ANDA ingin hidup selama-lamanya?
Begitulah fikiran Firaun dulu - mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya mati dia, ditelan lautan.
Sudah tersurat dalam ayat 185 Surah Al-Imran: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati."
Manusia tidak terkecuali.
Memanglah antara mukjizat Nabi Isa as dahulu ialah menghidupkan orang yang sudah mati. Ini dilakukan di depan mata kaumnya sendiri. Namun, orang yang hidup kembali itu pun akan mati jua buat kali kedua.
Hanya Tuhan yang kekal abadi.
Jadi, kalau Al-Quran sudah menyatakannya, sia-sialah sesiapa yang berusaha mencari rahsia atau formula hidup tak mati-mati.
Bagaimanakah pula dengan usaha memanjangkan hayat kita?
Ini lain cerita.
Usia para nabi dahulu kala mencecah hinggakan ratusan tahun. Nabi Ishak, misalnya, hidup selama 180 tahun.
Di Singapura, data terbaru menunjukkan seseorang warga yang dilahirkan tahun lalu boleh dijangka mencapai usia 82 tahun, lebih lama berbanding 80.3 tahun bagi mereka yang dilahirkan pada 2006. Ia dikaitkan dengan kenaikan mutu hidup.
Namun, dalam hadis riwayat At-Tarmidzi dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad saw bersabda: "Umur umatku berkisar antara 60 dengan 70 tahun. Sangat sedikit di antara mereka yang umurnya melampaui itu."
Baginda sendiri wafat pada usia 63 tahun.
Jadi, kalau kita dapat hidup selama Nabi pun, kita patut bersyukur.
Sekarang pun, kalau ada manusia berusia lebih 100 tahun, kita cuba selidik apakah rahsianya.
Mendiang Emiliano Mercado del Toro (1891-2007), misalnya, pernah ditabalkan sebagai manusia paling tua di dunia - setua 116 tahun.
Menurutnya, beliau hidup lama kerana banyak menari semasa muda dan makan funche, makanan tradisi Puerto Rico berisikan jagung dan ikan jenis kod.
Peliknya, setiap 'manusia tertua' ada versinya sendiri tentang bagaimana dia dapat hidup begitu lama.
Para saintis sedunia tidak henti-henti mencari 'rahsia' ini. Antara usaha mereka adalah seperti berikut:

- menghentikan kematian sel yang hayatnya ditentukan cebisan DNA.
- menentukan gen penuaan agar dapat mengawalnya.
Para saintis juga sudah membiak lalat yang dapat hidup sehingga 80 hari - dua kali lebih lama berbanding lalat buah biasa.
- menjana organ baru melalui pembiakan sel induk (stem cells). Prosesnya termasuk kloning.
Di Universiti Nasional Singapura (NUS) saja terdapat lebih 200 kajian perihal penuaan. Kini, saintisnya mendapati bahawa cendawan boleh melanjutkan usia - disebabkan sebuah kompaun di dalamnya, bergelar ergothioneine.
Di dalam makmal, ergothioneine didapati menambahkan jangka hayat C. elegans, sejenis cacing tanah, sebanyak dua hari. Cacing tanah jenis itu biasanya hidup selama 26 hari saja. Ertinya, hayatnya ditambah sebanyak hampir 8 peratus! Eksperimen melibatkan manusia dijangka dijalankan tidak lama lagi.
Jadi, wajarkah sains terus memburu rahsia hidup lebih lama?
Selagi hayat dikandung badan, apa salahnya? Setiap hari, doktor berusaha menyelamatkan nyawa agar pesakitnya hidup lebih lama. Kita dianjur amalkan gaya hidup bersih dan sihat agar bebas penyakit dan tentulah lebih panjang usia. Memang ada doa panjang umur. Pun mustahil Allah swt Yang Maha Mengetahui tidak mengambil kira usaha manusia menambah hayatnya, termasuk melalui doa, dalam menentukan saat ajalnya kelak.
Namun, bak kata Cik Fadilah Noor Abbe, yang lewat tahun lalu dikatakan warga tertua di Singapura pada usia sekitar 114 tahun: "Saya tidak tahu kenapa saya boleh hidup begitu lama, tetapi itu adalah kehendak-Nya."
Bahkan, Nabi sendiri pernah berdoa agar dihindarkan daripada 'lanjut usia'.
Dalam hadis riwayat Athabrani dan Abu Naim pula, seorang sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, yang bagaimanakah orang yang baik itu?"
Jawab Nabi: "Yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya."
Tanya sahabat itu lagi: "Dan orang bagaimanakah yang paling buruk?"
Jawab Nabi: "Yang panjang usianya dan jelik amal perbuatannya."
Ertinya, kalau nak hidup lama, biarlah sebagai insan mulia. Buat apa hidup lama, kalau menyusahkan orang sahaja?

Rabu, Julai 11, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Mencari kunci panjang usia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "