SHAH ALAM, 6 Julai 2012 - Kira-kira 47 peratus daripada pekerja muda mengalami masalah hutang yang serius, demikian menurut satu kajian kendalian pertubuhan bukan kerajaan kepenggunaan, Pusat Kajian dan Sumber Pengguna (CRRC).
Penemuan pusat itu juga menunjukkan bahawa bayaran bulanan hutang pekerja-pekerja muda 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar.
Malah menurut CRRC, kajian mereka juga menunjukkan seramai 37 peratus mengakui bahawa mereka berbelanja di luar kemampuan mereka.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, CRRC menambah, seramai 15 peratus pekerja muda tidak mempunyai simpanan langsung.
"Bagi yang mempunyai simpanan, sekiranya mereka berhenti bekerja (atas beberapa sebab tertentu), secara purata hanya mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan selama empat bulan," tambah pusat itu yang mengendalikan kajian berkenaan dengan perilaku dan sikap pekerja muda.
Secara purata, katanya, pembelian menggunakan kad kredit adalah RM702 sebulan.
Menyenaraikan penemuan-penemuan lain, CRRC berkata, seramai 37 peratus tidak pernah terfikir tentang persediaan untuk persaraan.
"Bagi yang pernah memikirkan tentang persediaan untuk persaraan, 60 peratus tidak begitu berpuas hati dengan persediaan mereka," katanya lagi.
Malah kajian pusat itu juga menunjukkan bahawa 43 peratus memberikan kurang mempunyai pengetahuan kewangan.
"Secara amnya, pekerja muda memberikan skor yang rendah untuk tahap pengurusan kewangan diri mereka sendiri. (skor purata 2.75 pada skala 1 hingga 4 di mana 4 ialah pengetahuan pengurusan kewangan yang lemah)," kata CRRC lagi.
Kaji ini dijalankan bagi pihak Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia.
Sabtu, Julai 07, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 47% pekerja muda 'dijangkit' hutang serius silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "