2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Twitter semakin popular

KIRA-kira 10 bulan lalu, saya melancarkan eksperimen terhadap penggunaan Twitter. Dengan minimum 140 patah perkataan, ia adalah spesies sedikit berbeza berbanding Facebook yang tiada had dan boleh pula disiar pada sesuatu pernyataan untuk dibaca ramai.
 
Pada mulanya memang rasa cukup asing dan terasing semasa membuka akaun Twitter pada Ogos 2009. Selama dua tahun akaun Twitter tersebut tidak dijengah sama ada oleh diri sendiri mahupun sesiapa. Ia didorong pula oleh keasyikan pada Facebook terutama apabila bilangan 'sahabat' melepasi angka 1,000 orang ketika itu.
 
Bagaimanapun, keseronokan berada dalam alam Facebook perlahan-lahan menurun. Mungkin jemu, mungkin geram kerana semakin ramai menggunakannya untuk tujuan menonjolkan kepandaian luar biasa diri mereka, selain dijadikan wadah politik sempit yang mendatangkan lebih banyak persoalan mengenai jati diri dan pegangan hidup mereka.
 
Di samping itu, perkembangan semasa di luar negara mendorong saya untuk menilai semula alat media sosial ini. Maka eksperimen yang dijalankan pada Ogos 2011 bermatlamat untuk menilai aspek keseronokan dan keberkesanannya.
 
Dari segi pemaparan ego, tidak banyak beza antara pengguna Facebook dengan Twitter. Ini kerana mereka tahu, pernyataan yang diistilahkan sebagai 'tweet' akan dikritik dan dikecam sama hebat seperti pernyataan dalam Facebook, sekiranya dinilai sebagai melampau atau syok sendiri.
 
Dalam Facebook, seseorang itu harus meminta kesudian seseorang untuk diterima sebagai 'kawan'. Dalam Twitter, anda boleh menjadi 'pengikut' dengan begitu sahaja, kecuali jika pemegang akaun tersebut 'menguncinya'. Lazimnya mereka yang mengunci akaun adalah golongan yang tidak terbuka untuk dikritik, dan hanya membenarkan mereka yang disukainya sahaja untuk menjadi pengikut, sekali gus boleh membaca, melakukan ulang siar (ReTweet atau RT) dan membuat ulasan.
Perutusan
 
Dalam Facebook, perutusan anda hanya boleh dibaca oleh kawan. Orang lain hanya akan tahu jika perutusan anda diulang siar oleh kawan. Twitter pula membenarkan sesiapa sahaja membaca dan melakukan RT dan mengulas. Dalam erti kata lain, ia lebih meluas jangkauan pembacanya. Jika mereka menyukainya, maka mereka akan terus menekan butang sebagai pengikut anda.
 
Bagi pengikut yang didapati melampau atau suka melakukan provokasi, terdapat butang BLOCK iaitu orang itu akan dihalang akses dan dia tidak akan dapat mencapai akaun Twitter anda. Ini sama fungsi seperti Facebook. Pengacau sebegini harus membuka akaun nama lain pula untuk kembali ke akaun Twitter anda.
 
Aspek-aspek di atas adalah perimeter yang menjadi keutamaan pada saya. Sejauh manakah keselamatan privasi saya terjamin dan memastikan saya tidak mengganggu privasi orang lain. Ini kerana pepatah Melayu nyata kekal laku: terlajak perahu boleh diundur, terlajak Twitter buruk padahnya. Kejadian memalukan akibat 'terlajak tweet' baru-baru ini adalah bukti kita tidak boleh tweet sesuka hati.
 
Secara berperingkat-peringkat, saya memilih untuk tweet isu-isu yang dekat di hati iaitu Liverpool FC. Saya bernasib baik kerana ketika itu memang aktif menulis blog mengenai kelab bolasepak kesayangan itu dalam utusanlfc.blogspot.com dan mempunyai beberapa pembaca setia. Maka setelah siap artikel, saya gunakan Twitter untuk 'mengiklankan' artikel itu. Perlahan-lahan, bilangan pengikut LFC menyertai akaun Twitter saya bertambah. Taktik ini adalah serupa dengan yang saya lakukan dalam Facebook.
 
Dan kini, akaun Twitter boleh pula dihubungkan dengan Facebook iaitu setiap tweet akan tersiar dalam Facebook. Begitu juga perutusan Facebook boleh disiar dalam Twitter.
 
Selebriti
 
Secara umumnya, penggunaan Twitter telah dipopularkan oleh selebriti dan ahli politik selain individu tertentu dalam masyarakat. Ramai orang menyukai perhubungan Twitter dengan artis-artis kerana ia menjadi satu wadah komunikasi langsung dengan mereka, yang hanya boleh ditonton dari jauh atau kaca televisyen.
 
Seorang daripada artis yang rajin tweet ialah Amy Search.
 
Bila dianalisis, populariti Amy Search tidak pernah pudar walaupun telah 30 tahun dalam industri hiburan tanah air. Beliau sebenarnya tidak perlukan Twitter untuk mengekalkan populariti. Lagu-lagunya sentiasa berkumandang di televisyen dan radio, malah Isabella cukup popular di pusat karaoke. Peminatnya merangkumi generasi berusia 40 tahun ke atas, sehinggalah berusia belasan tahun hari ini.
 
Namun, Amy Search mengetahui kelebihan Twitter dan melayan peminatnya dengan baik. Hari ini, bilangan pengikutnya hampir 50,000 orang. Saya tidak akan membandingkan Amy Search dengan artis muda lain yang memiliki lebih 700,000 pengikut. Artis muda perlu buktikan mereka mampu bertahan selama tiga dekad seperti Amy Search sebelum boleh diperakui kehebatan mereka.
 
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Johan Jaaffar gemar tweet senarai Top 10 pilihan peribadinya sama ada filem atau buku. Dia jelas mengelak tweet mengenai politik.
 
Ini kerana Twitter juga telah menjadi senjata ampuh bagi pihak tertentu semasa pilihan raya umum yang lalu. Ia mendorong pihak yang satu lagi, membangunkan bala tentera siber bagi menentang perang propaganda maya. Dan tentera siber mereka ini bergerak ibarat CIA.
 
Seorang tentera siber akan mewujudkan minimum 40 akaun samaran. Sesiapa yang dikesan lantang atau lancang tweet perkara yang mengkritik parti, tentera siber akan menjadi 'pengikut' akaun anda. Dia mungkin tidak menyanggah pada saat dan tika itu. Tetapi akan muncul tatkala sesuatu kegemparan tercetus dan pasti hebat apabila tarikh pilihan raya diumumkan.
 
Bagaimana hendak mengesan akaun samaran tentera siber ini? Cara mudah ialah belek biodata. Nama yang diguna mungkin tidak menimbulkan syak. Ia boleh jadi Diva Jantan atau Tunjuk Langit. Tetapi lihat pada pengikutnya. Lazimnya tidak sampai sedozen pun. Anda klik pula pada pengikutnya. Kebarangkalian anda menemui 'orang yang sama' adalah sangat tinggi. Ini kerana tentera siber itu akan menjadikan akaun samarannya sebagai alibi pengikut kepada akaun-akaun samarannya yang lain.
 
Apa patut anda buat? Block? Boleh atau buat macam saya, biarkan saja. Anasir sebegini tidak akan menggugat atau mengurangkan populariti Twitter yang semakin meningkat di Malaysia hari ini.
 
Oleh Johardy Ibrahim, Utusan Malaysia
Unknown , Selasa, Jun 19, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog