2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 10:12 PM

7Sabtu,Julai

Cas elektrik guna baju T

NEW YORK, 5 Julai - Satu kajian yang dijalankan dua jurutera dari Universiti South Carolina menunjukkan baju T yang diubahsuai boleh berfungsi sebagai kapasitor tinggi dan menyimpan caj elektrik.
 
''Kita memakai fabrik setiap hari yang mana kapas dari kemeja-t itu mempunyai pelbagai fungsi. Sebagai contoh, ia menjadi alat penyimpanan tenaga yang fleksibel dan boleh mengecas telefon bimbit atau iPad,'' kata pensyarah dari fakulti kejuruteraan mekanikal universiti tersebut, Xiaodong Li.
 
Li dan rakannya menggunakan baju T yang kemudiannya direndam dalam larutan fluorida dan dibakar pada suhu tinggi dalam ketuhar yang bebas oksigen.
Sebaik sahaja dikeluarkan, gentian yang terhasil ditukar daripada selulosa kepada karbon aktif yang mampu menyimpan cas elektrik.
 
''Kita tidak lama lagi akan melihat telefon bimbit dan komputer riba yang mudah dibawa di pasaran.
 
''Bagaimanapun, alat penyimpanan tenaga yang fleksibel diperlukan untuk menjadikannya satu kenyataan," kata Li yang dipetik Innovation News Daily.
 
Jurutera itu menegaskan, tekstil karbon yang diaktifkan bertindak seperti kapasitor tinggi kerana ia mempunyai penyimpanan tenaga tinggi yang padat.
 
Kedua-dua permukaan baju T yang disalut dengan lapisan nanometer mangan oksida mempertingkatkan kebolehan penyimpanan bahan elektrik.
 
''Ia menjadikannya stabil dan kapasitor berprestasi tinggi,'' katanya.
 
Pasukan penyelidik itu juga mendapati kapasitor fabrik boleh mengecas dan mengalirkan elektrik beribu-ribu kali dengan kadar pembaziran yang rendah.
 
Kajian itu boleh membawa kepada inovasi terhadap pakaian atau pun perabot yang boleh satu hari nanti digunakan untuk mengecas atau mengawal alat elektronik tertentu. - AGENSI
Unknown , Sabtu, Julai 07, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog