Sesekali, jika membawa keluarga bercuti di kelilingi hutan menghijau pasti menyeronokkan. Mari ajak keluarga meneroka gaya percutian tanpa protokol. Bayangkan kehijauan flora sebagai lanskap, diselang-seli pula dengan nyanyian unggas dan mergastua. Aliran air sungai yang dingin menusuk hingga ke tulang tetap ingin diharungi.
Setelah berkeluarga, ramai yang meletakkan noktah terhadap aktiviti ini. Menurut mereka kehidupan berkeluarga menyekat ruang untuk bersantai.
Aktiviti ini tidak perlu dilakukan selasak dahulu tetapi sekurang-kurangnya ia membawa suasana percutian yang penuh bererti buat anda sekeluarga.
Ia boleh menjadi aktiviti bagi menguatkan ikatan hubungan anda sekeluarga. Bagaimanapun, aktiviti ini tidak digalakkan bagi yang mempunyai bayi. Paling baik, sekiranya anak anda sudah berusia dua tahun ke atas.
Naluri ingin tahu mereka akan menceriakan program perkhemahan. Mereka sudah pasti seronok bila berada dalam suasana yang berbeza berbanding di rumah.
Anggaplah aktiviti seperti ini lebih merupakan program perkelahan. Persediaan asas untuk pergi berkhemah pastinya membawa :
- Khemah
- Dapur mudah pasang
- Lampu
- Bekalan makanan
- Pakaian bergantung berapa lama aktiviti tersebut.
- Krim penghalau serangga bagi mengurangkan kesan daripada gigitan nyamuk.
Aktiviti Apa?
Apa yang hendak dilakukan di hutan? Jangan anggap aktiviti ini hanya sekadar berkelah sahaja. Banyak yang boleh dilakukan. Paling penting, aktiviti ini mengajar anda dan keluarga cara berdikari.
Apa yang hendak dilakukan di hutan? Jangan anggap aktiviti ini hanya sekadar berkelah sahaja. Banyak yang boleh dilakukan. Paling penting, aktiviti ini mengajar anda dan keluarga cara berdikari.
Setiap orang ada tugas dan tanggungjawabnya. Anda dan isteri boleh saling membantu mendirikan khemah. Selain itu, gajet berkaitan seperti ampai, para, tungku untuk memasak perlu disediakan.
Tugas memasak boleh dilakukan bersama, walaupun sekadar memasak makanan segera.
Sekiranya anda ingin menerapkan pendidikan sains terhadap anak anda seawal usianya, inilah tempat yang boleh dijadikan makmalnya.
Perkenalkan anak dengan serangga yang terdapat di hutan. Anda juga boleh mengumpul sampel daun yang mungkin boleh dikeringkan untuk dibuat hiasan atau penanda buku. Beritahu mereka tentang jenis tumbuhan yang boleh ditemui.
Ketika malam hari pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama. Pastikan unggun telah siap dinyalakan sebelum hari semakin gelap. Unggun boleh digunakan untuk acara barbeku. Selain menghangatkan malam, ia mampu menghalau haiwan liar.
Bawa permainan yang menguji kecerdasan akal seperti catur, dam dan sebagainya. Jika suasana terasa semakin sunyi, radio boleh dijadikan sebagai teman.
Pengalaman menyeronokkan yang dirasai pasti boleh memupuk semangat kerjasama dan cintakan alam dalam sanubari anak-anak.
Sabtu, Julai 07, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Berkhemah Akrabkan Diri Dengan Alam silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "