/

UM temui BioPro Diesel potensi jana RM40 juta setahun

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2012 - Penyelidik Universiti Malaya hari ini mengumumkan penemuan mereka bagi BioPro Diesel, penggantian diesel sepenuhnya, daripada efluen kilang minyak sawit, yang berpotensi menjana RM40 bilion setahun di samping tiada sisa buangan.
 
Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UM (UMCIC) Dr Badrul Mohamed Jan berkata BioPro Diesel, hasil proses bio, mengandungi 100 peratus sisa yang tidak diingini daripada industri minyak sawit.
 
"Ia telah diuji dengan jayanya pada Mitsubishi Storm, yang mempunyai enjin diesel komersial," kata beliau pada taklimat media.
 
Efluen kilang minyak sawit, selepas melalui proses bio, akan menghasilkan lima peratus BioPro Diesel, 65 peratus air osmosis berbalik serta 35 peratus baja bio, dengan itu menjadikan tiada sisa buangan serta akan membantu pengilang minyak sawit mengurangkan keperluan untuk kolam penyimpanan.
 
Badrul berkata, universiti telah memfailkan hak paten bagi ciptaan dalam negara dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia, dan langkah berikutnya akan melibatkan usaha memfailkan untuk Triti Kerjasama Paten sebelum memasarkan produk itu dalam dua tahun akan datang.
 
Seorang daripada penyelidik utama, Dr Ishenny Mohd Nor dari Jabatan Kejuruteraan Kimia berkata, universiti dalam perbincangan dengan pelabur untuk menubuhkan kilang, yang akan membabitkan kos RM12 juta setiap satu.
 
"Kami berharap untuk bermula dengan satu kilang di Sabah dan sebuah lagi di di sini, mungkin di Klang atau di Johor Baharu, pada pertengahan tahun depan," katanya.
 
 
Ishenny berkata, banyak pengilang minyak sawit menunjukkan minat kerana kos pengeluaran bagi BioPro Diesel hanya RM1.50 seliter dan diberi penilaian lebih baik daripada Standard Euro 2M dan 4M. - Bernama
Unknown , Sabtu, Jun 23, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog