2+4 hrs...Twogether Fourever

/

5 juta bayi tabung uji lahir sejak 1978

LONDON, 2 Julai 2012 – Satu hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan pakar kesuburan mengumumkan lima juta bayi tabung uji telah dilahirkan di seluruh dunia sejak Julai 1978.
 
Perwakilan turut memuji ia sebagai peristiwa yang luar biasa bagi rawatan kesuburan.
 
Bayi tabung uji pertama, Louise Brown yang dilahirkan di United Kingdom (UK) pada Julai 1978 manakala ibunya Leslie Brown meninggal dunia bulan lepas.
 
 
Keratan akhbar yang membawa berita kelahiran bayi tabung uji pertama, Louise Joy Brown pada 25 Julai 1978.


Walau bagaimanapu, perwakilan semasa bersidang di Turki, memberi amaran pasangan yang tidak menggunakan rawatan kesuburan sebagai satu insurans polisi sekiranya mereka melambatkan proses untuk menjadi ibu bapa.
 
Jawatankuasa Antarabangsa Bantuan Pemantauan Reproduktif Teknologi (Icmart) membentangkan data terkini kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang subur dalam persidangan Persatuan Eropah Pembiakan Manusia dan Embriologi.
 
Ia berkata angka rasmi hingga tahun 2008, ditambah dengan tiga tahun seterusnya meletakkan jumlah bayi yang dilahirkan melalui teknik tabung uji seramai 5,000,000.
 
Dipetik BBC hari ini, Pengerusi Icmasrt, Dr David Adamson berkata teknologi ini berkesan bagi merawat masalah kesuburan bagi berjuta-juta ibu bapa dan ramai bayi yang dilahirkan melalui teknik itu.
 
"Teknologi ini turut berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lalu bagi meningkatkan kadar kehamilan," katanya.
 
Tambah beliau, kira-kira 1.5 juta kitaran IVF dan teknik yang sama dilakukan setiap tahun dan menghasilkan sebanyak 350,000 kelahiran bayi.
 
Menurut Pengarah dan Perunding pakar sakit puan IVF, di Hospital Hammersmith, berkata: "IVF kini sebahagian daripada kehidupan, jadi pasangan tidak seharusnya malu untuk menjalani proses ini."
 
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kejayaan yang besar ini membantu dalam kadar pembiakan manusia bukan menggalakkan pasangan untuk menangguhkan masa untuk mempunyai cahaya mata sendiri.
 
"Jika mereka melambatkan proses untuk mendapat anak sendiri, mereka akan melihat teknik IVF ini sebagai salah satu polisi insurans kerana mereka boleh menggunakan teknik ini bila-bila masa saja," tambahnya.
 
Malangnya, fakta turut berkata yang kadar kejayaan proses ini tidak begitu berjaya di kalangan wanita yang telah meningkat usia.
 
Pensyarah kanan  University Sheffield, Dr Allan Pacey  berkata: "Saya rasa ia adalah penting bahawa kita telah sampai ke  tahap kelahiran  sebanyak 5,000,000. Ia kini  lebih jauh  diterima kerana telah digunakan 10 atau 20 tahun lalu."
 
"Bagaimanapun, kita mesti memastikan yang pasangan benar-benar memahami yang IVF bukan satu penyelesaian bagi menjamin mereka mendapat anak melalui teknik ini. Seharusnya mereka mencuba dahulu kaedah semula jadi sebelum menggunakan teknik IVF ini," tambahnya.
 
"IVF ialah sesuatu yang digunakan bagi pasangan yang benar-benar memerlukannya," tambah beliau.
 
 
Unknown , Selasa, Julai 03, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog