2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 3:40 AM

4Rabu,Julai

Kita berhak minta kerajaan tunai janji

Kontroversi pengumuman Perdana Menteri bahawa tema Hari Kebangsaan tahun ini, Janji Ditepati yang dipinjam daripada cogan kata kempen BN telah menimbulkan andaian penganalisis politik.
 
Pertama, kerajaan bankrap idea. Nampaknya bukan sahaja hutang negara hampir bankrapkan kita tetapi khazanah perbendaharaan kata dua perkataan itu mencerminkan kerajaan muflis tema yang seharusnya menyatukan perayaan kemerdekaan milik semua.
 
Kedua, kerajaan keliru status Hari Kebangsaan sebenarnya milik rakyat dan bukan hak mutlak BN. Mungkin, setelah 55 tahun memerintah, keangkuhan dan jerebu minda mengabur erti sebenar sebuah kemerdekaan.
 
Ketiga, kerajaan terdesak menjajakan tafsiran Janji Ditepati sebagai umpan psikologi agar rakyat terhutang budi atas pemberian seperti jalan raya, sekolah dan BR1M - yang menjadi tanggungjawab kerajaan serata dunia untuk ditunaikan.
 
Pada hemat saya, Janji Ditepati sepatutnya adalah Janji Kemerdekaan belum tertunai. Bak bapa yang wajib menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan dan nafkah keluarganya, tanpa 'konsep janji'.
 
Persoalannya adalah mengapa prinsip dimungkiri apabila lebuh raya diswastakan dengan jaminan keuntungan melalui tol atau pampasan tol diserahkan kepada syarikat kroni.
 
Konsesi tol ada terikat hingga 2038 dan hasil kutipan pada 2010 contohnya adalah sebanyak RM2.6 bilion. Malang, yang sepatutnya dijanjikan kepada rakyat pula dijanjikan kepada kroni.
 
Janji menyediakan bekalan elektrik pula melanggar prinsip 'Rakyat Didahulukan' apabila ada perjanjian berat sebelah dan rakyat terpaksa menanggung kos daripada caj kadar elektrik. Pihak kerajaan cuba menenangkan rakyat dengan mengambil langkah kononnya memotong subsidi korporat.
Janji transformasi ekonomi menjadi temberang apabila unjuran pertumbuhan KDNK tersasar jauh.
 
Kaedah permainan nombor dengan memanipulasi jumlah hutang negara yang tidak termasuk liabiliti luar jangka yang akan meninggalkan kesan terhadap angka sebenar.
 
Kadar defisit fiskal yang dihadapi negara pada 2011 berdasarkan KDNK dianggar sebanyak 4.8 peratus dan defisit belanjawan telah berlaku selama 15 tahun sejak 1997 di mana hutang kerajaan meningkat dari RM89 bilion kepada RM470 bilion hingga Mac lalu.
 
Kerajaan pusat pula meminta belanjawan tambahan sebanyak RM13.8 bilion tahun ini, dan jumlah itu bakal membuat kedudukan ekonomi negara semakin tenat.
 
Janji transformasi perkhidmatan awam pada awalnya diberi nama SBPA terkandas apabila kenaikan gaji yang hanya dijanjikan kepada golongan atasan dikecam hebat golongan terbanyak yang dipinggirkan adalah janji flip-flop.
 
Janji reformasi demokrasi pada Hari Malaysia 2011 untuk memansuhkan ISA, Akta Buang Negeri 1959, Akta Kediaman Terhad 1933, serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan juga Seksyen 27 Akta Polis 1967, hanya separuh direformasi di mana ciri-ciri dasar anti-demokratik undang-undang lapuk masih dikekalkan seperti ISA yang di-Sosma-kan melalui penindasan yang lebih teruk akan dihadapkan kepada rakyat dan bakal merampas hak rakyat untuk bebas bersuara dan berkumpul berdasarkan perlembagaan.
 
Janji reformasi pilihan raya diputar belit hingga membuat perut rakyat sembelit dek kegagalan memastikan pilihan raya adil dan bebas.
 
Tindakan kerajaan membantah secara rasmi diplomat negara jiran menjadi pemerhati Bersih 3.0 yang adalah tugas biasa diplomat, membayangkan hasrat untuk menghalang pemerhati antarabangsa untuk PRU13 kelak.
 
Rakyat dimomokkan kononnya gangguan asing terhadap urusan negara. Hujah sama diguna kerajaan Israel yang menghalang diplomat asing memerhati jenayah sebuah rejim kejam di bumi Palestin.
 
Nampaknya rejim BN yang sering mendabik dada kerana Malaysia adalah Negara Demokratik Terbaik Dunia, sebagai slogan demokrat palsu.
 
Kita berhak menuntut kerajaan tunaikan Janji Merdeka dan tidak berkiblatkan ideologi politik, propaganda dan keinginan untuk terus berkuasa.
 
Akhir sekali, janji hanya tinggal janji menjadikan tema Janji Ditepati sebagai janji kosong yang memungkiri pelbagai prinsip demokrasi. Lebih tepat lagi bertanya: untuk siapa Janji Ditepati?
 
Oleh NURUL IZZAH ANWAR, 3 Julai 2012 (Sinar Harian)
Unknown , Rabu, Julai 04, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog