kalangan masyarakat Malaysia juga tidak kurang membimbangkan. Di Malaysia, kita maklum dengan pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menghentikan tabiat merokok dalam masyarakat.
Di rumah, si ibu sudah penat meleteri suami untuk berhenti merokok. Anak sudah putus asa meminta simpati ayah untuk membebaskan rumah daripada asap rokok. Guru juga sudah hilang idea untuk mengingatkan pelajar agar menghindari tabiat sia-sia ini.
Begitupun, perokok sentiasa mengambil sikap tidak peduli. Kotak rokok yang ditampal dengan pelbagai gambar menggerunkan dipandang sebelah mata.
Lebih menyedihkan fatwa mengharamkan rokok oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur juga dipandang endah tak endah.
Apa sebenarnya yang boleh mengajak perokok untuk menghentikan tabiat yang memusnahkan diri ini? Soalnya, ramai perokok yang memasang niat untuk berhenti merokok kecundang awal-awal lagi. Niat dan hasrat berhenti merokok jarang dapat dicapai. Perokok sentiasa ditundukkan oleh nafsu yang tidak dapat dikawal. Bagi perokok beragama Islam, umum mengetahui bahawa nafsu merokok ini boleh pula dikendalikan ketika bulan puasa. Dengan keimanan, perokok berpuasa dan menetapkan hati bahawa mereka tidak boleh merokok di siang hari.
Soalnya mengapa tidak juga iman digunakan untuk terus memerangi rokok ini? Sudah kerap benar kita mendengar alasan perokok yang katanya tidak boleh berbuat apa-apa kalau tidak merokok. Atau mereka perlu merokok dulu untuk mencari ilham atau mereka perlu merokok untuk menghilangkan kegusaran.
Dalam hal ini, di manakah letaknya agama sekiranya perokok bergantung hati dan harapan pada sebatang rokok? Bukankah hanya dengan mengingati Allah SWT, hati akan jadi tenteram? (Surah Ar-Raad, ayat 28).
Imam As Syafi'e rahimullah mengatakan hakikat iman ialah ucapan, amalan dan perbuatan. Iman bukan hanya mengakui diri orang Islam tetapi melakukan perbuatan yang disuruh dan meninggalkan setiap yang dilarang oleh Allah. Keimanan adalah faktor yang akan dapat membantu perokok menghindarkan diri daripada meneruskan tabiat buruk ini. Walaupun larangan merokok tidak dinyatakan secara eksplisit dalam al-Quran dan sunah, ulama menyimpulkan pengkaji menemui lebih 400 jenis racun berbahaya, termasuk tar, nikotin dan karbon monoksida pada setiap batang rokok. Tubuh badan manusia adalah amanah daripada Allah untuk dipelihara.
Firmah Allah, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)." (Al-A'raf: 157).
Bagi Malaysia yang bilangan penduduknya hanya 28 juta, kematian seseorang adalah satu kehilangan dan kerugian besar kepada negara. Perokok perlu memohon pertolongan Allah dan menetapkan hati untuk meninggalkan tabiat merokok.
Oleh Nor Raihan Abu Bakar,
*Penulis ialah pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka
Cik NiNe Che Kadir
,
Khamis, Julai 05, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Cik NiNe Che Kadir
Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Perangi rokok dengan iman silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "