2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Belum berpuasa sudah beraya

Oleh ABD JALIL ALI, 19 Julai 2012
 
Isteri kecewa tidak disentuh suami dari
 
DUA minggu lalu memang lemas ketika berada di Jalan Tunku Abdul Rahman. Di tengah-tengah kesibukan ribuan manusia, saya berasa terlalu kerdil dan longlai. Petang hujung minggu yang resah, mematikan selera untuk makan nasi kandar dan menghirup teh tarik.
 
Tidak ada tunjuk perasaan atau perhimpunan haram. Tidak ada barisan polis atau anggota Unit Simpanan Persekutuan. Juga tidak ada tembakan gas pemedih mata. Orang berpusu-pusu dan menerjah jalan popular itu untuk membeli-belah.
 
Kaki lima sepanjang jalan pun susah untuk berjalan, sentiasa berlaga bahu dan siku. Silap-silap boleh tersembam pada perut orang, mungkin juga pada punggung. Agaknya apa akan terjadi sekiranya wajah tua ini tersembam pada bahagian dada orang perempuan.
 
Macam-macam dijual penjaja– mesti tidak ada lesen DBKL! – dikaki lima atau dicelah-celah lorong. Ada buah salak yang didakwa paling manis dan dibawa terus dari Jakarta. Ada buah delima sebesar dua penumbuk dikatakan datang dari Iran. Ada juga kurma nabi untuk musim perayaan.
 
Ada jual selipar, capal, songkok. Banyak juga yang jual permainan kanak-kanak seperti bola, belon, loceng, anak patung, wisel. Dijual juga mainan kawalan jarak jauh seperti kereta, itik, arnab. Kalau tidak waspada kita boleh terpijak kepala arnab.
 
Ada anak merengek minta dibelikan permainan. Ada isteri merungut sebab suami tidak mahu membimbit bungkusan plastik. Ada juga yang kata sorry sebab terlanggar atau tersinggung bungkusan plastik yang bergayutan di tangan dan lengan. Nasib baik telinga tidak kuat, kalau tidak pasti ada yang gantung bungkusan di cuping!

Di dalam kedai, gedung dan pusat membeli belah, keadaan lebih gamat, silap-silap boleh mati terhimpit atau terpijak. Menemani isteri di sebuah pusat membeli belah terkenal, saya cuma boleh tahan tidak lebih 20 minit, itu pun nafas sudah tercungap-cungap.
 
Orang penuh sesak di setiap tingkat, setiap sudut. Biasalah, sebahagian besar pengunjung adalah wanita. Almaklumlah, Hari Raya Sale sedang rancak. Seperti yang diiklankan di media, apa sahaja yang diperlukan untuk hari besar itu semua ada.
 
Beg tangan, kasut tumit tinggi, tumit rendah, tanpa tumit, baju dalam, kain dalam, seluar dalam, pakaian siap, kurung, kebaya, skirt, midi, semua ada. Kain langsir, alas meja, cadar, sarung bantal, sarung kusyen, alas kaki, alas tandas, bunga kertas, bunga plastik, sebut sahaja. Periuk, belanga, kuali, sudu, senduk, pengisar cili, pembancuh kopi, perkakas membuat kuih, alat-alat memasak yang lain semua dijual. Kalau hendak peti sejuk, TV skrin dua depa, dan lain-lain barangan elektrik, semua bisa diatur.
 
Pendek kata semua keperluan raya, daripada A sampai Z, boleh dibeli. Dan, apa yang lebih penting, semua barang keperluan itu – termasuk lesung batu dan pengorek gigi – ditawarkan pada potongan harga yang amat istimewa, sehingga 80 peratus.
 
Tidak itu sahaja, seperti yang diuar-uarkan dalam iklan, ada pakej menarik seperti 'tiga dalam satu', 'beli satu dapat satu percuma', 'beli RM100 dapat beg percuma', 'beli, dapat borang dan boleh menang kereta', malah boleh menang banglo.
 
Orang perempuan mana boleh tahan dengan benda-benda seperti itu. Hati wanita mana tidak tertawan melihat tawaran 'harga runtuh'. Jiwa wanita mana tidak tergoda dengan tawaran tiga dalam satu. Saya hanya tertarik kalau ada tawaran 'empat lawan satu!', untuk menggantikan 'satu lawan satu'.
 
Bayangkan setiap gerai, kedai, gedung dan pusat membeli belah sepanjang jalan berkenaan mengadakan sale untuk raya, dengan tawaran harga yang luar biasa. Beli baju raya anak sepasang seorang, beli baju sendiri tiga pasang. Beli itu, beli ini, sehinggakan tidak cukup tangan untuk membawa bungkusan.
 
Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga penghujung kawasan Chow Kit diserang wanita. Sana sini orang membimbit barang. Kalau bisnes di situ dibuka sepanjang 24 jam pun rasanya tidak cukup masa untuk membeli keperluan raya.
 
Mengikut kalendar umat Islam hanya akan mula berpuasa pada 21 Julai, Sabtu ini. Tetapi di KL suasana Aidilfitri @ membeli-belah hari raya sudah bermula sejak kira-kira sebulan lalu. Nampaknya Syawal mendahului Ramadan al-Mubarak.
 
Demikianlah, dalam halhal tertentu, orang kita memang mendahului masa!
 
* Penulis adalah penulis Kolumnis di akhbar Sinar Harian
Rokiah Mad Dom , Khamis, Julai 19, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog