KUALA LUMPUR, 25 Julai 2012 - Ibu bapa dan anak yang mempunyai simptom seperti kaki dan tangan yang panjang serta bentuk jari-jemari seakan labah-labah digalakkan menjalani ujian mengesan penyakit 'Sindrom Marfan', kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Sae Kie.
Beliau berkata 'Sindrom Marfan' ialah penyakit genetik yang boleh menyebabkan masalah injap jantung berkembang sehingga mungkin mengakibatkan pesakit mati mengejut.
Pesakit biasanya dikesan menghidap penyakit, yang sudah mencapai tahap serius, kerana penyakit genetik ini tidak mudah dikesan pada peringkat awal, katanya.
"Oleh itu, jangan pandang ringan terhadap simptom-simptom itu, sesiapa yang mempunyai simptom sedemikian diminta menjalankan pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital bagi pencegahan awal," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak menghidap penyakit 'Sindrom Marfan', Choong Kai Sheng, 11, di Hospital Selayang, hari ini.
Kai Sheng, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur setelah mengadu sakit dada lalu pengsan pada 21 Jun lepas, disahkan menghidap penyakit itu selepas ayahnya meninggal dunia secara mengejut pada dua tahun lepas.
Kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Selayang pada Jumaat lepas setelah keadaannya bertambah serius dan kini berada dalam keadaan koma.
Menurut Heng, selain Kai Sheng, dua lagi adik-beradiknya iaitu abangnya, Kai Yin, 14, dan adik perempuannya, Pui Leng, 9, turut disahkan menghidap penyakit genetik itu tetapi masih terkawal.
"Mereka sekeluarga termasuk ibunya akan menerima peruntukan daripada Yayasan Kebajikan Masyarakat di bawah kementerian sebanyak RM300 bermula 1 Ogos ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Selayang, Dr Mohd Suhaimi A. Majid berkata apabila ibu atau bapa dikesan menghidap penyakit itu, risiko anak-anak yang menghidap penyakit ini adalah 50 peratus.
Beliau berkata walaupun peratusan penghidap penyakit ini adalah kecil, orang ramai digalakkan menjalani pemeriksaan di klinik ataupun hospital berdekatan dengan memberi sampel darah untuk mengesan penyakit genetik itu. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "