Selasa : 15 April 2025   
@ 17 Syawal 1446H / 8:32 AM

6Rabu,Jun

PATI Punca Tibi Sukar Dikawal - Pengarah Institut Perubatan Respiratori

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.
 
Beliau berkata kebanjiran Pati yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan yang diselia oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu TURUT merebak di kalangan penduduk negara ini.
 
 
"Melalui pemerhatian IPR, kami lihat faktor Pati yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit ini.
 
"Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit ini yang boleh dirawat menjadi sukar untuk dicegah," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
 
Katanya kebanyakan pesakit Tibi tempatan yang tidak dapat dirawat adalah disebabkan mentaliti pesakit yang menganggap bahawa simptom batuk kering adalah batuk biasa.
 
"Saya hairan dengan pemikiran masyarakat kita terutamanya orang Melayu yang sering menyalah tafsir batuk kering yang dihadapi dengan merujuk dengan ahli perubatan tradisional.
 
"Mereka (pesakit) lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan tradisional walhal simptom batuk kering tesebut berpunca daripada Tibi," katanya.
 
Antara simptom Tibi adalah batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, hilang selera makan, demam, berpeluh waktu makan, susut berat badan dan batuk berdarah.
 
Dr Abdul Razak turut menegur mentaliti pesakit tibi yang beranggap simptom batuk kering yang dihadapi berpunca daripada ilmu hitam.
 
Katanya tempoh lama yang diambil untuk merujuk dengan doktor menyebabkan masalah Tibi yang dialami makin merebak ke paru-paru.
 
Beliau juga memaklumkan pembawa Human Immunodeficiency Virus (HIV) merupakan individu yang 20 kali ganda berisiko untuk terkena jangkitan Tibi.
 
"Pesakit HIV lebih terancam mendapat Tibi disebabkan sistem pertahanan badan mereka yang tidak kuat," katanya.
 
Katanya sebanyak 20,666 kes Tibi telah dilaporkan di Malaysia tahun lepas, manakala tahap pencegahannya masih tidak mencapai 85 peratus seperti yang ditetapkan oleh IPR pada tahun lepas. - Bernama
Unknown , Rabu, Jun 06, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog