Apakah serai wangi? Adakah ia sangat istimewa dan berkhasiat tinggi sehingga membuatkan ramai individu menggunakan bahan semula jadi ini sebagai kandungan utama dalam produk harian?.
Serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopon hardus ialah tumbuhan daripada keluarga rumput Poaceace yang berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi adalah tumbuhan pelbagai guna yang ada di negara kita.
Serai wangi ialah rumput saka, tinggi dan berbau wangi serta mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom padat dan boleh membesar sehingga 1.5 meter.
Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat selari dan mempunyai aroma yang kuat jika dibandingkan dengan serai makan
Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika.
Di negara ini, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati.

Mitos serai wangi
Dalam pada itu, mengikut kata orang tua, katanya, tidak semua orang boleh menanam serai wangi. Serai wangi hanya boleh hidup, apatah lagi berbunga, jika ditanam oleh individu tertentu sahaja.
Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan.
Lebih menarik, serai wangi yang sudah berbunga dikatakan ada penunggu yang menjaganya. Selain itu, di bawah rumpun serai wangi yang sudah berbunga mempunyai buntat atau batu hikmat. Ada pula yang mengatakan, ada harta karun yang sudah berbunga.
Dalam perkembangan lain, minyak yang dihasilkan dari serai wangi mampu memberi ketenangan jiwa selain digunakan untuk merawat rubefacient iaitu warna merah di bahagian kulit luar muka.
Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing) dan sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh).
Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk dan juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun.
Di negara kita, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut dan penghadaman.
Air rebusan daun serai wangi yang di panas bersama dengan daun gendarusa dan di campur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan ibu selepas bersalin.
Blogger Tanpa Nama
,
Ahad, Julai 08, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Blogger Tanpa Nama
EXECUTIVE DERECTOR :: Saya, Blogger Tanpa Nama, Lihat atas, Lihat Bawah, Lihat Belakang, Lihat Depan, teruskan perjalanan ini, Itulah wajah kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ini..
((((((( 'The unKnown' / 'The Blog Noname' )))))
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Mitos & khasiat Serai Wangi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "