2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 4:13 PM

10Selasa,Julai

Adegan filem punca remaja merokok


New York : Remaja yang menonton terlalu banyak filem dengan watak perokok boleh terpengaruh dan menjadi perokok dengan sendiri, kata sekumpulan penyelidik dalam satu kajian terbaru mereka.
Ketua penulis laporan berkata, keputusan itu menyokong idea bahawa merokok, kelakuan tidak sopan atau keganasan yang sering dikaitkan dalam sesetengah filem mampu mempengaruhi tabiat remaja.

"Filem dengan watak perokok memberi kesan buruk jika ia sebuah filem yang boleh ditonton remaja berusia 13 tahun dengan pengawasan ibu bapa (PG-13), berbanding filem kategori R (untuk remaja 17 tahun ke atas). 

"Lebih banyak remaja melihat cara merokok menjadikan mereka dilihat seperti bintang filem
," kata Dr James Sargent, dari Sekolah Perubatan Giesel, di Dartmouth Lebanon, New Hampshire.


Sargent dan rakannya mengira berapa kali sesebuah watak dilihat merokok dalam setiap lebih 500 filem pecah panggung sejak beberapa tahun lalu.

Mereka kemudian melakukan soal jawab terhadap 6,500 kanak-kanak di Amerika Syarikat berusia 10 hingga 14 tahun yang dipilih secara rawak bagi 50 filem ditonton mereka.

Purata adegan merokok dalam filem adalah 275 adegan dari filem dengan kelas PG-13 dan 93 dari filem R, kata penyelidik berkenaan dalam laporan mereka di Pediatrics.


Temubual dengan kanak-kanak yang menonton filem sarat adegan merokok untuk memilih tabiat mereka sendiri.

Bagi setiap 500 adegan merokok tambahan dilaporkan dalam kajian awal, remaja terbabit berkata, sebanyak 33 hingga 49 peratus cuba meniru sepanjang dua tahun lalu.

Kesan terhadap adegan merokok tidak penting berbeza bagi filem PG-13 dan R. Kumpulan Sargent menganggarkan bahawa jika secara automatik sesebuah filem adalah kelas R, bilangan remaja yang cuba merokok menurun sebanyak 18 peratus. - Agensi
Unknown , Selasa, Julai 10, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog