LOS ANGELES, 6 Jun 2012 - Microsoft merancang untuk membawa perkhidmatan permainan Xbox ke komputer-komputer tablet dan telefon bimbit.
Perisian baru dikenali sebagai Smart Glass akan membolehkan pemilik Xbox menggunakan telefon bimbit atau komputer tablet mereka sebagai alat kawalan jauh untuk bermain permainan itu, selain melihat maklumat tentang rancangan televisyen yang ditonton.
Pengguna juga boleh 'memindahkan' video dan muzik dari telefon ke Xbox.
"Televisyen kini berubah menjadi satu lagi produk generasi pintar," kata Presiden Perniagaan Hiburan Interaktif Microsoft Corporation, Don Mattrick dalam satu sidang akhbar yang turut menampilkan persembahan bintang rap Usher di Los Angeles, kelmarin.
Pada majlis itu, Xbox turut menunjukkan demonstrasi teknologi barunya dengan menggunakan rancangan HBO, Game of Thrones, yang membolehkan pengguna melihat peta lokasi yang berubah mengikut masa sebenar ketika rancangan itu berlangsung.
Perisian tersebut dijadual dilancarkan lewat tahun ini dan ditawarkan secara percuma kepada pemilik Xbox.
"Ini adalah kejayaan dalam bidang hiburan yang membolehkan semua peralatan dihubungkan," kata Presiden Xbox Live, Mark Whitten.
Xbox Smart Glass boleh digunakan bersama dengan televisyen, telefon dan tablet.
Sementara itu, Microsoft turut mengumumkan pengeluaran versi Internet Explorer untuk Xbox yang membolehkan penggunanya menggunakan telefon atau alat kawalan jauh sebagai papan kekunci untuk melayari laman web.
Syarikat itu juga mendedahkan akan melancarkan satu perkhidmatan muzik baru untuk Xbox dikenali sebagai Xbox Music hujung tahun ini bagi menyaingi iTunes dan Spotify. - Agensi
Jumaat, Jun 08, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Xbox ditawar di telefon bimbit silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "