Setiap wanita inginkan kecantikan yang sempurna.
Gara-gara ingin cantik dan tampil menawan, ada antara wanita sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan jelita sepanjang masa.
Ada yang sanggup ke pusat rawatan muka hampir setiap hari hanya untuk facial sahaja.
Walaupun bayaran yang dikenakan dikatakan mahal buat sesetengah orang yang tidak berkemampuan, namun ia bukan penghalang untuk wanita sebegini mendapatkan rawatan kecantikan.
Ironinya, wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka seolah-olah obses terhadapnya. Apabila munculnya produk baru di pasaran, golongan inilah yang akan memenuhi pusat membeli-belah berkenaan.
Apabila berada di sini pula, pastinya masing-masing teruja untuk mendapatkan produk yang di jual. Ada yang tidak sabar untuk menjadikan wajah persis Maya Karin, Erra Fazira, Lisa Surihani dan juga persis Siti Nurhaliza.
Mahal atau tidak bukanlah masalah, yang penting kecantikan perlu diutamakan terlebih dahulu.
Bagi Siti Rahmah Abd Razak, 21, dia sebenarnya tidaklah terlalu fanatik untuk menjaga kecantikan diri terutamanya di bahagian wajah. Cukuplah memalit muka dengan sedikit bedak dan gincu agar bibir terasa lebih lembut dan mampu mengekalkan kelembapan sepanjang masa.
Ujar Rahmah, dia bukannya tidak mahukan wajah yang cantik tetapi dia sememangnya tidak gemar bersolek terlalu tebal seperti wanita lain.
"Saya tengok ramai wanita yang pakai mekap tebal dan lipstik yang merah menyala. Sekali pandang seperti mahu mencuba, tapi saya tak minatlah," kata gadis manis ini kepada penulis.
Memandangkan mukanya berjerawat, Rahmah kini berusaha mencari rawatan yang bersesuaian untuk merawat wajahnya itu.
"Saya lebih suka ikut petua orang tua. Kata mereka, untuk hilangkan jerawat dan parutnya, tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur.
Kemudian, campurkannya dengan bedak sejuk dan tampalkan di muka selama beberapa minit. Walaupun pedih, ia berbaloi," ujar Rahmah
Amalan tradisional
Rahmah memberitahu, dia mendapat banyak petua yang diberikan beberapa orang lama di kampungnya. Untuk mendapatkan kulit licin, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air.
Kemudian, sapukan pada muka sebelum tidur. Jangan pula lupa basuh muka keesokan harinya. Begitu juga dengan penjagaan kulit, amalkan mengambil madu lebah dan dicampurkan dengan putih telur.
Selepas itu, ianya disapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu bagi memiliki kulit halus dan bersih.
Sementara itu, melihatkan bentuk tubuh dan kulit wajah wanita ini pasti sahaja ada kalangan wanita di luar sana yang termimpimimpi dan paling tidak pun berangan-angan untuk memiliki tubuh dan kulit cantik sepertinya.
Eliza Dianna Zahadi yang dibesarkan dengan penuh adat budaya pastinya menyanjung tinggi setiap apa yang diwariskan kepadanya.
Begitu juga dengan amalan petua yang diguna pakai sejak dahulu lagi. Tidak menolak kecanggihan terkini, apa yang penting bagi Eliza, amalan tradisional itu menjanjikan pengalaman yang luar biasa.
Menurutnya, sebagai wanita mereka wajib menjaga penampilan diri terutamanya yang sudah mendirikan rumah tangga.
"Sebagai perempuan, kenalah jaga penampilan. Kalau dulu tak pandai berhias, cuba-cubalah belajar. Tak semestinya kena bermekap tebal untuk tampil menarik. "Mekap nipis pun dah kira cantik," katanya
Rahsia senyuman
Menurut Eliza, dia kini mengamalkan minum susu dan yogurt serta mengamalkan jus multi vitamin. Semuanya untuk pastikan diri sentiasa muda dan kesihatan dalaman wanita terjaga.
Dalam pada itu, Eliza turut berkongsi petua untuk seseorang itu sentiasa disenangi oleh semua pihak.
"Cara mudah supaya orang tertarik dan suka melihat kita adalah dengan senyuman. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat.
Senyum mampu menawan setiap hati yang memandang.
"Biasanya apabila kita senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada kita. Seseorang akan rasa dihargai apabila kita senyum kepadanya, sekali gus akan memberikan tanggapan baik pada kita," katanya.
William Shakespeare mengatakan: Apa yang anda mahukan akan lebih mudah dengan senyuman daripada menentang dengan pedang.
Pujangga menyebut: Senyuman itu kelopak. Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jadi senyumlah selalu... Ukirlah senyuman yang paling manis.
Bagi penuntut Universiti Sains Islam Malaysia, Nur Syahmina Dunya, 23, dia terlalu menitikberatkan soal berat badan sehinggakan dia sanggup tidak mengambil ais semata-mata mahukan tubuh badan langsing seperti orang lain.
Katanya, ais mampu menjadikan seseorang itu gemuk tanpa disedari. Kini dia minum banyak air suam kerana untuk mengekalkan berat badan. Air juga aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka.
Kini dia sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan selama ini. "Paling menggembirakan adalah pakaian ketika usia saya belasan tahun dulu masih boleh dipakai sehingga sekarang. Memang seronok sangat.
Saya harap dapat kekalkan tubuh badan seperti sekarang." katanya
* Oleh ROSHLAWATY RAIEH, 28 Jun 2012, Sinar Harian
Khamis, Julai 05, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Obses kecantikan yang berbeza silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "