LOS ANGELES, 17 Jun 2012 - Seorang remaja 18 tahun menimbulkan kecurigaan, selepas ramalan mengenai pengeluaran produk Apple dalam masa terdekat adalah sahih.
Pelajar Sekolah Tinggi Los Angeles, Mark Gurman (gambar), meramalkan beberapa aplikasi baru bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi gergasi itu di dalam blognya.
Mac lalu, beliau mencatat, Apple mungkin memperkenalkan sistem iOS6 yang terdapat pada peta Google yang boleh diubah sendiri oleh pengguna kepada versi tiga dimensi (3D) dan sistem iCloud bakal diaplikasikan di dalam versi Apple Notes dan aplikasi peringatan.
Pada Mei pula, beliau meramalkan firma Culvertino mungkin memperkenalkan MacBook Pro 15 dengan reka bentuk lebih nipis, lengkap dengan paparan retina serta lebih pantas.
Ramalannya itu terus menjadi kontroversi, apabila dalam tempoh empat minggu remaja itu berjaya meramal tujuh daripada lapan pengumuman yang dibuat Apple ketika Persidangan Pemaju Peranti Dunia di San Francisco yang berlangsung Isnin lalu.
Lapan hari sebelum persidangan itu, beliau meramalkan Apple akan memperkenalkan aplikasi sistem suara yang boleh diaktifkan dengan sistem kawalan yang terdapat pada iPad dan Facebook, manakala dua hari berikutnya, beliau mendakwa Apple akan mengemas kini Mac Pro selepas dua tahun tanpa sebarang perubahan.
Seorang wartawan mendakwa, kesemua ramalan remaja itu sejak Mac lalu adalah tepat, apabila pengumuman yang sama dibuat oleh eksekutif syarikat itu ketika pembentangan kertas kerja pada persidangan tersebut.
"Terbaru Apple sedang berusaha menyiapkan program MacBook Airs dan iMacs dengan paparan retina, walaupun program masih dalam pembikinan, namun ramalan mengenai kemunculan aplikasi itu masih dianggap betul," katanya.
Selasa, Jun 19, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Remaja 18 tahun bongkar rahsia Apple silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "