2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Zarisya Nur Jannah [Bahagian Akhir]

MAMA, PAPA.. I MISS YOU

Hari ini, genap seratus hari mama dan papa pergi meninggalkan aku. Hari ini juga genap sebulan aku berada di Malaysia, tinggal bersama atok. Terasa lain benar hidup aku sekarang ini. Tanpa mama dan papa, tanpa Ian, tanpa Michele, tanpa Elly dan adik kembarku Shawn dan Paul. Rindunya aku pada mereka.
 
Esok, aku akan kembali bersekolah. Hurm… macam mana agaknya suasana persekolahan di Malaysia yea? Sama ke dengan di London. Tapi yang pasti, di sini aku kena pakai baju seragam. Baju kebangsaan Malaysia, baju kurung. Wah, rasa gementar pula aku. Macam mana agaknya kawan-kawan kat sini eh? Guru-guru kat sini garang ke juz nice? Hurm…

Hidup di kampung benar-benar mengajar aku erti berdikari. Kat sini, tak ada siapa yang nak kejutkan aku bangun pagi, gosok baju aku, masak untuk aku.. Semua aku yang buat sendiri. Mula-mula, everything I felt so hard. Aku tak pernah belajar memasak, membasuh, iron baju. Malah dulu kat London, maid akan kejutkan aku bangun pagi. Kalau aku terlewat bangun, maid menjadi mangsa mulut celupar aku. Sekarang, semuanya berubah sekelip mata.

Mula-mua memang kelakar ya amat. Pertama kali masak nasi, nasi jadi bubur. Goreng ikan hangus. Berasap dapur atok hari tu. Mula-mula aku ingat atok nak mengamuk, tapi dia ketawa je. Atok is the best. Dia tak marah langsung kat aku. Dia cium pipi aku kiri kanan dan kata dia sayang aku. Lepas tu, kami masak sama-sama.
 
Petang-petang, dia bawak aku keliling kampung naik motosikal EX5 dia. Memang best. Dia bawak aku makan laksa kat warung Makcik Senah, dia ajar aku makan ABC, cendol, pulut udang. Yummy, semuanya sedap-sedap. Hahaha, memang berisi badan aku duduk kat sini. No diet anymore.
 
Malam-malam pula dia ajar aku baca Al-Quran, cerita kat aku tentang Islam, tentang arwah mama, arwah nenek. Atok memang pandai bercerita. Jiran-jiran kat sini pun baik-baik. Mak Jang Liah selalu ajar aku memasak. Walaupun mulut dia agak suka pot-pet-pot-pet tapi dia baik. Aku dah anggap dia macam ibu aku. Pak Jang Hasan pun baik. Dia ajar aku tangkap ikan dalam sawah. Main lumpur aku hari tu. Hehehehe..

Kawan pertama aku dapat bila kat sini ialah Zara Ezalea Amira.. Sedap kan nama dia. I juz call him Zara. Dia cucu Mak Jang Liah. A nice girl. Dia banyak ajar aku bahasa daerah ini.. Terkial-kial jugak lidah aku nak cakap. Hahaha.. Lepas tu dia kenalkan aku dengan kawan-kawan yang lain. Kat sini pun aku ada lima orang kawan baik. Same je macam kat London. Kalau kat London aku ada Ian, Michele, Elly, Shawn dan Paul kat sini aku ada Zara, Rynn, Epol, Kri dan Fird. Diorang sahabat yang baik.

Hurm, I got to go. Atok dah panggil. Sayonara my deary diary blog. Lain kali aku update lagi. Muahx;-* Luv u so much.

p/s :: Ian, Michele, Shawn, Elly n Paul.. Korang jua sahabat terbaik buat aku ;-)

TAMAT
***
 
 
 


Zarisya Nur Jannah menutup laptop hadiah papanya ketika hari lahir ke-13 nya. Pantas dia berlari mendapatkan atoknya di muka pintu.

"Atok, kenapa?" Zarisya Nur Jannah duduk di bendul pintu rumah sambil menongkat dagu.

"Sya buat apa dalam bilik tu? Bergayut dengan Ian ye." Encik Amran mengenyit mata pada cucunya.

"Atok ni.. Merepek je lah. Sya tengah update blog je." Zarisya Nur Jannah tersipu malu.

"Ha, apa tu? Belog?" Encik Amran menggaru kepala. Maklumlah orang tua kampung, mana dia nak tahu tentang blog segala.

"Blog lah atok, bukan belog.. Hehehehe.." Zarisya Nur Jannah menahan tawa. Kelakarlah atok aku ni.

"Apa-apa je lah. Ni, atok nak ke pekan. Sya nak ikut tak?" Encik Amran menyarung kasutnya di hujung tangga.

"Ha, nak buat apa?" Zarisya Nur Jannah mengeliat kiri dan kanan.

"Ish budak ni, tak elok anak dara mengeliat kat muka pintu. Atok nak pergi shopping. Hehehehe. Beli barang dapur." Selamba Encik Amran berkata. Zarisya Nur Jannah tersengih.

"Sya nak ikut!!" Pantas Zarisya Nur Jannah berlari anak ke bilik. Menukar baju. Seluar jeans skinny jenama Levi's dan sehelai baby tee warna pink lembut di sarung ke tubuhnya. Rambutnya yang lurus dikat ekor kuda. Disapu sedikit bedak Silky Girl ke wajah dan secalit lip gloss di bibir. Walaupun ringkas, Zarisya Nur Jannah tetap kelihatan comel. Persis arwah mamanya.

"Atok, let go!!!" Zarisya melompat masuk ke dalam kereta Mercedes Compressor Hitam berkilat atoknya hadiah dari arwah papa. Kebahagiaan jelas tergambar di wajah. Saat duka telah beransur pergi namun arwah mama dan papa tetap di rindui.

***

"Kelas, bangun semua.. Assalammualaikkum cikgu." Ketua kelas Tingkatan 4 Neutron 1 memberi salam kepada Cikgu Kamal diikuti pelajar lain.

"Waalaikummussalam. Kamu semua boleh duduk. Okey kelas, hari ini, kamu akan menerima sahabat baru. Dia baru sahaja berpindah ke sini. Jadi saya harap kamu semua boleh memberi kerjasama padanya. Saya tidak dapat mengajar kamu hari ini kerana ada mesyuarat tergempar, jadi harap kamu jangan menimbulkan kekecohan. Malu saya dengan pengetua. Farid, jaga kelas." Cikgu Kamal merenung ketua kelas tersebut, Farid Raziqin.

"Baik cikgu. Arahanmu akan saya laksanakan." Kata-kata Farid Raziqin mengundang tawa rakannya yang lain. Cikgu Kamal hanya mengeleng. Faham benar akan peel pelajarnya yang seorang ini. Tak pernah serius.

"Zarisya, awak boleh masuk dan kenalkan diri awak pada rakan-rakan." Berdebar jantung Zarisya Nur Jannah. Mukanya merah.

"Ass.. salam.. mualaikum.." Tergagap Zarisya Nur Jannah memberi salam. Matanya melekat di lantai. Tak berani dia mengangkat wajahnya. Malu.

"Awak, tengok depan lah." Farid Raziqin menjerit.
 
Tersentap Zarisya Nur Jannah. Perlahan dia mengangkat wajahnya. Senyuman nipis dilayangkan buat rakan sekelasnya yang baru. Semua mata tertancap pada wajah comel Zarisya Nur Jannah. Farid Raziqin jatuh rahang. Terkelu lidah. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah.

"Saya Zarisya Nur Jannah. Sebelum ini menetap di London dan bersekolah di Sekolah Tinggi Beverly Hill. Harap kawan-kawan bantu saya menyesuaikan diri di sini." Zarisya Nur Jannah menarik nafas lega.
 
Matanya tertancap pada Zara Ezalea Amira yang tersenyum sambil melambai tangan padanya. Dia membalas senyuman itu. Sebelah Zara Ezalea Amira, Airynn Natrah tersengeh. Di belakang mereka, Dhani Firdaus dan Raziqin Hairul Syukri tersengeh sumbing. Di sebelah kiri meja Dhani Firdaus, Zaiful Zahidi duduk menepuk kerusi kosong di sebelahnya. Pantas Zarisya Nur Jannah mengorak langkah ke arah Zaiful Zahidi.

"Epol, aku duduk tepi kau lah ye." Perlahan Zarisya Nur Jannah berkata. Zaiful Zahidi sekadar mengangguk.

"Okey kelas, saya nak keluar dulu. Farid, kelas bising awak lari 50 pusingan padang." Cikgu Kamal berlalu keluar kelas.

"Ai…ai cikgu.." Farid Raziqin sedikit terjerit. Serentak itu, kelas yang tadinya sunyi bertukar nada. Gelak tawa dan suara pelajar bergabung membingitkan telinga. Zarisya Nur Jannah terkedu. Mak ai student kelas ni, attitude zero. Tapi, aku suka.. Hahahaha…

"Weh Sya, hang tak bagitau pun start sekolah hari ni.." Dhani Firdaus menarik kerusinya merapati meja Zarisya Nur Jannah. Begitu juga dengan Hairul Syukri, Airynn Natrah dan Zara Ezalea Amira. Mereka membentuk satu bulatan seolah mengadakan sidang tergempar.

"Saja je aku nak buat surprise." Zarisya Nur Jannah tersenyum.

"Weh, cute jugak hang pakai baju kurung. Hak hak hak.." Hairul Syukri memandang Zarisya Nur Jannah atas bawah.

"Wei Kri, aku memang sentiasa comel. Apa pandang-pandang ni?" Zarisya Nur Jannah kurang senang dengan pandangan Hairul Syukri.

"Sya, jangan dilayan Kri ni. Gatal dia kalah miang buluh." Airynn Natrah menjelir lidah pada Hairul Syukri. Gelagat mereka berdua menimbulkan tawa yag lain.

"Ehem, rancak nampak." Satu suara mengejutkan mereka berenam. Farid Raziqin memeluk tubuh sambil bersandar di meja.
 
"Nak join ke?" Selamba Zara Ezalea Amira berkata. Wajahnya menampakkan rasa menyampahnya pada Farid Raziqin.
"Boleh juga." Farid Raziqin lantas duduk mencelah antara Zara Ezale Amira dan Airynn Natrah. Memang muka tembok.
 
"Weh Farid, hang ni awat? Tak malu ke?" Airynn Natrah menyinga. Geram betul dia dengan perangai Farid Raziqin.
"La, dah Zara tanya aku nak join ke tak, aku just say yes la babe. Salah ke?" Farid Raziqin buat muka selamba. Di belakangnya berdiri Ikhwan Nazrin dan Nabil Azizi. Pengikut setia Farid Raziqin.
 
Zarisya Nur Jannah sekadar mebatukan diri. Begitu juga dengan Hairul Syukri, Dhani Firdaus dan Zaiful Zahidi. Mereka sekadar menjadi pemerhati pertengkaran tiga penjuru itu.

"Ish, hang blah la." Airynn Natrah menolak tubuh tegap Farid Raziqin.
 
"Relek ar babe, aku pun nak kenal-kenal dengan anak Mat Saleh celup ni." Farid Raziqin mencuit dagu Zarisya Nur Jannah. Tersentap Zarisya Nur Jannah. Pantas tangannya menepis jari Farid Raziqin. Mukanya merah.
"Wow, garangnya anak Mat Saleh celup ni." Farid Raziqin mengangkat keningnya pada dua rakannya. Mereka sekadar ketawa.
"Wei Farid, hang jangan melampau." Hairul Syukri bangun bercekak pinggang.
"Lu apahal bro, aku tak ada kacau hang kan? So, hang blah dari sini." Farid Raziqin menolak Hairul Syukri. Hairul Syukri hampir menumbuk muka Farid Raziqin namun Zarisya Nur Jannah lebih tangkas memegang kemas lengan Hairul Syukri. Zarisya Nur Jannah hanya menggeleng kepala tanda tidak bersetuju pergaduhan itu.

"Kri, duduk lah. Just ignore this jerk man." Zarisya Nur Jannah menarik Hairul Syukri duduk.
"Konon nak tunjuk hero." Farid Raziqin menunjal kepala Hairul Syukri. Kali ini, Zarisya Nur Jannah pula bangun. Penumbuk sulungnya tepat mengena perut Farid Raziqin. Terkelu lidah seisi kelas.
"Behave your self man.." Zarisya Nur Jannah bangun berlalu. Empangan matanya pecah. Air mata membasahi wajahnya. Zarisya Nur Jannah berlari masuk ke belakang bangunan sekolah. Dia menangis semahunya di situ.
"Ian, aku rindu kau. Kalau kau ada kat sini, pasti semua ini tak akan berlaku. Kalau kau ada kat sini, pasti tak ada siapa berani kacau aku. Ian, aku nak sekolah dengan kau. Ian, datang lah ambil aku balik ke London." Zarisya Nur Jannah menangis teresak-esak.
"Hey Sya, kenapa menangis kat sini? Kau kena kacau lagi ye." Adzril Adzrian tersenyum sambil duduk mencangkung di sebelah Zarisya Nur Jannah.
"Ian, macam mana kau boleh ada kat sini?" Zarisya Nur Jannah merenung hairan. Dikesat segera pipinya yang dibasahi air mata.
"Kau kan sayang aku. Tiap kali kau perlukan aku, aku akan datang untuk kau." Adzril Adzrian mengangkat keningnya sambil senyum. Kacak.
Zarisya Nur Jannah turut tersenyum. Dia melentokkan kepalanya di bahu Adzril Adzrian. Terasa tenang.
"Kau jangan risau, lepas ni, Jimmy tak akan berani kacau kau lagi. Aku dah bereskan dengan Shawn dan Paul. Dah, jangan nangis lagi. Tak cute la bila kau menangis my princess." Adzrian mengesat sisa air mata di pipi Zarisya Nur Jannah.
"Thank you Ian, you are my hero." Zarisya Nur Jannah membisik lembut di telinga Adzrian.
"Sya." Zarisya Nur Jannah tersentak dari lamunan. Kenangan bersama Adzrian ketika Gred 2 tenggelam. Wajah Adzrian diganti wajah Zara Ezalea Amira dan Airynn Natrah.
"Ian.." Satu keluhan dilepaskan Zarisya Nur Jannah. Air mata dikesat. Dia cuba tersenyum. Namun pahit. Hatinya memberontak. Kenapa hanya ilusinya. Kenapa bukan Ian sebenar datang pujuk aku. Rindunya aku pada Ian. Ian yang selalu melindungi aku. Ian yang selalu membantu aku. Ian yang selalu mengesat air mata aku. Ian yang selalu membuat aku ketawa. Ian yang selalu bercerita. Ian yang suka mengenyit mata pada aku.
"Hey Sya, mengelamun lagi eh." Airynn Natrah menolak lembut bahu Zarisya Nur Jannah sambil tersenyum.
"Sya, siapa Ian tu?" Zara Ezalea Amira mula mengorek rahsia.
"Kawan aku. Kawan baik aku. My childhood." Ringkas Zarisya Nur Jannah berkata.

"Pakwe hang eh?" Airynn Natrah sengeh. Zara Ezalea Amira tayang gigi.

"Korang ni, sibuk je.." Zarisya Nur Jannah tayang muka menyampah tapi turut tersengeh.

"Cerita la kat kami tentang kawan-kawan hang kat London nu. Tentang Ian." Zara Ezalea Amira menongkat dagu sambil bersila di atas simen koridor belakang bangunan.

"Hurm, ponteng kelas ni, takpe ke?" Zarisya Nur Jannah buat muka bersalah.

"Okey je. Kitorang kamceng dengan cikgu disiplin." Airynn Natrah senyum sipu. Nampak sangat muka budak nakal. Zarisya Nur Jannah sengeh lagi. Macam aku kat London jugak.

"Okey, aku dulu kat London macam korang la jugak. Wanted. Selalu ponteng kelas. Selalu buat kecoh. Kat sekolah aku tu, sebut nama aku dan Adzrian, semua kenal. Kami digelar Devil Couple. Hehehe.. Nakal. Parents aku dan Ian dah naik muak dengan tingkah laku kami. Selain aku dan Ian, ada empat orang lagi yang selalu lepak dengan kami. Michele, Elly, dan adik kembar aku. Shawn dan Paul.." Zarisya Nur Jannah tersenyum.

"Adik kembar? Kenapa tak bawak mai sini?" Zara Ezalea Amira buat muka excited.

"Sebenarnya diorang cuma adik angkat aku je. Arwah papa ambil diorang sebagai anak angkat sebab nak bantu diorang. Diorang lahir dalam keluarga yang susah. Sebenarnya diorang sebaya je dengan kita. Cuma aku tua lima bulan dari diorang. Tu diorang panggil aku kakak. Aku ta kisah. Hensem tau adik kembar aku. Hahaha." Zarisya Nur Jannah sengeh sumbing. Airynn Natrah tayang muka gedik. Menyampah.

"Kenalkan dekat aku." Airynn Natrah kedip-kedip mata. Kelakar.

"Gatal.." Serentak Zarisya Nur Jannah dan Zara Ezalea Amira menjerit lalu ketawa.

"Okey, sambung cerita. Elly sama je macam aku. Mak bapak dia meninggal dunia sebab pesawat terhempas jugak. Time tu umur dia baru tiga tahun. Dia duduk dengan abang dia sekarang ni, Jonathan Sorasta Juanes. Lelaki idaman semua student perempuan kat sekolah aku. Elly ni manja tapi dengan abang dia je. Bila dengan kami, ganas bukan main. Dia jenis otak gila-gila. Pandai masak spaghetti. Michele pulak anak peniaga roti kat kawasan tempat tinggal aku. Paling pandai. Otak genius. Tapi selalu ajak aku aku ponteng kelas. Kelakar. Shawn dan Paul, paling nakal. Hari-hari ada je kekecohan yang diorang buat kat sekolah. Pernah satu hari tu, diorang letupkan bilik guru dengan mercun tanda protes cuti peristiwa hari sukan dibatalkan. Memang gempar satu sekolah dan dipendekkan cerita, kami semua memang dapat cuti. Sebab cikgu-cikgu trauma." Pecah tawa Airynn Natrah dan Zara Ezalea Amira.

"Shawn dan Paul apa jadi?" Airynn Natrah buat muka excited.

"Diorang ni otak kelentong. Diorang buat macam-macam helah untuk lepaskan diri dan cikgu pun malas nak panjangkan cerita, tutup kes." Zarisya Nur Jannah terbayang wajah si kembar yang nakal itu. Paul, Shawn, I miss you baby.

"Ehem, Ian apa pulak cerita dia?" Zara Ezalea Amira angkat kening. Zarisya Nur Jannah tersenyum. Mukanya memerah. Malu.

"Adzril Adzrian bin Badrul." Zarisya Nur Jannah pejamkan matanya. Terlayar wajah kacak Adzrian di skrin imaginasi. Tersenyum dia sendirian.

"Weh, mengelamun pulak minah ni." Airynn Natrah menggoncang tubuh Zarisya Nur Jannah.

"Hehehe.Okey.. Okey.. Ian, dia kacak. Selain Jonathan abang Elly, Ian menjadi buruan para gadis di sekolah aku. Student perempuan kat sekolah aku semua jelous habis dengan keakraban aku, Elly dan Michele dengan Ian. Ian cool. Setiap yang berlaku, dia hadapi dengan tenang. Dia pembela aku. Pernah waktu aku Gred 2, aku selalu diganggu oleh Jimmy. Pembuli di sekolah aku. Aku selalu menangis kat belakang sekolah. Macam tadi. Ian akan cari aku dan pinjamkan bahu dia untuk aku. Lepas tu, dia akan pujuk aku dan buat aku tersenyum balik. Aku selalu tenang bila di sisi dia. Bagi aku, selain papa, Ian hero aku." Zarisya Nur Jannah berubah wajah. Rasa rindu teramat pada Adzrian dan papa silih berganti.

"Sya, jangan sedih. Kami semua akan gantikan kawan-kawan kau yang jauh tu." Zara Ezalea Amira dan Airynn Natrah memeluk erat Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah sekadar terseyum. Bersyukur kerana selalu mendapat teman terbaik dan terhebat.

***

Hari berlalu pantas. Zarisya Nur Jannah semakin sebati dengan suasana kampung dan Malaysia. Persahabatannya dengan Zara, Ryn, Kri, Epol dan Fird semakin bertaut erat. Hanya kebahagiaan menyelimuti hidup Zarisya Nur Jannah. Senyum dan tawa sentiasa menghiasai wajahnya. Zarisya membesar menjadi anak gadis yang cantik dan sempurna. Menjadi idaman para jejaka kampung.

"Selamat hari lahir Sya. Dah besar cucu atok." Encik Amran mencium dahi Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah hanya tersenyum.

"Peewit, dah 18 tahun dah umur member aku ni. Dah boleh kahwin dah. Hahaha." Dhani Firdaus mengusik.

"Fird, hang ni kan. Hang kahwin la dulu. Wuek." Zarisya Nur Jannah menunjuk penumbuk pada Dhani Firdaus.

"Sya, happy birthday." Zara ezalea Amira memeluk sahabtnya diikuti Airynn Natrah. Seketika kemudian, Hairul Syukri dan Zaiful Zahidi tiba dengan kek coklat sambil menyanyi lagu happy birthday khas untuk Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah tersenyum. Terharu dengan ingatan kawan-kawannya tentang hari lahirnya.

"Sya, ada hadiah untuk hang ni." Dhani Firdaus menjerit dari luar. Sebuah bungkusan besar dipegang. Kelibat pakcik posmen semakin menjauh pergi.

"Wo, dari London lah Sya." Hairul Syukri tayang muka teruja.

"Aku buka ye." Zarisya Nur Jannah tersengeh.
 
Yes!! Yes!! Ingat jugak member-member aku kat London hari lahir aku. Ligat tangan Zarisya Nur Jannah mengoyak kertas berbunga kecil yang membaluti sebuah kotak. Sekeping kad jatuh ke riba nya. Gambar teddy bear bersama sebiji kek coklat sambil tersengeh comel menghiasai permukaan kad. Zarisya Nur Jannah mula membaca catatan di dalam kad tersebut.


'
Dear Zarisya Nur Jannah..
Happy birthday sweetheart. Dah besar dah sayang aku ni. Jadi anak gadis yang baik dan ayu ye. Tunggu aku datang meminang kau. Hahaha. Juz kidding babe. Hope you are fine there. with ur grandpa and lovely new friends. Aku kat sini selalu rindukan kau.


With love,
Adzril Adzrian Badrul

Hey Sya, happy birthday babe.
Janga lupakan aku!! Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Rindu kau sangat-sangat.


Michele Stephen

Kakak!! Kamu dah tua sekarang ni.. Hahaha..
Happy birthday kakak aku yang cute. Dah 18 tahun kau hidup ek. Moga-moga kita akan bertemu lagi. Sayang kau kakak.Tak lama lagi birthday aku dan Shawn pula, jangan lupa kirim hadiah. Hikhikhik..


Mmmmuaah,
Paul Anderson

Selamat hari lahir kakak!!!!!!!!!


Shawn Anderson

Sayang, I miss u a lot..
Happy birthday.. Bila kau balik London aku masakkan spaghetti untuk kau ye..
Mmmmmmuuuaaahhhh.. take care.

Elly Sorasta Juanes
'

Zarisya Nur Jannah mengesat air mata yang menitis di pipi. Terharu dengan ingatan kawan-kawannya di London. Rindunya aku pada mereka Ya Allah. Ada lima bungkus hadiah dalam kotak besar itu. Satu persatu di bukanya.
 
Yang pertama, seekor patung beruang coklat tua tersengeh samabil memegang hati kecil dari Adzrian. Yang kedua, sehelai baby tee warna pink dengan tulisan ADIK SAYANG KAKAK.. Di bawahnya tertulis nama Zarisya Nur Jannah. Dari Paul. Ah mamat ni, memang kreatif. Zarisya Nur Jannah tahu ini hasil tangan Paul.
 
Hadiah ketiga, sebiji bola kristal. Di dalamnya ada serbuk putih seperti salji dan sekeping foto kecil gambar Zarisya Nur Jannah dan Michele. Zarisya Nur Jannah tersenyum. Elly menghadiakan Zarisya Nur Jannah seutas gelang perak yang terukir nama Zarisya Nur Jannah. Akhir sekali, dari Shawn. Album gambar yang dibuat sendiri. Bertemakan pink hitam. Gambar-gambar Zarisya dan sahabatnya sejak tahun pertama persahabatan mereka. So sweet. Thanks Shawn.

"Sya,tak mau lah sedih-sedih. Senyum sikit." Zaiful Zahidi memujuk.

"Mana ada aku sedih. Terharu je." Zarisya Nur Jannah tersenyum. Cuba menutup kesedihan di wajah.

"Macam ni lah kawan aku." Zaiful Zahidi tayang gigi.

"Jom makan." Dhani Firdaus mencapai pinggan dan mengambil sepotong kek. Dengan lahap dia makan kek itu. Memang kuat makan. Yang lain hanya ketawa.

***

MAMA.. PAPA.. THANKS FOR EVERYTHING

Masa berlalu pantas sekali. Terasa seperti baru semalam mama dan papa pergi meninggalkan aku. Masih terasa hangat pelukan mama dan panas kucupan papa. Masih terngiang bisikan sayang mama dan jeritan sayang papa buat aku. Mama dan papa, terlalu banyak memori indah yang tercipta hingga buatkan Sya hanya mampu tersenyum saat memori itu terlayar kembali di ruang mata. Mama dan papa, Sya redhai pemergian kalian meninggalkan Sya. Terima kasih buat mama kerana sudi melahirkan Sya. Papa, thanks for raise me with lot of love. Sya akan sentiasa merindui kalian. Harap kita akan bertemu lagi di syurga Allah.

Aku telah lalui banyak kesedihan dan kesakitan yang teramat. Terpaksa pulang ke Malaysia, berpisah dengan sahabat baikku dan kehilangan mama dan papa sekelip mata cukup menjadikan aku insan yang teramat lemah. Satu saat, aku terduduk dan hanya mamapu menangis. Aku tak mampu bangun melalui hari yang aku rasa amat sukar tanpa insan-insan yang amat aku sayangi.
 
Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Aku kehilangan mama dan papa namun aku digantikan dengan seorang atok yang amat mengasihi dan menyayangiku.
 
Atok, Sya sayang atok. Terima kasih kerana sudi menjaga Sya. Pengorbanan atok demi diri Sya terlalu banyak hinggakan terkadang Sya terasa seperti Sya membebankan atok. Aku kehilangan Michele dan Elly, tapi saat aku merindui mereka, hadir Zara dan Rynn menyerikan hidup aku. Sahabat, kalian memang terhebat. Saat aku menangis kehilangan Ian, Epol datang sambil tersenyum. Hero aku, thanks kerana sudi melindungi aku. Bila aku merindui lawak dan jenaka si kembar Shawn dan Paul, Kri dan Fird datang membawa senyuman dan tawa buat aku. Korang memang badut aku lah. Hahaha. Thanks kawan.
 
Shabat aku adalah yang terhebat. Sahabat sejati yang sukar dicari. Terima kasih Ya Allah, kerana telah hadirkan insan-insan yang tak pernah jemu memberi kekuatan dan semangat buat aku meneruskan kehidupan ini. Benar kata Elly, setiap dugaan yang kita terpaksa lalui memang menyakitkan namun dalam sakit itu, aka nada kebahagiaan yang setia menanti. Kini, kebahagiaan itu telah aku temui. Di sini, di samping atok dan sahabat-sahabatku yang tak jemu menyerikan hidup aku. Juga bersama sahabat ku di London yang tak pernah putus menghadirkan senyuman buat aku.

Esok, aku bakal menempuhi sebuah alam yang lain. Ya, aku bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang membuktikan cinta sejati itu wujud kepada ku. Sayang, terima kasih kerana mencintai saya. I love you so much.

Mama, papa.. Doakan Sya bahagia. Doakan moga Sya menjadi isteri solehah seperti mana mama menjadi isteri solehah buat papa. Mama, doakan Sya akan melahirkan keturunan yang baik-baik sebagai penyambung keturunan mama dan papa. Dan doakan semoga bakal suami Sya menjadi suami terhebat seperti mana papa menjadi suami terhebat buat mama.
TAMAT
 
Zarisya Nur Jannah tersenyum. Laptop dihadapannya ditutup. Hatinya penuh kegembiraan. Hidupnya kini hanya dipenuhi dengan bunga-bunga bahagia. Semoga kebahagiaan ni kekal selamanya.

"Aku nikahkan dikau Adzril Adzrian bin Badrul dengan Zarisya Nur Jannah binti Zarihin Shawn dengan mas kahwin RM520.00 tunai."

"Aku terima nikahnya Zarisya Nur Jannah bin Zarihin Shawn dengan mas kahwin RM520.00 tunai.."

"Sah?"

"Sah.."

"Alhamdulillah.."

***

"Sayang, kan mama dah cakap, jangan main tepi kolam tu." Zarisya Nur Jannah menjerit. Adzar Zafiq hanya menundukkan wajah. Zarynn Balqis turut terkelu. Kolam mata mula bergenang.

"Sweetheart, kenapa terjerit-jerit pagi-pagi buta ni?" Adzrian yang baru datang dari dapur memeluk erat belakang isteri tersayang. Dicium pipi gebu isterinya.

"Hish awak ni, depan anak-anak pun nak romantik segala. Malu." Zarisya Nur Jannah meleraikan pelukan suaminya.

"Kenapa anak teruna dengan anak dara awak tu?" Adzrian merenung wajah puterinya yang hampir menangis. Segera dia mendapatkan anak-anaknya yang masih kaku di tepi kolam.

"Kenapa sayang papa ni?" Diambil Zarynn Balqis ke dalam dukungannya. Dicium pipi gebu puterinya.

"Abang, kenapa mama marah-marah? Adik nakal ye.." Adzrian meletakkan kembali Zarynn Balqis ke bawah dan duduk mencangkung antara kedua anaknya.

"Awak manjakan lagi anak-anak awak tu. Kata saya langsung tak nak dengar." Zarisya Nur Jannah memeluk tubuh. Mukanya masam.

"Tengok, mama dah merajuk dah. Abang dengan adik kena pujuk mama." Adzrian berbisik di telingan anak-anaknya.
 
Kedua beradik itu tersengeh lalu berlari anak mendapatkan mama tersayang. Adzar Zafiq memeluk belakang mamanya manakala Zarynn Balqis memeluk depan mamanya.

" Mama, I'm sorry.." Serentak kedua beradik itu berkata. Zarisya Nur Jannah mengawal senyum. Tersentuh hatinya dengan perlakuan si anak.

"Mama, Zayin ayang mama." Si comel Zarynn Balqis mengeratkan pelukan pada mamanya.

"Abang pun ayang mama." Adzar Zafiq menarik tangan mamanya dan mencium. Ada titis air mata yang jatuh. Adzril Adzrian yang melihat hanya tersenyum. Wahai anakku, jadilah anak-anak yang baik buat mama dan papa.

"Yea, mama pun sayang anak-anak mama." Zarisya Nur Jannah membalas pelukan anak-anaknya. Azdril Adzrian mendukung Adzar Zafiq. Zarynn Balqis sibuk menyuruh mamanya mendukungnya juga sambil mulut berceloteh dalam bahasanya.
 
Adrzril Adzrian dan Zarisya Nur Jannah menarik segaris senyum. Bahagia dengan anugerah yang Allah berikan pada mereka. Sepasang kembar yang comel dan petah berkata-kata. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan ini. Doa Zarisya Nur Jannah di dalam hati.

"Siapa nak tolong mama buat kek coklat?" Zarisya Nur Jannah menyoal. Pantas si kembar mengangkat tangan. Lalu mereka sekeluarga masuk ke rumah sambil bergurau senda.
 
Kebahagiaan inilah yang sebenarnya dicari oleh Zarisya Nur Jannah. Kalau tidak kerana papa berkeras untuk menghantarnya pulang ke Malaysia, pasti dia masih terkial mencari erti hidup. Mencari sinar bahagia. Pasti dia masih menjadi anak manja yang hanya mengharapkan bantuan orang.
 
Thanks papa. Keranamu Sya membesar sebagai anak gadis yang berdikari dan tabah. Bahagialah mama dan papa di sana. Amin..
 
Cerpen@TH: Zarisya Nur Jannah
Nama Pena: NaBuDaKnAkaLz
Rokiah Mad Dom , Jumaat, Jun 15, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog